Friday, June 15, 2012

Siem Reap Day 3 : Haji Musa Restaurant

Malam tu kami makan malam di Restauran Haji Musa yang terletak di kampung Stoung Thmey bersebelahan sahaja dengan masjid an-Nikmah. Masakan popularnya 'Daging lembu naik bukit'. Tapi malam tu kami tak merasa pun sebab makanan tersebut akan disediakan dihadapan anda dimasak di meja anda. Jadi tidak sesuai untuk kami malam itu. 
Lauknya biasa tapi inilah yang bestnya untuk perut. Tak larat nak lalui lauk yang pelik. Penduduk kampung berkenaan kebanyakkannya muslim. Lepas makan kitorang sambung shopping lagi. Maklumlah last night for last minute shopping. Last minute ;p

 Mesra sahaja layanan Haji Musa tak lekang dengan senyum. 

Tuesday, June 12, 2012

Siem Reap Day 3 : Free & Easy

Memandangkan esok adalah hari terakhir di Siem Reap jadi hari ke-3 itu selebihnya adalah free and easy. Dengan perkataan mudah, it's time for shopping. Cumanya yang kurang best di sini matawang yang digunakan adalah USD jadi semangat untuk membeli belah perlu dirancang sebaik mungkin. 
Pada jelajah shopping pertama kita ke kedai batu permata. Siem Reap memang terkenal dengan batu permatanya. Memang banyak juga kedai batu permata. Tapi perlu berwaspada takut anda TERkena. Kalau bukan jauhari jangan sesekali berani nak beli tanpa bimbingan. Kadang dengan Night Market dengan design yang sama tiada cacat cela lebih menarik hati juga dikatakan original. 
Dan tak semestinya mahal itu batu permata asli. Di sini kalau nak shopping pun takde benda sangat. Bukan tempat bershopping. Setiap kedai tu jual benda yang sama... jika pandai menawar memang seronok. Berbaloi juga membelinya. Kalau di Central market kita boleh buat jual mahal... biasanya dia akan bagi apa yang kita nak. Tapi kalau di Old Market... jangan harap memang diorang tak heran pun kita buat jual mahal. 
Kain sutera Cambodia, pashmina, t-shirt, seluar khmer memang banyak. Dan boleh dikatakan semua kedai menjualnya. Seluar khmer tu menyesal tak beli lebih... selesa bebenar seluar tu kalau buat pakai kat rumah. Sampai ke malam la shopping... tengahari tu makan sekali lagi di D'Wau Restaurant. Malam itu kita makan di Kedai haji Musa yang terkenal dengan lauk DAGING LEMBU NAIK BUKIT.