Thursday, July 26, 2012

Kurangkan Juadah Lebihkan Ibadah

Assalamualaikum,

Ramadhan ke-6

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-6. Nampaknya Ahmad Haikal memang kuat dengan penuh azam berpuasa tahun ini. Plak tu dijanjikan oleh Aciknya kalau habis berpuasa Acik nak ajak dia shopping. Selalu ingatkan Ahmad Haikal berpuasa bukan untuk kita dapat ganjaran dari ummi atau ayah atau Acik. Tapi ganjaran pahala dari Allah yang lebih utama. Selalu beritahu dia kalau solat di bulan Ramadhan pahalanya berlipat kali ganda. Bukan sahaja solat... apa sahaja yang kita buat kebaikan Allah pasti berikan pahala yang banyak. Nak lagi kalau kita mengimarahkan masjid di bulan mulia ini. 
Cuma pada hari persekolahan nampak dia memang penat. Kadang masa ambil dekat rumah maktok, dia dah tertidur menunggukan waktu Asar. Bulan Ramadhan ni dia balik pukul 3ptg. Balik rumah lepas solat je terus sambung tidur. Berbuka nak makan coco crunch atau roti canai... nasi ni kurang sikit. Lepas tu bersiap solat maghrib dan terus ke masjid. Balik terawih dalam pukul 11pm terus tidur. Bersahur pula pukul 5am. Begitulah rutin seharian bulan Ramadhan. Takde sempat bermain. Homework pula, Alhamdulillah di SRI Pintar Al-Amin memang takde homework weekdays. Homework diberikan pada setiap hujung minggu. 

Bagi umminya pula... memasak untuk juadah berbuka sudah tentu. Dapur akan berasap selama 30 hari ini... kekuatan memasak secara eksklusif hanya terdapat di bulan Ramadhan. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan di dapur. Juadah tak perlu ditonjolkan... makruh ye... Pasar Ramadhan pun tidak dijejaki setakat hari ini... ^___^


No comments: