Thursday, July 26, 2012

Kurangkan Juadah Lebihkan Ibadah

Assalamualaikum,

Ramadhan ke-6

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-6. Nampaknya Ahmad Haikal memang kuat dengan penuh azam berpuasa tahun ini. Plak tu dijanjikan oleh Aciknya kalau habis berpuasa Acik nak ajak dia shopping. Selalu ingatkan Ahmad Haikal berpuasa bukan untuk kita dapat ganjaran dari ummi atau ayah atau Acik. Tapi ganjaran pahala dari Allah yang lebih utama. Selalu beritahu dia kalau solat di bulan Ramadhan pahalanya berlipat kali ganda. Bukan sahaja solat... apa sahaja yang kita buat kebaikan Allah pasti berikan pahala yang banyak. Nak lagi kalau kita mengimarahkan masjid di bulan mulia ini. 
Cuma pada hari persekolahan nampak dia memang penat. Kadang masa ambil dekat rumah maktok, dia dah tertidur menunggukan waktu Asar. Bulan Ramadhan ni dia balik pukul 3ptg. Balik rumah lepas solat je terus sambung tidur. Berbuka nak makan coco crunch atau roti canai... nasi ni kurang sikit. Lepas tu bersiap solat maghrib dan terus ke masjid. Balik terawih dalam pukul 11pm terus tidur. Bersahur pula pukul 5am. Begitulah rutin seharian bulan Ramadhan. Takde sempat bermain. Homework pula, Alhamdulillah di SRI Pintar Al-Amin memang takde homework weekdays. Homework diberikan pada setiap hujung minggu. 

Bagi umminya pula... memasak untuk juadah berbuka sudah tentu. Dapur akan berasap selama 30 hari ini... kekuatan memasak secara eksklusif hanya terdapat di bulan Ramadhan. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan di dapur. Juadah tak perlu ditonjolkan... makruh ye... Pasar Ramadhan pun tidak dijejaki setakat hari ini... ^___^


Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem 1433H

Masyaallah cantik betul banner ni
credit to : art4islam

RAMADHAN KAREEM
Best Wishes to You & Your Family 
For a Safe, Prosperous and Happy Ramadhan Kareem

Syafakillah Kak Jas :))

credit pic to Siti Aisyah Nor Azam
After finished seminar on 15th July 2012 we went to SDMC Subang Jaya to ziarah our General Manager, Puan Jasmin aka Kak Jas. See everybody face... happy time for 3 weeks without Kak Jas. Just kidding!

When kucing not around... tikus will berlari-larian
~AP 


Sunday, July 8, 2012

Masih ada...

Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi...
Persiapan untuk menyambutnya serba sedikit telah dibuat.
Insyallah tahun ini Ahmad Haikal akan berpuasa secara serius.
Harap dia punya kekuatan untuk berpuasa 30 hari...

Mungkin bila sekolah ni keterlupaan untuk makan itu tiada mustahil
Pukul 5 petang baru sampai rumah mungkin perlu carikan dia aktiviti untuk habiskan masa hingga ke waktu berbuka
Moga bulan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sudah.

Ok la nanti jumpa lagi dilain masa...
Mana yang belum habis menggantikan puasa tahun lepas
Buatlah secepat mungkin
Tak lama lagi je ni... :-)