Sunday, February 2, 2014

Demam

Assalamualaikum

Hari ini Cujie kongsikan kuliah Ustaz Abdullah Iraqi tentang demam.

Kuliah Subuh Ustaz Abdullah Iraqi pada 25 December 2013. 

Kitab : Perubatan Rasullah ~ Kenapa Rasulullah sentiasa sihat?

Diriwayatkan dalam sahih Bukhari Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesungguhnya demam-atau demam berat-berasal dari wap jahanam, kerana itu dinginkanlah dengan air" 

Demam ini adalah satu penyakit hidayah yang diturunkan bagi mencuci dosa hambaNya. Kalau nak tahu atau yang sudah tahu manusia berasal dari tanah dan air. Jadi ketika demam perlu perbanyakkan minum air. Minum air yang sejuk. Nabi kita pun menang suka minum air sejuk

Selain minum air dengan kerap. Kita juga elok mandi pada waktu subuh. Untuk orang yang kurang sihat memang sangat² digalakkan mandi waktu ini. Waktu syuruk iaitu waktu matahari terbit waktu itu sangat tidak digalakkan mandi. Cujie pernah cuba waktu demam, mandi waktu subuh tu nyata badan rasa ringan dan segar. Kedinginan air tu bukan buat kita bertambah demam tapi disebaliknya. Waktu nak mandi bacalah:

"Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu ini dan luruskan petunjuk Rasul-Mu"

Mandilah 3 hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Apabila belum sembuh juga, ulangi sehingga lima hari. Jika belum sembuh juga, sehingga tujuh hari. Dengan izin Allah.

Lagi satu jangan mandi dengan air laut. Air laut bukanlah tempat yang baik sebenarnya. Ianya adalah tempat dimana bumi diterbalikkan Allah angkara dosa-dosa umat terdahulu. 

Penyakit demam ini juga adalah penyakit bagi orang yang menghadapi maut. Sunatullah bagi sesiapa yang diambang maut demam. Jangan kutuk demam. Ala napelah demam aku ni tak baik²... asyik² demam je atau eh demam ni menyusahkanlah. Rasulullah bersabda, "Janganlah mengutuk demam kerana sesungguhnya demam menghapuskan dosa sebagaimana api membuang karat besi."

Berlainankan bagi petua orang lama-lama. Mereka tak bagi mandi waktu demam... sedangkan Nabi dah ajarkan waktu demam ini ubat terbaiknya adalah air. Dua cara iaitu minum air sejuk (kalau boleh dapatkan air zamzam itu terbaik) dan mandi ketika matahari belum terbit. 

Sampai sini sahaja. Nanti Cujie kongsikan kitab yang Ustaz Abdullah Iraqi gunakan pada kuliah tersebut. 

Jumpa lagi, Insyallah. 


No comments: