Monday, April 16, 2012

Siem Reap Day 1 : Bopha Angkor


OK masih lagi di hari pertama…

Selepas visit Angkor Silk Farm perut pun masing-masing kelaparan. Hidangan terakhir kami adalah Nasi Lemak Pak Nasser dalam flight. Jadi kami terus ke Bopha Angkor Restaurant. Menurut Yusuof (Tourist guide) ramai yang masih belum tahu Bopha Angkor menghidangkan makanan halal.
 
Suasana restoran sangat cantik… dan perkara pertama yang dihidangkan untuk kami adalah tuala sejuk basah. Agak pelik first time dapat tuala sejuk basah dan juga ada bau minyak angin sikit. Dapatlah lap tangan… rasa macam nak lap muka je. Sebab masa tengahari tu dah rasa dah kepanasan Siem Reap yang sebenar.
wet towel
 Menu untuk lunch :
Deep fried and fresh spring rolls – fried sedap tapi yang fresh tu ada bau hanyir, memang semua segar maybe tak suka dengan daun bawang tu pun ya juga… rasa pelik tapi habiskan juga barulah adventurous – bak kata mak >>> mak merujuk kepada makcik Rahmah yang lebih mesra panggilan MAK oleh group kami. Mak ialah mak kepada Kak Norli AlRajhi.




  • Chicken Amok with lemon grass – manis
  • Steamed fish sugar palm and pineapple – manis
  • Traditional Khmer beef curry with coconut milk – manis
  • Fried mix vegetables with oyster sauce – bolehlah…
  • Steamed rice with banana leaves – buat alas perut
  • Banana fritters – sangat sedap


lauk pauk
banana fritters
Semua masakan di sini semuanya manis belaka. Rasa pun sama je walaupun menu lain-lain. Setakat buat alas perut bolehlah.

sempat posing
lotus
herbs
 Sambil makan tu ada sorang budak yang main peralatan music. Bila kita nak shoot picture dia pun posing dengan senyuman. Deko restoran pun memang cantik tapi sayang makanannya setakat untuk alas perut sahaja. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.


No comments: