Sunday, March 9, 2014

Doa buat MH370

Hilang dari radar pada pukul 1.30am hari Ahad 8 Mac 2014. 

Dan disahkan hilang dari radar pada pukul 2.40am. Sepatutnya dijangka tiba di Airport Beijing pada pukul 6.30am. 

Seramai 239 orang penumpang termasuk 12 anak kapal.

Hingga kini masih belum ditemui. Semoga Allah beri petunjuk untuk menjumpai pesawat MH370. Manusia merancang tapi perancangan Allah lebih hebat. 


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Tambahan waktu sekarang kemarau yang berpanjangan hingga kita kekurangan simpanan air. Ditambah pula jerebu yang memburuk.

Saturday, March 1, 2014

Lil Project : Organizing

Dah seminggu Cujie and my other half berkemas dan membersihkan rumah... membuang apa yang patut. Dan baru-baru ini terblog hopping di blog minah salleh yang rajin betul mengemas dan organize barang dalam rumah dia. Betul-betul berdisiplin...

Memandang dah lebih 6 tahun duduk rumah sendiri... banyaklah barang yang sayang nak buang tapi simpan lalu membiakkan habuk secara percuma. Puan kediaman tak sedar diri yang diri tu mudah kekurangan oksigen sebab habuk dalam rumah dah tepu. Boleh buat bedak eh. Jadi tuan dan puan kediaman berkemas, membuang kesayangan yang tak sepatutnya menjadi kesayangan. Sorting yang mana perlu yang mana nay!

Ok masa nak beli chest drawer ikea tu memang perasaan berdebar sebab of cause akan menyumbat barang-barang yang entah apa-apa dalam drawer tersebut. Ramalanku benar belaka. Ya Rabb... nak mencari buku Iqra' Alesha setiap nak mengaji boleh meningkatkan tahap keimanan yang selalunya tipis. Nak mencari getah rambut rasa nak meloya buka drawer... sudahnya getah tempe je seadanya. Jadi keinsafan mula timbul. Bukankah Islam mementingkan kecantikan, kebersihan malah sangat dituntut.




Lalu... hari ini... setelah seminggu berkampung blog minah salleh tu... tempat pertama yang menjadi tumpuan... JENG JENG... chest drawer la apa lagi... 


Sambil tengok gambar tu bolehlah zikir astaghfirullah sebanyak mungkin... tutup mata sekarang. Count 1 2 3... buka mata dan mulakan zikir anda... lihat-lihatkan dan selamat berzikir... Astagfirullah... astaghfirullah... astagfirullah... 

1st drawer

2nd drawer

last but not least... 3rd drawer
Masih lagi belum sempurna tapi at least mencuba yang terbaik. Mungkin boleh DIY partition atau beli supaya lebih tersusun. Jadi mana-mana yang rasa nak lakukan... start now. Boleh cuba di office dulu kemudian di rumah. Selamat berkemas guys.



Wednesday, February 26, 2014

#2. Wordless Wednesday 2014 : Bantulah saudara kita di Syria 2


Dari Oktober 2013 lagi mencari dana untuk pembinaan kilang roti ini.
Kilang roti ini akan dibina ditempat atau kawasan yang dikepung oleh tentera Basyar. Tiada yang mustahil walaupun dikepung kilang roti ini akan tetap dibina demi memastikan kelangsungan hidup anak-anak Syria. Bantulah mereka... 

Untuk makluman Ustaz Nazmi akan ke Syria awal April nanti untuk menghantar bantuan. Tak lama lagi PAY DAY jom sama-sama kita infak. Duit yang ada dalam bank dan poket itu belum tentu milik kita. Tapi dengan cara ini bukan sahaja dapat pahala tapi dapat menggembirakan hati saudara kita. 

Monday, February 24, 2014

Kuliah penenang jiwa bertambah ilmu


HADITS KEDUA PULUH SEMBILAN


عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ : لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ   عَظِيْمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيْرٌ عَلىَ مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ : تَعْبُدُ اللهَ لاَ تُشْرِكُ  بِهِ شَيْئاً، وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ  الْبَيْتَ، ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِي جَوْفِ   اللَّيْلِ، ثُمَّ قَالَ :تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ (–حَتَّى بَلَغَ-  )يَعْمَلُونَ (ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ وُعَمُوْدِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ ؟ قُلْتُ بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : رَأْسُ اْلأَمْرِ اْلإِسْلاَمُ وَعَمُوْدُهُ  الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ. ثُمَّ قَالَ: أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ ؟ فَقُلْتُ : بَلىَ  يَا رَسُوْلَ اللهِ . فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالِ : كُفَّ  عَلَيْكَ هَذَا. قُلْتُ : يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُوْنَ بِمَا نَتَكَلَّمَ بِهِ ؟ فَقَالَ : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ   يَكُبَّ النَاسُ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوْهِهِمْ –أَوْ قَالَ : عَلىَ مَنَاخِرِهِمْ – إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ .
[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
Terjemah hadith / ترجمة الحديث :
Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkataSaya berkata: Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda, “Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala: Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji.” Kemudian beliau (Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam) bersabda, “Mahukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu syurga? Puasa adalah benteng, Sadaqah akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang ertinya): “ Tepi-tepi badan mereka jauh dari tempat tidurnya….”.” Kemudian beliau bersabda, “Mahukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya?” Aku menjawab: Mahu ya Nabi Allah. “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad.” Kemudian beliau bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu?” Saya berkata: Mahu ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lidahnya lalu bersabda, “Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk).” Saya berkata, Ya Nabi Allah, Apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan? Baginda bersabda, “Semoga ibu kamu kehilangan kamu 1. Tidakkah manusia akan dihumban ke dalam neraka di atas muka mereka – dalam riwayat lain, disebut: di atas lubang hidung mereka – melainkan oleh hasil tuaian lidah mereka?”
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata, Haditsnya hasan shahih)
Semalam ada kuliah Ustaz Nazmi Abdul Karim di Surau Al-Islah, Seksyen 7 Shah Alam. Alhamdulillah berkesempatan hadir ke kuliah tersebut. Ini kesimpulan dari apa yang cujie dapat dikongsi bersama. 

1) Muadz bin Jabal dilantik menjadi 'menteri besar' di Yaman. Dan Nabi saw pernah memberitahu pada Muadz bin Jabal yang dia tak akan jumpa Nabi selepas lantikan tersebut.

2) Jadi Muadz bin Jabal bertanyakan pada Nabi Muhammad saw apakah amalan yang terbaik yang ganjarannya lumayan.

3) Apa yang Nabi beritahu itu adalah rukun Islam. Mentauhidkan Allah, dirikan solat, tunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji. 

4) Yang paling penting dalam Islam...Bangun malam berqiamulail... jauh rusuk mereka dari tempat tidur. Bersedekah... umpama menyimbah air pada api yang marak (asalkan Ikhlas) Kemuncak paling tertinggi adalah JIHAD. 

5) Dan terpaling penting sekali kalau dapat menjaga 'yang satu' ini pasti amalan lain turut terjaga. Iaitu menjaga LIDAH. Disebabkan lidah... kita akan dimasukkan ke neraka jika tak menjaganya. 

Ustaz juga berpesan... bacalah surah Al-Mulk sebelum tidur jangan tinggalkan. Biasalah kita manusia yang tak punya kekuatan sekurang-kurangnya buatlah amalan yang termampu dan cuba sehabis baik. Berbaik sangka pada Allah. 

Ustaz juga berpesan tentang jangan sewenang-wenangnya mempermainkan hadis Nabi. Kerana Nabi Muhammad saw bercakap bukan ikut Nabi tapi berdasarkan wahyu Allah. Dan bagaimana Imam Bukhari dapat menghafal 600ribu hadis. Itu semua kuasa Allah... Allah permudahkan baginya menghafal. Tiada yang mustahil bagi Allah. Kun fa ya kun. Orang beriman wajib mempercayai hadis Nabi. 

Apa yang penting sekarang ini... cuaca yang panas terik ketika ini setitis hujan pun seakan berat menuruni ke bumi adalah kerana banyaknya dosa kita pada Allah. Kerana kasihkan kita, Allah turunkan hujan yang mungkin kita hanya menumpang nikmat binatang dan tumbuhan yang tak pernah sesaat pun berhenti berzikir pada Allah. Allahu rabbi... 

banyak² kan beristighfar teman²... moga Allah ampuni dosa kita.

Friday, February 21, 2014

Sebarkan Cintamu: Sofwatul Amani dilahirkan dgn keadaan usus di luar. :(




Assalamualaikum w.b.t...

Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil...



Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak. dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection. 


dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI. 

Untuk sumbangan, bank in ke akaun

CIMB: 7050332235 
AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)


Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.



Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

[Azlina Hasan, 17.02.14]


Gambar-gambar Amani dari Ayah Amani... T_T




"Ya Allah... berilah kesembuhan dan kesihatan yg baik buat adik Sofwatul Amani..."

copy & paste from : InaAchik 

Sunday, February 9, 2014

Walimatul urus

Sesi Nanyian-nyanyian, Muzik dan KugiranNabi s.a.w bersabda: “Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5590)Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Mas’oud r.a menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah termasuk perkara yang tidak berguna. Untuk perbahasan lebih lanjut berkenaan persoalan muzik dan nyanyi-nyanyian ini, dipersilakan merujuk kitab karya Imam Ibnul Qayyim, bertajuk Ighaatsatul Lahfan atau Syaikh al-Albani, bertajuk Tahriim Alath ath-Tharb, dan kitab syaikh al-Albani ini telah ada terjemahannya.
sumber >>> http://syahirul.com/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat/
Ya, waktu walimatul urus Cujie memang ada. Siap ada caklempong yang entah mana datangnya. Kenduri kahwin Cujie dulu semuanya orang tua yang mengadakan. Kita tahu nak kahwin je. Masa itu jahil... tak tau kemende bak kata UAI. Orang buat kita nak buat!

Astaghfirullah. 

Hari ini bukan setakat sesi karaoke, muzik dan kugiran lagi. Tapi siap POCO-POCO! Mendengarkan lagu je memang rasa lagu gatal. Yang menari poco-poco bukan main lagi melenggang lenggok melentik meliok. Kita yang dengar ni rasa malunya. Even nak berjalan pun rasa malu habis. 

Bukan setakat perempuan yang berpoco-poco. Lelaki pun duduk ikut sama. Bergelak ketawa bertepuk tampar, bersenda gurau... alangkah hebatnya pandai menari poco-poco. 

Kadang bukan kehendak tuan rumah. Kononnya hidup berjiran... sambil bergotong royong makcik, pakcik dan anak dara sunti merasakan hiburan la segalanya yang dapat menghilangkan penat bekerja. Allahu... Allahu... 

Sedangkan disebelah paginya, acara marhaban... berzanji... memuji-muji Ya Rabb... merindu-rindu pada Nabi kekasih Allah. Berkhatam quran simbol meraikan majlis yang penuh berkat. Tapi sayang... awalnya baik bertukar menjadi majlis seperti di dalam Hard Rock Cafe. Sayangkan...

Marilah sama-sama kita pulang ke pangkal jalan. Mana yang dah terbuat... banyak-banyak istighfar. Keberkatan rumahtangga yang dibina bukan atas dasar betapa gah dan meriahnya walimah tersebut. Banyak lagu-lagu nasyid atau qasidah yang boleh dijadikan halwa telinga. Atau... pasangkan sahaja CD kuliah. Semoga tetamu yang datang rasa tenang... Insyallah. 

Wednesday, February 5, 2014

#1. Wordless Wednesday 2014 : Bantulah Saudara Kita


Tidak dapat banyak, sedikit memadai
Bukankah sikit tanda ingat... put aside sedikit wang saku anda setiap bulan
Hari ini mereka memerlukan pertolongan kita
Tak dapat berjihad tapi dengan cara ini juga sangat-sangat membantu

Tiada garis sempadan seorang muslim itu dengan muslim yang lain
Jika mereka sakit, kita juga rasa sakitnya
Moga impian kilang roti terbina direalisasikan
INSYALLAH

Tuesday, February 4, 2014

Cintai Sunnah Nabi

Sekarang banyak buku-buku yang boleh dibuat bahan rujukan


Salah satunya kitab ini yang diterbitkan oleh Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd. Judul asalnya adalah THIBBUN NABAWI yang dikarang oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Bagaimanapun kitab ini telah diterjemahkan oleh Nabilah Abd. Jalil dan diberikan tajuk iaitu Perubatan Rasulullah ~ Kenapa Rasulullah sentiasa sihat?

"Setiap penyakit ada ubatnya. Jika ubat yang tepat diberikan, dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh."
HR. Ahmad dan Hakim
Dalam kuliah Ustaz Abdullah Iraqi, ustaz kongsikan cara penyembuhan secara semulajadi. Bacalah surat al-fatihah sebanyak 10 kali dan hembuskan pada air lalu diminum. Dengan izin Allah penyakit yang kita hadapi sembuh. 

Seperti sunnah Rasulullah saw. Minum 3 sudu madu selama 3 hari dalam sebulan. Kalau nak tahu syaitan datang membawa penyakit pada setiap 17, 19 dan 21 haribulan di dalam kalendar Islam. 

Itulah serba sedikit apa yang Ustaz kongsikan selain tentang merawat demam. Kitab ini ustaz gunakan bagi bahan kuliah pada pagi itu. Kemudian sesiapa yang berkehendak Ustaz jual pada harga RM45. Kalau kat kedai harganya RM48. Cujie suka pergi kuliah Ustaz Abdullah Iraqi... beliau seorang yang berhati waja, rajin, serta kuliahnya memang bertenaga. Ustaz jarang duduk ketika memberi kuliah... beliau lebih suka berdiri dengan bersemangatnya disebar pada kami semua. Moga Allah berikan kelapangan dan kesihatan buat Ustaz sekeluarga. Amin. 

 

Monday, February 3, 2014

Biar Cantik di hadapan Allah



Cujie memang tak ingat bila start memakai stokin. 

Tapi yang paling Cujie ingat suami menyuruh memakai stokin. Suruhan itu bukan seperti suruhan yang biasa-biasa. Ada nada tegas dan kadang ada memujuk. Sampai suatu ketika dihujung bulan seperti biasa beli barang dapur di Mydin Mall. Suami pun mengajak untuk tengok stokin. Hati memang belum lagi nak memakainya. Masa itu memang 0% keinginan tidak ada. 

Cujie beli lebih kurang 5 pasang sarung kaki... bukan jenis tebal tu. Nipis je. Yang boleh nampak jari jemari kaki tu. Warna coklat seakan-akan warna kulit. Nampakkan disitu masih belum boleh terima. 


Suami juga mengajak ke kuliah-kuliah yang ada di masjid berdekatan rumah. Masa itu pun kadang balik kerja buat-buat penat... letih. Ya Allah... ampunkan dosaku dan dosa-dosa lampauku. 

Bila pergi kuliah memang kebanyakkan muslimat memang berstokin... TEBAL. Lama kelamaan rasa malu dan mahu mendalami cara memakai stokin yang betul-betul menepati syariat. Setelah beberapa bulan berikutnya beli lagi tebal sedikit dari yang ada. 

Hati memang rasa kaki tak cantik jika tak berstokin. Dalam pada itu, barulah waktu solat tak nak dah pakai kain telekung... heheh tak panas sangat. Kalau dulu rasa kekok kalau tak berkain telekung. 

Sebenarnya Cujie nak cerita di sini bukan untuk tunjuk hebatnya boleh berubah. Tapi jomlah kawan-kawan kesayangan... jika difikirkan semua perempuan mahu kelihatan cantik. Kulit licin mata bundar bermaskara... berkasut tinggi berjalan lenggang lenggok. Tapi jika difikirkan kembali untuk apa semua itu, pastinya kita mahu cantik... seksi hanya di mata suami. Suami mu yang sama-sama berjalan beriringan dalam menuju rahmat Allah. Yang hanya eksklusif buat suami mu sahaja. 

Bukan mahu esok mesti berstokin... bertudung litup. Tapi belajarlah perlahan-lahan. Umpama anak yang sedang bertatih jika terjatuh akan bangkit kembali. Definisi CANTIK biarlah kita sahaja yang tahu maknanya. Bukan cantik di mata orang TAPI Allah tak sudi memandang pun kita. Sedangkan itulah kekasih kita AWAL dan AKHIR

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini.” Rasulullah s.a.w sertakan lafaznya “ini dan ini” dengan mengisyaratkan wajajh dan kedua-dua tapak tangan. 
Riwayat Abu Daud 

bila dah menyarungnya tika tidur pun nak pakai juga ^_^

Sunday, February 2, 2014

Demam

Assalamualaikum

Hari ini Cujie kongsikan kuliah Ustaz Abdullah Iraqi tentang demam.

Kuliah Subuh Ustaz Abdullah Iraqi pada 25 December 2013. 

Kitab : Perubatan Rasullah ~ Kenapa Rasulullah sentiasa sihat?

Diriwayatkan dalam sahih Bukhari Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 

"Sesungguhnya demam-atau demam berat-berasal dari wap jahanam, kerana itu dinginkanlah dengan air" 

Demam ini adalah satu penyakit hidayah yang diturunkan bagi mencuci dosa hambaNya. Kalau nak tahu atau yang sudah tahu manusia berasal dari tanah dan air. Jadi ketika demam perlu perbanyakkan minum air. Minum air yang sejuk. Nabi kita pun menang suka minum air sejuk

Selain minum air dengan kerap. Kita juga elok mandi pada waktu subuh. Untuk orang yang kurang sihat memang sangat² digalakkan mandi waktu ini. Waktu syuruk iaitu waktu matahari terbit waktu itu sangat tidak digalakkan mandi. Cujie pernah cuba waktu demam, mandi waktu subuh tu nyata badan rasa ringan dan segar. Kedinginan air tu bukan buat kita bertambah demam tapi disebaliknya. Waktu nak mandi bacalah:

"Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu ini dan luruskan petunjuk Rasul-Mu"

Mandilah 3 hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Apabila belum sembuh juga, ulangi sehingga lima hari. Jika belum sembuh juga, sehingga tujuh hari. Dengan izin Allah.

Lagi satu jangan mandi dengan air laut. Air laut bukanlah tempat yang baik sebenarnya. Ianya adalah tempat dimana bumi diterbalikkan Allah angkara dosa-dosa umat terdahulu. 

Penyakit demam ini juga adalah penyakit bagi orang yang menghadapi maut. Sunatullah bagi sesiapa yang diambang maut demam. Jangan kutuk demam. Ala napelah demam aku ni tak baik²... asyik² demam je atau eh demam ni menyusahkanlah. Rasulullah bersabda, "Janganlah mengutuk demam kerana sesungguhnya demam menghapuskan dosa sebagaimana api membuang karat besi."

Berlainankan bagi petua orang lama-lama. Mereka tak bagi mandi waktu demam... sedangkan Nabi dah ajarkan waktu demam ini ubat terbaiknya adalah air. Dua cara iaitu minum air sejuk (kalau boleh dapatkan air zamzam itu terbaik) dan mandi ketika matahari belum terbit. 

Sampai sini sahaja. Nanti Cujie kongsikan kitab yang Ustaz Abdullah Iraqi gunakan pada kuliah tersebut. 

Jumpa lagi, Insyallah. 


Saturday, February 1, 2014

Throwback 2013

Erm...

Cujie berkira-kira nak mulakan semula penulisan di blog ni. Sebab berhentinya penulisan di blog ini cujie cuma ingin penulisan cujie bukan faktor memberitahu kehidupan seharian sahaja. Cujie juga rasa dan kira perlu untuk menulis entry yang berguna untuk cujie dan juga untuk anda semua.

Tapi hari ini dimulakan dulu apa terjadi sekitar setahun 'kehilangan' di dunia blogging ini. Cujie setiap hari buka dan singgah mana² blog yang memang menjadi favourite setiap hari. Dalam hujung tahun 2012... keluarga mentua telah dikejutkan dengan berita ayah berkemungkinan menghidap kanser paru². Pada mulanya ayah dimasukkan wad kerana sakit angin pasangnya yang makin memburuk. Rupanya bukan sebab itu sahaja... hasil pemeriksaan doktor, ayah menghidap kanser paru-paru di tahap 4. Sebelah bahagian paru-parunya telah dipenuhi cecair.

