Monday, May 11, 2015

miscarriage at 8 weeks

Sebagai satu tanda ingatan mungkin setahun dua lagi terkenang… bolehlah baca semula pengalaman sendiri miscarriage.

Penghujung bulan Mac 2015, memang rasa semacam keinginan nak makan tu. Teringin nak nanas masak makan dengan kicap… coklat. Tapi masa tu memang tengah tunggu period dan kebiasaannya memang selalunya mengidam macam orang pregnant. Tapi rasa lain macam sangat. Kalau rasa nak… nak sangat² yang tak boleh nak bendung. Lagi suspens sebab bulan ni lewat dah seminggu. Memang biasa lewat. Tapi 3 bulan kebelakangan period memang teratur cantik. Bulan ni lewat plak. Dengan sakit pinggang plak tu.

Makanya dengan senang hati nak pergi beli UPT test. Office baru pun memang dekat je dengan Watsons dan segala mak nenek farmasi. Beli UPT test tu pada 1 April 2015 (hari pertama GST). Makanya merasalah hari itu beli UPT test plus GST. Sampai je rumah… Cujie terus ke toilet dan husband sambung semula kerja mengecat pintu (masa tu… rumah dalam proses cat mengecat).
Lama je tenung result UPT test tu… blur macam orang first time guna. Baca balik instruction dekat kotak UPT test. Yang husband plak dok la ketuk pintu toilet… dengan pertanyaan… dah ke belum 2-3X. Sekali tunjuk dekat dia yang kebetulan tengah cat frame pintu bilik air terus senget cat tak ikut frame. Hehehehe… POSITIF!!!

Alhamdulillah.

Maka Si Cujie pun menjalani kehidupan orang-orang pregnant yang kebiasaannya. Kalau ikutkan kiraan due date melalui Babycenter waktu tu Cujie dalam 6 minggu dan due date pada 27 November 2015. Masa tu nak makan apa pun hubby pi belikan. Masa tu sakit pinggang dah mula dah. Morning sickness tu ada sikit tapi adatlah rasa tak sedap tekak. Memang masa mengandungkan double A pun memang tak berapa sangat morning sickness tu.

15 April 2014
Masa tu dah nak hampir masuk 8 minggu. Cujie sakit tekak… seram sejuk dekat office. Padahal baru je baik demam bulan Februari masa tahun Baru Cina. Hari tu balik je rumah terus naik katil tidur terkokol kesejukan. Husband kejut ajak makan. Makan juga isi perut takut masuk angin. Kemudian qada’ balik solat Maghrib sesudah solat Isyak. Husband macam tak jadi pergi kerja malam tu. Tapi Cujie kata Cujie ok. Jadi dia pergi macam biasa tapi dok pesan kat Ahmad Haikal… jagakan ummi. Sweet sangat.

16 April 2014
Pergi klinik pagi tu… sambil tu buat ultrasound. Tapi Doktor sarankan minum air masak banyak² datang semula sejam kemudian. Kami berdua pun pergi sarapan . Datang semula klinik untuk buat ultrasound… Doc dah kerut dahi. Muka dia tak happy. Dia cakap kandungan macam tak normal. Dalam baby sac ada lagi satu sac. Tapi dalam rahim. (memang nak tengok takut etopic lagi). Then dalam baby sac pun macam takde apa². Doc pun akui dia bukanlah specialist dalam bahagian O&G ni. So dia tak happy nak bagi kami balik dan tunggu 2 minggu lagi. It’s better to refer us to hospital.  Dia pun pujuk kalau apa pun kemungkinan minta kami husband & wife bersabar. Doc ceritalah kawan dia after etopic pun tunggu lama nak dapat baby… lepas tu sekarang dah ada 3 orang anak. So kami ni macam terpinga²… kenapa Doc beria pujuk. Rupanya dia ingatkan kitorang ni takde anak. Bila cakap kitorang ni punya anak 2 orang. Baru muka dia yang keruh tadi nampak boleh senyum. Dapat surat refer ke HKL. Doktor kata mungkin molar pregnancy. Tapi disebabkan memang tak larat Cujie ajak pergi esok.

1pm – lepas balik dari klinik
Ada keluar stain coklat campur darah sikit. Hati tak sedap. Telefon mak cerita apa yang jadi dekat klinik dan bagitau mak yang anak dia ni demam. Mak suruh rehat. Kalau boleh pergi HKL hari tu juga. Dengar suara mak macam lega… mak pun ada pengalaman keluar darah time pregnant. Pregnant Cujie la masa tu. So dalam hati… ikut mak la ni.

4pm – duduk sebelah hubby yang ketiduran
Sambil tu google kes orang pregnant keluar darah dan molar pregnancy. Tetiba… keluar cecair macam air ketuban. Cujie terus berdiri… meleleh ikut kaki. Tapi macam warna coklat… mungkin sebab tadi ada stain coklat yang keluar. Dok diam je… kesian plak nak kejutkan husband. Dia pon belum cukup rest lagi dek kerja malam tadi.

17 April 2014
Awal pagi lepas anak² pergi sekolah… kami pun pecut ke HKL. Husband pon tak kerja malam tadi. Dia pun siap bawa bekalan biskut… coklat dan air mineral – takut ibu mengandung kelaparan. Dengan bekalan bahan bacaan. Memula pegi bahagian kecemasan… lama dia baca surat referral tu. Kemudian suruh ke bahagian pesakit luar untuk ‘tukar’ surat klinik swasta kepada surat government. Cujie dengar dah pelik… kenapa plak nak tukar surat. Kawan dia yang sorang lagi pun mengiakan suruh ‘tukar’ surat. Kononnya tak berharga surat doktor swasta. Tapi bila pergi bahagian pesakit luar… Doktor kata ok tak perlu nak tukar surat. Once dah ada surat referral terus je boleh pergi. Kali ni Doc tu suruh je pergi Hospital Bersalin KL tu. Sampai je terus pergi bahagian pendaftaran. Diorang suruh pergi sebelah bilik tu iaitu tempat orang admit nak bersalin. Tunjuk je surat referral dekat  nurse yang ada… dia pun rujuk Doc lelaki yang tengah sibuk dengan hp. Sambil Doc lelaki tu cakap refer to ‘epau’. Nurse pun minta Cujie masuk dan interview sambil isi borang. Dan seterusnya dibawa ke unit EPAU. Barulah tahu apa itu EPAU – Early Pregnancy Assessment Unit – okay!
Doc perempuan tu interview serba sikit lagi… kenapa datang. Macam² la tanya. Kemudian dia nak buat pap smear dan ambil sample takut ada jangkitan kuman yang menyebabkan Cujie demam. Dan Cujie kena tunggu Doc pakar untuk buat scan detail. Masa buat pap smear tu memang tengok ada darah. Kemudian Doc pakar datang buat vaginal ultrasound… nampak baby dalam kantung. And very little tiny. Masih kecil lagi. Dan Doc buat appointment 3 weeks lagi. Dalam perjalanan… hati berbunga². Yes, dapat menikmati 40 minggu yang indah. Barulah dapat senyum lega.

19 April 2015
Sport Day Double A dekat stadium Panasonic, Shah Alam. Sepanjang kelmarin dan hari tersebut takde keluar tanda apa² pun. Kesihatan pun makin pulih. Tengok anak² happy buat kita automatic happy. Everything was fine.

20 April 2015
Pagi Isnin seperti biasa. Tapi tarikh hari ini ada duka yang tersemat dalam lipatan sejarah keluarga Cujie. Sudah genap 8 tahun arwah abah pergi menghadap Illahi. Dan kebetulan tarikh tersebut tarikh lahir x-GM dan terus whatapps wish happy birthday. Kerja macam biasa.

Pukul 11am++
Rasa semacam… pergi toilet. Tengok ada blood stain besar duit syiling 50sen yang lama. Macam nak menangis dah dalam toilet tapi keep calm takde pape ni. Dalam masa yang sama whatapps dengan sisters. Semua suruh sabar dan suruh doa semoga takde pape. Lepas lunch macam tu rasa sakit sengugut. Sekejap datang… sekejap pergi macam contraction. Dalam lepas Asar rasa lagi kuat sikit. Officemate ada juga 2-3 orang bertanya baby ok ke tak. Rasa berat hati nak jawab. Rasa nak pergi duduk je depan mesin scan tu nak tengok baby. Ada bagi nasihat jangan naik motor. Dalam fasa macam ni elok naik kereta.

Sesampai je di rumah… husband terus ajak makan. Makan sedulang dengan anak². Sakit masih ada dalam skala yang sama. Masa nak bangun untuk basuh tangan… rasa macam segedebuk keluar tapi dalam hati Cujie banyak plak darah. Cujie duduk lepas makan sambil layan anak². Husband suruh rehat… dan pergi mandi lepas maghrib. Tapi masa itulah Cujie terus panggil husband yang tengah mengaji. Terus rasa gelap mata. Husband terus jerit minta stool dekat Ahmad Haikal. Banyak darah yang keluar.

Husband suruh mandi dulu dan suruh berehat je lepas tu. Husband nak call mak kampung – panggilan untuk mak perak (MIL). Mak suruh pergi hospital malam tu juga… tapi mengenangkan anak² esok nak sekolah… plus kids under 12 tak boleh masuk hospital. Makanya kami ambil keputusan untuk pergi lepas breakfast esok pagi.

Sebelum tidur malam tu… husband 2-3x pesan kalau sakit terus kejut dia. Alhamdulillah… sakit tu bearable.

21 April 2015
Sampai hospital terus ke EPAU. Doc terus cuci dan bersihkan. Nurse asyik tanya je kalau pening bagitau. Agak sakit juga masa Doc buat tu. Air mata memang dok bergenang je dari malam tadi. Husband ulang je ayat suruh sabar… istighfar… redha. Ingatkan isteri… sentiasa berbaik sangka dengan apa yang berlaku. Doc pakar yang sama masa scan hari Jumaat tu yang scan. Dalam rahim dah kosong… KOSONG… Cuma rahim nampak tebal. Kemudian nurse minta Cujie baring untuk beri injection kecutkan rahim. Sakit juga beberapa hari tempat cucuk tu.

MC seminggu. Hari² ikan bakar… mak Johor dan mak kampung pesan berpantang juga untuk 2 minggu. Banyak yang NO…NO dari YES. Ramai kata pantang keguguran lagi kena jaga daripada pantang bersalin. Katanya itulah menunjukkan rahim kita lemah.

Seminggu dua juga hati dipagut rasa sedih… rasa kehilangan. Minta maaf dengan husband sebab tak dapat jaga kandungan dengan baik. He is… macam biasa… dia kata dia yang sepatutnya minta maaf. Kesian tengok Cujie kena tanggung sakit. Tapi setiap kesakitan itu kafarah dosa.


Double A… happy memasing nak adik kalau boleh nak dapat ikut jantina masing². Bila dah tahu takde rezeki untuk dapat Nov baby… dedua sedih. Peluk ummi… sambil Alesha pun cakap dia ada ramai adik… Alysa… Lily Yasmin… Iman… adik Deena, semuanya adik dia…

2 comments:

AdanyaKauUntukku said...

in sya allah....pasti ada hikmah di sebalik kejadian...

Ujie Alwan said...

Sedih sebab masa suzi diuji akak berada jauh tidak spt dulu-dulu..hanya mampu mengirim doa. Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik..InsyaAllah.