Monday, February 3, 2014

Biar Cantik di hadapan Allah



Cujie memang tak ingat bila start memakai stokin. 

Tapi yang paling Cujie ingat suami menyuruh memakai stokin. Suruhan itu bukan seperti suruhan yang biasa-biasa. Ada nada tegas dan kadang ada memujuk. Sampai suatu ketika dihujung bulan seperti biasa beli barang dapur di Mydin Mall. Suami pun mengajak untuk tengok stokin. Hati memang belum lagi nak memakainya. Masa itu memang 0% keinginan tidak ada. 

Cujie beli lebih kurang 5 pasang sarung kaki... bukan jenis tebal tu. Nipis je. Yang boleh nampak jari jemari kaki tu. Warna coklat seakan-akan warna kulit. Nampakkan disitu masih belum boleh terima. 


Suami juga mengajak ke kuliah-kuliah yang ada di masjid berdekatan rumah. Masa itu pun kadang balik kerja buat-buat penat... letih. Ya Allah... ampunkan dosaku dan dosa-dosa lampauku. 

Bila pergi kuliah memang kebanyakkan muslimat memang berstokin... TEBAL. Lama kelamaan rasa malu dan mahu mendalami cara memakai stokin yang betul-betul menepati syariat. Setelah beberapa bulan berikutnya beli lagi tebal sedikit dari yang ada. 

Hati memang rasa kaki tak cantik jika tak berstokin. Dalam pada itu, barulah waktu solat tak nak dah pakai kain telekung... heheh tak panas sangat. Kalau dulu rasa kekok kalau tak berkain telekung. 

Sebenarnya Cujie nak cerita di sini bukan untuk tunjuk hebatnya boleh berubah. Tapi jomlah kawan-kawan kesayangan... jika difikirkan semua perempuan mahu kelihatan cantik. Kulit licin mata bundar bermaskara... berkasut tinggi berjalan lenggang lenggok. Tapi jika difikirkan kembali untuk apa semua itu, pastinya kita mahu cantik... seksi hanya di mata suami. Suami mu yang sama-sama berjalan beriringan dalam menuju rahmat Allah. Yang hanya eksklusif buat suami mu sahaja. 

Bukan mahu esok mesti berstokin... bertudung litup. Tapi belajarlah perlahan-lahan. Umpama anak yang sedang bertatih jika terjatuh akan bangkit kembali. Definisi CANTIK biarlah kita sahaja yang tahu maknanya. Bukan cantik di mata orang TAPI Allah tak sudi memandang pun kita. Sedangkan itulah kekasih kita AWAL dan AKHIR

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.” Rasulullah s.a.w sertakan lafaznya “ini dan ini” dengan mengisyaratkan wajajh dan kedua-dua tapak tangan. 
Riwayat Abu Daud 

bila dah menyarungnya tika tidur pun nak pakai juga ^_^

No comments: