Tuesday, October 23, 2012

Hari Kemalangan


Hari khamis - 18 October 2012

Memang hari kemalangan cujie.

1. Datang office dengan bersemangat seperti biasa at last tak dapat buka pc sebab windows corrupt. Lalu dibawanya untuk diperbaiki. Kena format balik dan hari ini akan dihantar semula ke office. Insyallah.

2. Hari tersebut juga... after office hour balik terus ke rumah bbsitter amik mujahid dan mujahidah. Tetiba sampai kat tangga... MASYALLAH kunci rumah tak ada. Masa keluar pagi tadi keluar lupa amik kunci rumah sebab Bigboh buka pintu. Mujur ada kunci kereta... tapi tak dapat nak bawa kereta. Lesen takde kan... Duduk 3 beranak dalam kereta, hujan plak tu. Alhamdulilllah... Irwan ajak tumpang rumah dia. Tunggulah Bigboh balik dekat pukul 12am.

Penat.

Tuesday, October 2, 2012

Ulama Kekasih Allah

Sepanjang mengikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus di Klang Valley banyak sudah masjid dan surau yang sudah dikunjungi. Kalau dulunya bila orang ajak pergi masjid mesti menolak sebab terbayangkan panasnya, tak selesanya, carpetnya yang akan menyebabkan bersin tak henti. Sungguh jahil waktu itu memperlekehkan rumah Allah. 
Hakikatnya masjid lah tempat penenang jiwa. Kalau jiwa kacau hati tak tenang pergi ke masjid berjemaah hati yang tak tenteram, Insyallah. Kalau tidak percaya, cubalah! Apatah lagi kalau menatap wajah ustaz/ustazah yang mengajar. 

Selain itu banyak juga kenalan baru yang boleh kita berkongsi pengalaman mahupun ilmu yang ada. Moga kaki ini tidak henti mencari ilmu di dunia buat bekalan di akhirat. 

Masjid Al-Ikhwaniah, Cheras Utama - 300912
'Panas? Dakpe panas kejap je, kejap lagi masuk kete pasang aircond'
UAI