Tuesday, May 19, 2015

Surirumah Separuh Masa

Selalu sangat terbaca dekat facebook mengenai fulltime housewife shared post tentang betapa hebatnya jadi surirumah sepenuh masa. Betapa agungnya kerjaya mereka. Betapa melimpah ruahnya pahala berganda. Dan dalam masa yang sama sebahagiannya seperti merungut yang kerjaya mulianya itu tersangat penat, stress dan bagi wanita yang bekerja jangan perkotak katikkan kehidupan mereka.
Selama ini tidak pernah lagi terjumpa dengan mana² posting yang menghina, mengejek serta merendahkan martabat fulltime housewife lagi. Tapi sepertinya posting yang dikongsi oleh mereka seakan ada.

Bagi kami yang bekerja… Persamaan kita adalah ANAK dan KELUARGA.  Apa yang kita  buat hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah demi anak dan keluarga. Ini pendapat peribadi saya sendiri yang bekerja. Kami juga surirumah tangga. Kami juga dengan izin suami dan ingin membantu suami keluar bekerja. Bangun seawal pagi menyediakan sarapan, memastikan baju sekolah anak dan suami tersedia rapi, ada juga yang tugasnya menghantar anak ke rumah babysitter dan ke sekolah.
Bekerja selama lebih kurang 8 jam. Itu belum lagi ditambah dengan bebanan kerja dan tekanan di pejabat. Terkadang makan minum untuk waktu tengahari tak menentu. Meeting, discussion dan appointment amatlah meletihkan.

Pulang pula hampir gelap dengan meredah kesesakan lalu lintas yang penat pagi tadi punya pun belum hilang lagi. Ada yang naik motor meredah celah² kenderaan yang kadang waktu pulangnya basah kuyup dan kesejukkan dek ditimpa hujan. Tibanya yang tanpa kenal penat lelah… terus ke dapur menyediakan juadah makan malam. Rehatnya hanyalah ketika di tikar sembahyang. Kalau rajin… ke taman syurga sekeluarga. Belum lagi nak tengok-tengokkan homework anak² dan mengajar mengaji.  Dalam duduk tu mesin baju pun dah hampir selesai nak minta jemur.


Selepas Isyak kembali mengemas dapur yang tadi berkecah lepas memasak. Iron baju sekolah dan pakaian kerja suami isteri. Itu kalau ada anak kecil sudah tentu melayan karenah si kecil dan menidurkan mereka. Habis di dapur di ruang tamu pula. Sabtu dan Ahadnya pula seperti kebanyakkan orang lain peluang memasak hidangan kegemaran keluarga. Menyental bilik air. Mop dan mengelap seluruh rumah. Kami juga perlukan riadah bersama keluarga. Begitulah rutin harian bagi si pencari rezeki.  Sakit pening pun tetap memastikan rutin sentiasa dijaga. Masa untuk SENDIRI… celah mana. Setakat sembang dengan kawan sekerja itu dikatakan relaks. Ya, itulah sedikit sebanyak nak menghilangkan penat. Berapa lama? Adalah dalam satu jam… waktu lunch.
Kita sama sahaja. Yang beza mereka yang sepenuh masa dan kami pula separuh masa. Kami banyak ketinggalan dalam melihat tumbesaran anak. Beruntunglah kalian yang mana suami menyediakan sepenuhnya keperluan. Hati kami juga rapuh kadang teringat anak bagai nak terbang menjenguk. Redha. Sungguhpun melihat  kami berpakaian kemas, nampak seperti punya ‘live’ yang hebat hakikatnya kami juga berbaju kelawar, berkain batik dan ber t-shirt ketika dirumah.


Oleh itu jadilah isteri, ibu dan anak yang terbaik dan terhebat. Allah kurniakan kita hidup berumahtangga sudah besar rahmatNya. Bersyukur dengan apa yang ada buat kita ikhlas sentiasa. Perbandingan yang dibuat menambahkan jurang antara kita. Kerja kita memang tak akan pernah habis selagi hidup. Kita juga mungkin tak akan termampu untuk bertukar tempat jika diberi peluang. Rezeki masing² Allah dah tetapkan. Biarlah diakhirat menjadi tempat berehat.  

Jadilah Wanita Terbahagia di dunia dan di akhirat. Insyallah. 

No comments: