Thursday, May 17, 2012

Siem Reap Day 2 : Tonle Sap Lake

Setelah solat dan merehatkan diri di bilik... pada pukul 4 petang kami turun semula untuk menuju ke destinasi yang semalamnya tertangguh iaitu ke Floating Village. Ini adalah kali pertama kami keluar dari Siem Reap town. 
ladang teratai
 Pemandangan seperti rumah kampung ada yang besar dan ada yang kecil menghiasi perjalanan kali ini. Terbentang luas pokok teratai memenuhi tasik... memang macam kebun teratai. Sebab diorang makan buah teratai tu... 

suasana di tepi tebing
Memang tak perlu tunggu bot lelama... Yusuf beli tiket untuk kami dan terus sahaja naik bot. Difahamkan waktu kami pergi tu air sungai tidaklah dalam lebih kurang 2 meter sahaja oleh disebabkan itu air keruh macam teh tarik. Dan pada waktu air naik lebih kurang hingga 12 meter. Fuh tinggi tu...
rumah angkat
zoom rumah angkat
Terdapat rumah berderet di tebing sungai, rumah tersebut adalah 'rumah angkat'. Iaitu bila waktu air naik rumah tersebut akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi secara bergotong royong. Dan rata-ratanya kami lihat mereka tak ada set bilik tidur seperti kebanyakkan kita di Malaysia. Mereka tidur dalam 'hammock' barulah kami faham kenapa banyak hammock dijual di sana. 
kedai di atas tasik
sekolah untuk Vietnamese
Pastu puas naik bot kami singgah di crocodile farm... hehe ngeri amik gambar pon macam nervous takut buaya terkam tangan masa tengah shoot. Tapi yang tak tahan ada anjing... kitorang pun terus naik ke atas untuk menikmati keindahan waktu matahari terbenam. Sayangnya hari tersebut 'cloudy' tak menampakkan matahari pun cuma merah senja sahaja kelihatan. 
Untuk rekod Tasik Tonle Sap pada waktu keadaan biasa hanya berkeluasan 2,700km persegi dan ketika monsoon pula membesar kepada 16,000km persegi, ini kerana Tasik Tanle Sap bersambung dengan Sungai Mekong. Dan kebanyakkan penghuni di sini adalah orang vietnam yang tidak mempunyai kad pengenalan atau passport. 
kanak² Cambodian sambil memegang ular
Kemudian agak gelap kami pun balik semula ke bandar Siem Reap untuk menikmati juadah makan malam pula. 
si gumuk itu saya
senja nan merah
ini adalah tanda aras air naik 

No comments: