Monday, May 18, 2015

Dress for Allah

Sayangnya kaum hawa kalau tak pelihara aurat.

Kalau ikut suruhan Allah dan Rasul. Solat, puasa, zakat dan Haji semua dilaksanakan tapi kalau tak jaga aurat. Memang sungguh sayang sekali. KeRUGIan besar.

Kerana dek takutkan baju atau seluar basah semasa menemani anak mandi kolam. Sanggup di sinsing kaki seluar hingga ke paras lutut. Ada pula yang pakai dress diikat ke pinggang hingga tinggal kain dalam. Terkadang diselak hingga ke paras peha. Tuan punya badan bertudung.
credit : SyahiraHafizan (pinterest.com)
Jagalah auratmu. Biar basah dek air… jangan nanti terbakar dan terseksa di SANA.

Ayuh biarpun perlahan-lahan belajar menutup aurat secara sempurna tapi niat itu yang Allah pandang. Bermula dari tudung saiz S belajar memakai tudung yang lebih besar. Upgrade ke arah yang terbaik. Mana yang pada mulanya kalau sudah berstokin nipis upgrade kepada stokin yang tebal.
Sayangilah wali anda dan imam (suami) anda. Jangan kerana kita, kakinya sebelah dah masuk syurga tertarik ke neraka. Na’uzubillah.

Setiap peluh kerana kepanasan memakai tudung dan menutup aurat pasti ada ganjarannya. Allah Maha Kasih pada hambaNya.

Conversation Malay & Chinese office colleague

Lee F : Pakai tudung wajib ke?


Wn : Ya, wajib. Kenapa?

Lee F : Puasa? Wajib?

Wn : Ya, wajib.

Lee F : Why is my Muslim friend tak boleh puasa, makan time Ramadhan kena tangkap? Tapi kenapa orang yang tak pakai tudung, tak kena tangkap?


Rasanya apa Cik Wn jawab… of course pada first 3 second akan terkelu lidah nak menjawab. Kalau uols nak menjawab macamana?

No comments: