Thursday, May 31, 2012

Siem Reap Day 3 : Civil War Museum

Pagi itu seperti biasa... roti sebagai pengalas perut sahaja. Makanan lain tidaklah mencapai piawai untuk kami semua. Mampu dilihat tak boleh dan haram dimakan. 

Setelah itu kami menuju ke Civil War Museum. Di sini terdapat peralatan dan kenderaan yang digunakan semasa perang. Iaitu perang menentang Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot. Untuk makluman pemerintahan Khmer Rouge yang hanya sempat memerintah selama 3 tahun 8 bulan 20 hari telah membunuh ramai rakyat Cambodia iaitu 1.7juta yang terkorban. Mangsanya termasuk wanita dan kanak². dan sehingga ke hari ini masih yang tertanya mengapa Pol Pot menjadi sebegitu kejam. 
Semasa di muzium tersebut kami diberikan penerangan oleh Mr. Keo Veasna, beliau juga adalah salah seorang askar yang terlibat semasa peperangan menentang Khmer Rouge. Ramai kawannya terkorban dan dorongan untuk menentang Pot Pol adalah disebabkan ramai ahli keluarganya yang terbunuh.

Dia juga melihat sendiri kawan baiknya yang dibom ketika masih lagi berada di dalam kereta kebal. Yusof iaitu tourist guide juga menceritakan zaman Pol Pot memang hidup mereka sangat susah. Waktu malam memang tidak dibenarkan sebarang bunyi... sekiranya askar Pol Pot terdengar bunyi bising atau bercakap atau bayi menangis sekalipun mereka akan mengarahkan untuk mengikut mereka dengan alasan untuk diberikan 'nasihat'. Tetapi hampir semua mangsa yang diberi 'nasihat' tidak pulang. 

Di muzium ini juga ditunjukkan peralatan yang mereka guna dan bagaimana peralatan tersebut digunakan dan fungsinya. Ngeri tengok bom²... ada yang peralatan tersebut menembak bahagian pinggang manusia menjadi terputus dua.  
 Kami juga melihat betapa sengsara dan trauma Mr Keo dan masih dapat dilihat melalui air mukanya. Kesan bom kelihatan di tepi kelopak matanya. Dan dia mengatakan dia bertuah lagi jika dibandingkan orang lain yang ada diantaranya kehilangan kaki atau tangan. 

Terkesima melihat kekuatan jiwa Mr Keo itu.  

Tuesday, May 29, 2012

Buah teratai

 Tak suka tengok buah teratai ni... Sebab asyik teringat email yang pernah cujie tengok yang seakan buah teratai ni.
Yusof menunjukkan buah teratai
Namun buah teratai ini boleh dimakan. Terdapat biji yang boleh dikopek dan dimakan. Rasanya lemak seperti kacang. Boleh juga direbus... tapi cujie lebih suka makan yang direbus rasanya lebih lemak macam kacang tanah gitu. 
mari tengok dengan lebih dekat
Sebab itu di Seam Reap terdapat ladang tanaman teratai untuk diambil buah teratainya. Lagipun bagi mereka yang kebanyakkan beragama Buddha, bunga teratai memang dianggap bunga suci. 
inilah buah teratai setelah dikopek
Pengalaman... selama ini tak pernah merasa. Berjalan di negara orang memang banyak memberikan pengalaman yang terbaik. Guru yang terbaik dalam kehidupan adalah pengalaman :)

Wednesday, May 23, 2012

I lurve play piano

Assalamualaikum,

Wah hari ni google secara comel. 
Rupanya boleh main piano tu... sangat best leh record & play
Jadi sempat juga Cujie buat lagu Birthday...
Google hari ni sebegini rupa ada sebabnya... Robert Moog's 78th Birthday
Bukan nak meraikan birthday Robert tapi Cujie tumpang seronok main piano kat google tu :p

Selain itu, untuk info pada penggemar shopping mall... Paradigm Mall, Kelana Jaya sudah dibuka. hehe... terapi untuk melepaskan tension waktu kerja boleh dilakukan secara sekali sekala. 

Dikesempatan yang ada ini... Cujie juga ingin merakamkan takziah ke atas Moon dan Talib sekeluarga di atas pemergian Norma. Semoga rohnya dicucuri rahmat... Insyallah. 

Monday, May 21, 2012

Rejab bakal menjelma

Insyallah...

Mari sama-sama kita baca doa ini...
Perbanyakkan istighfar dan berpuasa di bulan Rejab... 

Juga di sini cujie ingin meminta jasa baik kalian untuk sama-sama kita bacakan Yasin dan doakan yang terbaik buat Norma. Untuk tahu lebih lanjut lagi tentang Norma sila klik >>> update Norma

Siem Reap Day 2 : MyHibiscus Hotel

Daripada Tasik Tonle Sap kami terus ke Hotel MyHibiscus yang dulunya dikenali sebagai Angkor Monarch. Pemiliknya rakyat Malaysia... tak ingat nama Datuk tu... tapi bolehlah ramahnya. Di sini kami dijamu untuk makan malam. 
harapkan terbaik untuk malam itu
Memang kehadiran kami ditunggu kerana makanan terhidang sejurus sahaja kami melabuhkan punggung di kerusi makan. Perut pun memang lapar sebab tengahari tu makan macam tak serupa makan. Berharap sangat makan malam tu sangat best untuk dinikmati. 

Ok... food sampai.
hai... saya telur dadar
sayur yang dicampur
sup ayam
ntah daging black pepper kot ;p
ni lagi tak tau... ikan hancur ke ntah
Bolehlah harap... lepas tu kita balik hotel untuk melelapkan mata. 
makan dengan rela... Bismillah :))
  

Thursday, May 17, 2012

Siem Reap Day 2 : Tonle Sap Lake

Setelah solat dan merehatkan diri di bilik... pada pukul 4 petang kami turun semula untuk menuju ke destinasi yang semalamnya tertangguh iaitu ke Floating Village. Ini adalah kali pertama kami keluar dari Siem Reap town. 
ladang teratai
 Pemandangan seperti rumah kampung ada yang besar dan ada yang kecil menghiasi perjalanan kali ini. Terbentang luas pokok teratai memenuhi tasik... memang macam kebun teratai. Sebab diorang makan buah teratai tu... 

suasana di tepi tebing
Memang tak perlu tunggu bot lelama... Yusuf beli tiket untuk kami dan terus sahaja naik bot. Difahamkan waktu kami pergi tu air sungai tidaklah dalam lebih kurang 2 meter sahaja oleh disebabkan itu air keruh macam teh tarik. Dan pada waktu air naik lebih kurang hingga 12 meter. Fuh tinggi tu...
rumah angkat
zoom rumah angkat
Terdapat rumah berderet di tebing sungai, rumah tersebut adalah 'rumah angkat'. Iaitu bila waktu air naik rumah tersebut akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi secara bergotong royong. Dan rata-ratanya kami lihat mereka tak ada set bilik tidur seperti kebanyakkan kita di Malaysia. Mereka tidur dalam 'hammock' barulah kami faham kenapa banyak hammock dijual di sana. 
kedai di atas tasik
sekolah untuk Vietnamese
Pastu puas naik bot kami singgah di crocodile farm... hehe ngeri amik gambar pon macam nervous takut buaya terkam tangan masa tengah shoot. Tapi yang tak tahan ada anjing... kitorang pun terus naik ke atas untuk menikmati keindahan waktu matahari terbenam. Sayangnya hari tersebut 'cloudy' tak menampakkan matahari pun cuma merah senja sahaja kelihatan. 
Untuk rekod Tasik Tonle Sap pada waktu keadaan biasa hanya berkeluasan 2,700km persegi dan ketika monsoon pula membesar kepada 16,000km persegi, ini kerana Tasik Tanle Sap bersambung dengan Sungai Mekong. Dan kebanyakkan penghuni di sini adalah orang vietnam yang tidak mempunyai kad pengenalan atau passport. 
kanak² Cambodian sambil memegang ular
Kemudian agak gelap kami pun balik semula ke bandar Siem Reap untuk menikmati juadah makan malam pula. 
si gumuk itu saya
senja nan merah
ini adalah tanda aras air naik 

Wednesday, May 16, 2012

Siem Reap Day 2 : D'Halal Cafe

Tengahari itu kami dibawa ke D'Halal Cafe untuk makan tengahari. 
Dekat je dengan hotel kami... kira belakang hotel la gitu. 
Memang semua kepenatan. Penat itu tidaklah sangat... tapi kepanasan itu la yang menyebabkan kami flat tambahan lapar teramat. Dekorasi cafe sangat menarik dan kami mengharapkan sajian yang bakal dihidangkan juga menarik. 

Malangnya... apa yang disaji tengahari itu hanyalah ikan keli goreng 2 ekor dipotong 2, telur dadar leper (tak gebu), kangkung goreng belacan,tomyam campur, dan buah tembikai siap ada biji. Suzi pula tak makan ikan keli... sudahlah lapar terbantut selera. 
Takde gambar hidangan... sebab penat, sedih dan pasrah je. Ingat ini semua rezeki dari Allah SWT.

Tuesday, May 15, 2012

Siem Reap Day 2 : Angkor Wat

Seperti yang dijanjikan... 

Seawal 6 pagi waktu siem reap kami keluar dari bilik untuk  menikmati sarapan. Maklumlah waktu Subuh di sana jam 4.42 pagi. Apa yang kami boleh makan cumalah roti dan mentega dan juga jam. Selain itu buah²an dan juga bijirin sarapan berserta susu. 
Alhamdulillah rezeki pagi itu
suasana cafe hotel
My name is Lucky >> tourist guide untuk ke Angkor Wat
Dan kami terus dibawa ke Angkor Wat. Sebelum itu amik tiket dulu... pada tiket itu siap dicetak muka kita sendiri. Jadi untuk jadikan tiket itu kenangan pastikan gambar anda itu comel. 
tiket kenang-kenangan saya
Library

shopping topi USD2.50 ^___^
sejarah pembinaan Angkor Wat
dari kiri : Cujie, Kak Norli, Kak Ujie & Kak Anis
gadis manis di Angkor Wat
Sejarah Angkor Wat ini tersangat panjang untuk diceritakan untuk lebih info google sahaja sejarahnya atau baca sendiri di wikipedia. Untuk rekod bangunan di Siem Reap tidak boleh didirikan lebih tinggi daripada Angkor Wat. 
pemandangan dari tingkat atas Angkor Wat
ngeri occay turut tangga tu
comel bukan budak baju tudung ijau itu
Selain tu kami dibawa ke Ta Prohm Temple tengok tempat Angelina Jolie berlakon untuk Tomb Raider. Bayon temple dan yang lelainnya tu kitorang takat tengok dalam bas je... tak larat dah. Alhamdulillah cuaca memang sangat menyenangkan tidaklah terlalu panas dan berangin sepoi-sepoi. 
on da way to Ta Prohm Temple
sila exercise berjalan kaki untuk ke sana
  
suatu ketika dahulu lubang yang ada di dinding itu dipenuhi batu permata
dari kiri : kak Sharifah, Kak Ujie, Cujie, Mak, Kak Maria, Kak Anis, Saadah, Kak Norli
Power Puff Girls