Thursday, May 31, 2012

Siem Reap Day 3 : Civil War Museum

Pagi itu seperti biasa... roti sebagai pengalas perut sahaja. Makanan lain tidaklah mencapai piawai untuk kami semua. Mampu dilihat tak boleh dan haram dimakan. 

Setelah itu kami menuju ke Civil War Museum. Di sini terdapat peralatan dan kenderaan yang digunakan semasa perang. Iaitu perang menentang Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot. Untuk makluman pemerintahan Khmer Rouge yang hanya sempat memerintah selama 3 tahun 8 bulan 20 hari telah membunuh ramai rakyat Cambodia iaitu 1.7juta yang terkorban. Mangsanya termasuk wanita dan kanak². dan sehingga ke hari ini masih yang tertanya mengapa Pol Pot menjadi sebegitu kejam. 
Semasa di muzium tersebut kami diberikan penerangan oleh Mr. Keo Veasna, beliau juga adalah salah seorang askar yang terlibat semasa peperangan menentang Khmer Rouge. Ramai kawannya terkorban dan dorongan untuk menentang Pot Pol adalah disebabkan ramai ahli keluarganya yang terbunuh.

Dia juga melihat sendiri kawan baiknya yang dibom ketika masih lagi berada di dalam kereta kebal. Yusof iaitu tourist guide juga menceritakan zaman Pol Pot memang hidup mereka sangat susah. Waktu malam memang tidak dibenarkan sebarang bunyi... sekiranya askar Pol Pot terdengar bunyi bising atau bercakap atau bayi menangis sekalipun mereka akan mengarahkan untuk mengikut mereka dengan alasan untuk diberikan 'nasihat'. Tetapi hampir semua mangsa yang diberi 'nasihat' tidak pulang. 

Di muzium ini juga ditunjukkan peralatan yang mereka guna dan bagaimana peralatan tersebut digunakan dan fungsinya. Ngeri tengok bom²... ada yang peralatan tersebut menembak bahagian pinggang manusia menjadi terputus dua.  
 Kami juga melihat betapa sengsara dan trauma Mr Keo dan masih dapat dilihat melalui air mukanya. Kesan bom kelihatan di tepi kelopak matanya. Dan dia mengatakan dia bertuah lagi jika dibandingkan orang lain yang ada diantaranya kehilangan kaki atau tangan. 

Terkesima melihat kekuatan jiwa Mr Keo itu.  

1 comment:

Bitt (double IS) said...

doubleIS dah teruja tengok senapang tu tau...aahahhaha