Saturday, February 1, 2014

Throwback 2013

Erm...

Cujie berkira-kira nak mulakan semula penulisan di blog ni. Sebab berhentinya penulisan di blog ini cujie cuma ingin penulisan cujie bukan faktor memberitahu kehidupan seharian sahaja. Cujie juga rasa dan kira perlu untuk menulis entry yang berguna untuk cujie dan juga untuk anda semua.

Tapi hari ini dimulakan dulu apa terjadi sekitar setahun 'kehilangan' di dunia blogging ini. Cujie setiap hari buka dan singgah mana² blog yang memang menjadi favourite setiap hari. Dalam hujung tahun 2012... keluarga mentua telah dikejutkan dengan berita ayah berkemungkinan menghidap kanser paru². Pada mulanya ayah dimasukkan wad kerana sakit angin pasangnya yang makin memburuk. Rupanya bukan sebab itu sahaja... hasil pemeriksaan doktor, ayah menghidap kanser paru-paru di tahap 4. Sebelah bahagian paru-parunya telah dipenuhi cecair.

Doktor telah melakukan satu operation kecil untuk menebuk lubang di bawah abdomen untuk mengeluarkan cecair tersebut dan cecair tersebut diperlukan untuk ujian makmal bagi pengesahan kanser yang dialami. Kerana hospital Taiping terlalu lambat untuk buat rawatan... kerana faktor umur ayah. Anak-anak ambil keputusan untuk lakukan ujian di Hospital Colombia Taiping. Hasilnya tetap sama... dan surat refer pada hospital kerajaan diberikan untuk buat rawatan susulan.

Sepertimana yang diberitahu atas faktor umur ayah yang ketika itu dalam 74 tahun pihak hospital tidak mahu membuat apa-apa rawatan kimoterapi. Tapi hanya mengeluarkan cecair dan jika habis cecair tersebut dikeluarkan doktor akan menaburkan serbuk untuk mematikan kuman di atas paru-paru. Waktu itu, suami memang berulang alik kadang-kadang seminggu sekali atau 2 minggu sekali tujuan menjaga ayah di hospital dan selepas beberapa bulan ayah tidak mahu lagi buat rawatan susulan. Waktu tu memang morfin sahaja buat ubat tahan sakit. Selain itu, sewa gas oksigen sebab kadang-kadang ayah memang memerlukannya.

Pada sekitar akhir bulan Mac 2013 kami sekeluarga balik ke kampung. Ketika itu ayah dah balik rumah dan tak mahu ke hospital lagi. Waktu siangnya ayah banyak tidur dan dapat berehat. Tapi hampir setiap malam ayah memang perlukan pertolongan untuk urut dada dan belakang badannya. Pada malam yang tak dapat dilupakan... ayah menahan sakit sampai terjun katil. Nafasnya memang kuat... bunyinya berderak umpama kanser itu memakan-makan paru-parunya. Memang semua anak-anak pun bangun kalau ayah diserang sakitnya. Dan ketika itu rasa umpama mahu berkongsi sama sakitnya agar sakitnya itu dapat dikurangkan. Mana tempat boleh diurut kami urut. Agar ayah rasa selesa dan kurang sakit. Bantuan oksigen juga tak mampu membantu. Bila teramat sakit baru morfin diberikan. Bekalan morfin juga sangat-sangat terhad. Dan jika kehabisan ayah perlu dimasukkan ke wad dan baru la ubat tersebut diberikan.

Tapi... ketika itu ayah tak mahu lagi ke hospital. Badan yang dulunya tegap kini kelihatan kurus. Luruh jantung menahan sebak ketika melihat ayah ketika itu. Tapi hati harus kuat dan tak menunjukkan kesedihan agar ayah juga kuat hadapi ujian dari Allah. Sesekali waktu petang selepas mandi... ayah mahu lihat cucunya main riuh rendah di laman.

Lebih kurang seminggu sebelum PRU13... ayah telah kembali ke rahmatullah. Meninggal pada pagi Isnin... waktu itu Cujie sudah pun sampai di office. Apa yang penting semuanya sudah selamat. Emak... yang sudah 5 bulan lebih, kurang tidur pada sebelah malam sesekali menunjukkan kesedihan. Mahu tidaknya tempat bermanja... orang untuk berkongsi dan meluah rasa telah pergi buat selamanya. Dan bagi Cujie makin ramai orang kesayangan pergi meninggalkan.

Setelah ketiadaan arwah abah... pada arwah ayahlah tempat menumpang kasih. Insyallah jika diizinkan Allah seperti yang ayah doakan semoga Ahmad Haikal jadi ustaz jadi kejayaan. Jika tak jadi ustaz pun moga dia jadi orang yang berilmu agama penuh di dada dan dapat kongsikan pada orang-orang terdekatnya. Insyallah... amin...

Semoga Allah merahmati roh arwah abah, arwah ayah, arwah nenek johor dan nenek pahang... arwah tok aki dan atok. Buat semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan alam ini
AL-FATIHAH. 
Memori raya 2012 ~ ayah ketika sibuk memasak...

No comments: