Friday, September 21, 2012

Legoland, Nusajaya

Kini Dibuka!!!

Kitorang pergi masa 2nd day official opening. Jadi memang tak dapat dibayangkan betapa ramainya orang menunggu nak masuk plak tu yang mana ada annual pass walaupun semalam dah masuk hari ke-2 tu ada yang masuk lagi. Rugi juga tak amik annual pass cuma tambah sikit je untuk tempoh setahun yang mana kita boleh masuk unlimited. 
Antara taman tema di Malaysia of course this is the very exciting theme park that we have nowadays. Dikhabarkan paling besar di Asia. Kami sampai di sana dalam pukul 9.30 pagi sebab nak dapatkan parking yang dekat dengan pintu masuk supaya tak jauh berjalan. Tiba pintu gerbang Legoland tu orang dah ramai beratur. 

Lebih kurang 7.30pm juga kami di sana... tak larat nak menunggu firework. Tapi banyak yang perlu diperbaiki untuk keselesaan pengunjung. 

1) Shelter / Pondok
Perlu diperbanyakkan... cuaca panas atau hujan boleh duduk berteduh dan yang mana ada tu letak la kipas. Malaysia kan panas dekat plak tu dengan laut. Bahang laut tu memang amat terasa. 

2) Water Cooler
Theme park kalau dibina ditempat yang panas macam Malaysia (Genting Theme Park - lain cerita) perlulah ada water cooler. Takde bankrap la kalau letak water cooler di sekitar theme park tu. Tidaklah pula kedai minuman menjadi tidak laku. Macam di Universal Studio Singapore memang ada water cooler tidak la terasa sangat kita asyik nak berbelanja air mineral. 

3) Mahal
Harga tiket memang la sudah mahal. Masuk dalam ingatkan dapat la beli souvenir tapi disebabkan harga mahal melampau mood pun lari. Setakat key chain legoland tu harganya hampir mencecah RM15. T-Shirt pun paling murah yang Cujie nampak RM90. Plush doll tu pun RM80. Itu  belum lagi makan dan minum. Harga memang tak masuk dek akal. Rasanya kalau kat USS tu masih mampu lagi nak membeli belah t-shirt atau keychain. Bayangkan t-shirt USS hanya SGD20. Bagi Singaporean harga t-shirt tu memang sangat² mampu beli. Kalau Malaysian pula kalau convert kepada Malaysia Ringgit pun jauh lebih murah daripada t-shirt Legoland. Sampaikan kitorang melawak untuk cabut sahaja orang² Lego kat Miniland tu buat keychain. The price is not suitable for Malaysian. Untuk perhatian air mineral sebotol RM2.50.

4) Tempat Beratur
Ok tempat beratur semasa menaiki sesuatu ride tu perlu ditambah baik. Seperti yang kita maklum cuaca Malaysia memang panas. Jadi perlu tambah kipas dan tambahkan tempat duduk. Seperti contoh ada masa kita kena berdiri dan bila sampai satu tempat beratur tu adakan tempat duduk. Jadi kita secara bergilir duduk dan beratur... duduk dan beratur sehingga la giliran untuk menaiki ride tersebut. Ride yang popular adakalanya lane memang panjang sungguh.

 

Overall the rides is the best. Untuk bebudak memang mereka la yang paling seronok. Dapat pula main lego secara puas. Ahmad Haikal & Alesha memang happy kat Build+test sebab gunakan imigination untuk buat racing car menggunakan lego kemudian boleh racing dengan kawan baru.

Makan minum anak beranak seharian

Cuma yang boleh dibanggakan Legoland memang peka dengan keperluan untuk muslim. Diadakan surau di dua tempat. Walaupun tidak berhawa dingin tapi ruang yang disediakan agak selesa. Surau kat Imigination tu je tiada telekung disediakan.

Pesanan untuk yang mahu ke sana pastikan pakai pakaian yang bersesuaian. Jangan lupa bawa shades dan topi serta pakai la UV protection. Dan sentiasa ingat dan boleh menginsafkan juga bila sentiasa tetapkan hati kalau panas di dunia ini tidak tertahan bagaimana kalau panas di SANA nanti. Boleh *___^


3 comments:

Ezna said...

dah jumpa tak tegur pula!!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Tima kasih Cujie sbb share kan pasal Legoland ni...
mmg planning nak bawak anak2...
tp tmpt ni masih baru kan...
bak kata hasben saya la...kasik chance pokok tumbuh melebat dulu...
at least ada tmpt berteduh / redup sikit...
skrang baru bukak, mmg tgh 'hot'...
bawak budak2 yg tak tahan panas..nanti confirm merengek kan..

Cujie said...

Ezna,

Hehehe... memasing sibuk keluar masuk toilet masa tu... kemudian balik solat ingat nak cari balik tapi dah takde plak.

Erin,

Memang takde tanam pokok pon kat situ erin... jadi tak perlu tunggu pokok besar... hehehe. Pokok bunga je banyak. Ada juga pondok² disediakan tapi tak banyak. Kalau bawa bebudak pastikan cukup air dan pakai topi. Tapi masa hari tu Ahmad Haikal dan Alesha takde plak cakap panas. Alesha pun takde nak buka tudung dia... bebudak tak terasa panas kot... :p