Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan ya Ramadhan

Ramadhan kali ini lebih bermakna sungguh. Melayan karenah Ahmad Haikal yang pertama kali berpuasa penuh. Alhamdulillah sikit pun rungutan atau rengekan yang didengar sepanjang hari berpuasa. Cumanya yang dia tahu everyday sahur mesti nak koko krunch cuma seminggu ni baru bertukar kepada cookie crisp. 

Minggu lepas berbuka bersama Anak Yatim dan Asnaf as-Solihin, Kanchong Darat di Kelab Golf Negara Subang. Seramai 37 orang anak yatim dan asnaf diraikan. Jadi bring along mujahid dan mujahidah tu dan for a first time Ahmad Haikal berbuka dengan nasi goreng bertambah 3 kali. Kena betul dengan tekak dia nasi goreng tu. 

Untuk makluman rumah anak yatim tersebut diseliakan oleh Haji Molyana dan bantuan bulanan yang diperolehi hanyalah RM600 untuk menampung seramai 57 orang anak yatim dan asnaf. Kebiasaannya apabila mereka kehabisan wang untuk perbelanjaan mereka, mereka akan menjual lembu atau kambing yang dipelihara untuk mendapatkan wang perbelanjaan. 

Bayangkan diorang dapat beg dan satu set stabilo stationery tu diorang dah happy sangat². Terus dipeluk beg baru tu. Plak tu nama company cujie dengan nama rumah diorang tu bunyinya sama ejaan je  lain sikit diorang dah tanya harga beg tu yang diorang jangkakan beg tu mahal harganya. Inilah kali pertama diorang dibawa makan berbuka puasa diluar. 

Wajah mulus diorang tu kalau kita perhatikan buat kita fikir sendiri betapa beruntungnya dengan apa yang ada pada kita hari ini. Syukur dengan apa yang ada... Ahmad Haikal pun dapat berkenalan dengan kawan baru. Insyallah jika ada rezeki mungkin bertemu lagi bukan sahaja di bulan ramadhan sahaja.