Doktor telah melakukan satu operation kecil untuk menebuk lubang di bawah abdomen untuk mengeluarkan cecair tersebut dan cecair tersebut diperlukan untuk ujian makmal bagi pengesahan kanser yang dialami. Kerana hospital Taiping terlalu lambat untuk buat rawatan... kerana faktor umur ayah. Anak-anak ambil keputusan untuk lakukan ujian di Hospital Colombia Taiping. Hasilnya tetap sama... dan surat refer pada hospital kerajaan diberikan untuk buat rawatan susulan.

Sepertimana yang diberitahu atas faktor umur ayah yang ketika itu dalam 74 tahun pihak hospital tidak mahu membuat apa-apa rawatan kimoterapi. Tapi hanya mengeluarkan cecair dan jika habis cecair tersebut dikeluarkan doktor akan menaburkan serbuk untuk mematikan kuman di atas paru-paru. Waktu itu, suami memang berulang alik kadang-kadang seminggu sekali atau 2 minggu sekali tujuan menjaga ayah di hospital dan selepas beberapa bulan ayah tidak mahu lagi buat rawatan susulan. Waktu tu memang morfin sahaja buat ubat tahan sakit. Selain itu, sewa gas oksigen sebab kadang-kadang ayah memang memerlukannya.

Pada sekitar akhir bulan Mac 2013 kami sekeluarga balik ke kampung. Ketika itu ayah dah balik rumah dan tak mahu ke hospital lagi. Waktu siangnya ayah banyak tidur dan dapat berehat. Tapi hampir setiap malam ayah memang perlukan pertolongan untuk urut dada dan belakang badannya. Pada malam yang tak dapat dilupakan... ayah menahan sakit sampai terjun katil. Nafasnya memang kuat... bunyinya berderak umpama kanser itu memakan-makan paru-parunya. Memang semua anak-anak pun bangun kalau ayah diserang sakitnya. Dan ketika itu rasa umpama mahu berkongsi sama sakitnya agar sakitnya itu dapat dikurangkan. Mana tempat boleh diurut kami urut. Agar ayah rasa selesa dan kurang sakit. Bantuan oksigen juga tak mampu membantu. Bila teramat sakit baru morfin diberikan. Bekalan morfin juga sangat-sangat terhad. Dan jika kehabisan ayah perlu dimasukkan ke wad dan baru la ubat tersebut diberikan.

Tapi... ketika itu ayah tak mahu lagi ke hospital. Badan yang dulunya tegap kini kelihatan kurus. Luruh jantung menahan sebak ketika melihat ayah ketika itu. Tapi hati harus kuat dan tak menunjukkan kesedihan agar ayah juga kuat hadapi ujian dari Allah. Sesekali waktu petang selepas mandi... ayah mahu lihat cucunya main riuh rendah di laman.

Lebih kurang seminggu sebelum PRU13... ayah telah kembali ke rahmatullah. Meninggal pada pagi Isnin... waktu itu Cujie sudah pun sampai di office. Apa yang penting semuanya sudah selamat. Emak... yang sudah 5 bulan lebih, kurang tidur pada sebelah malam sesekali menunjukkan kesedihan. Mahu tidaknya tempat bermanja... orang untuk berkongsi dan meluah rasa telah pergi buat selamanya. Dan bagi Cujie makin ramai orang kesayangan pergi meninggalkan.

Setelah ketiadaan arwah abah... pada arwah ayahlah tempat menumpang kasih. Insyallah jika diizinkan Allah seperti yang ayah doakan semoga Ahmad Haikal jadi ustaz jadi kejayaan. Jika tak jadi ustaz pun moga dia jadi orang yang berilmu agama penuh di dada dan dapat kongsikan pada orang-orang terdekatnya. Insyallah... amin...

Semoga Allah merahmati roh arwah abah, arwah ayah, arwah nenek johor dan nenek pahang... arwah tok aki dan atok. Buat semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan alam ini
AL-FATIHAH. 
Memori raya 2012 ~ ayah ketika sibuk memasak...