Tuesday, April 24, 2012

Siem Reap Day 1 : Central Market & Night Market

Kalau ikut plan asal pada sebelah petangnya kami akan dibawa ke Tasik Tonle Sap dan menikmati pemandangan matahari terbenam di atas bot. Tapi biasalah perjalanan yang membawa ramai orang ada saje permintaan untuk minum petang. 
Jadi singgah dulu ke MAHARAJAH... sini semua start dengan USD1. Teh tarik harga USD1 bayangkan minum teh tarik kat Malaysia harga RM3. Pejam mata je tak kan takmo cuba plak mamak siem reap buat teh tarik.  Tapi Cujie beli Soya Bean dalam tin yang juga harga USD1. Okey capati pun harganya USD1 tapi takde kuah dhal. Kalau nak lain plak harganya - asing² tidak didatangkan sekali seperti restaurant mamak kat Malaysia ye. 
Plak tu unfriendly langsung muka ketat je... dari awal masuk sampai la kita nak bayar. Pastu marah sebab duit yang diorang bayar amount besar. Dah makan minum gitu memang dah makan masa tetau dah sejam dekat pukul 5 petang. Memang tak sempat pun nak tengok sunset.
pemandangan biasa di siem reap
Jadi tukar plan... ada yang minta nak pergi massage. Tapi bagi kitorang yang tak nak ni dibawa ke Central Market. Sambar sikit dulu sebab masa ni berlatih untuk tawar menawar. Seronok tawar menawar ni tahu. Setiap kali lalu di depan kedai mesti dengar 'Lady want to samsing (something)... Lady' 
cambodia silk bag
Kalau kita tak setuju dengan harga yang dia bagi tu... buat² merajuk dan jual mahal. Pasti korang akan dipanggil pastu diorang bagi juga dengan harga yang kita nak... tu yang happy tu. Tapi kalau kat Old Market jangan harap. Diorang tak nak layan kalau kita buat² jual mahal. Better shopping kat Central Market. 
sewa basikal USD1.50 perday
 
Kemudian kami bertiga berjalan kaki menuju ke Night Market. Cantik dan tersusun tempatnya... tapi barang agak mahal juga. Dapatlah beli blouse viscose lengan panjang bercorak paisley... baju BERTUAH sebab ingat jenis sama yang macam kaftan. Pada mulanya Cujie malas nak buka plastiknya tapi setelah dinasihatkan oleh Saadah supaya check dan pastikan kualitinya. Bila kirai baju tu dari plastik... wah baju lengan panjang. Girl yang jual tu pun terkejut sebab tak tahu pun dia ada baju lengan panjang. hehe.. kiranya I'm the lucky one. Harga USD5 berbaloi. 
atm machine siem reap 
teruja first time naik tuk tuk :)
Untuk balik semula ke Central Market (tak jauh mana pun) kitorang ambil tuk tuk saja nak mencuba. Driver tuk tuk minta USD2 (mahal). Sampai kat Central Market kitorang dengar kuliah Maghrib bawah pokok yang disampaikan oleh mak. 
kuliah maghrib oleh mak
bebudak dmuatkan atas lori nak pegi pesta

No comments: