Tuesday, April 24, 2012

Siem Reap Day 1 : Central Market & Night Market

Kalau ikut plan asal pada sebelah petangnya kami akan dibawa ke Tasik Tonle Sap dan menikmati pemandangan matahari terbenam di atas bot. Tapi biasalah perjalanan yang membawa ramai orang ada saje permintaan untuk minum petang. 
Jadi singgah dulu ke MAHARAJAH... sini semua start dengan USD1. Teh tarik harga USD1 bayangkan minum teh tarik kat Malaysia harga RM3. Pejam mata je tak kan takmo cuba plak mamak siem reap buat teh tarik.  Tapi Cujie beli Soya Bean dalam tin yang juga harga USD1. Okey capati pun harganya USD1 tapi takde kuah dhal. Kalau nak lain plak harganya - asing² tidak didatangkan sekali seperti restaurant mamak kat Malaysia ye. 
Plak tu unfriendly langsung muka ketat je... dari awal masuk sampai la kita nak bayar. Pastu marah sebab duit yang diorang bayar amount besar. Dah makan minum gitu memang dah makan masa tetau dah sejam dekat pukul 5 petang. Memang tak sempat pun nak tengok sunset.
pemandangan biasa di siem reap
Jadi tukar plan... ada yang minta nak pergi massage. Tapi bagi kitorang yang tak nak ni dibawa ke Central Market. Sambar sikit dulu sebab masa ni berlatih untuk tawar menawar. Seronok tawar menawar ni tahu. Setiap kali lalu di depan kedai mesti dengar 'Lady want to samsing (something)... Lady' 
cambodia silk bag
Kalau kita tak setuju dengan harga yang dia bagi tu... buat² merajuk dan jual mahal. Pasti korang akan dipanggil pastu diorang bagi juga dengan harga yang kita nak... tu yang happy tu. Tapi kalau kat Old Market jangan harap. Diorang tak nak layan kalau kita buat² jual mahal. Better shopping kat Central Market. 
sewa basikal USD1.50 perday
 
Kemudian kami bertiga berjalan kaki menuju ke Night Market. Cantik dan tersusun tempatnya... tapi barang agak mahal juga. Dapatlah beli blouse viscose lengan panjang bercorak paisley... baju BERTUAH sebab ingat jenis sama yang macam kaftan. Pada mulanya Cujie malas nak buka plastiknya tapi setelah dinasihatkan oleh Saadah supaya check dan pastikan kualitinya. Bila kirai baju tu dari plastik... wah baju lengan panjang. Girl yang jual tu pun terkejut sebab tak tahu pun dia ada baju lengan panjang. hehe.. kiranya I'm the lucky one. Harga USD5 berbaloi. 
atm machine siem reap 
teruja first time naik tuk tuk :)
Untuk balik semula ke Central Market (tak jauh mana pun) kitorang ambil tuk tuk saja nak mencuba. Driver tuk tuk minta USD2 (mahal). Sampai kat Central Market kitorang dengar kuliah Maghrib bawah pokok yang disampaikan oleh mak. 
kuliah maghrib oleh mak
bebudak dmuatkan atas lori nak pegi pesta

Friday, April 20, 2012

Pergi Tak Kembali ~ Sesudah 5 tahun

Sehari pun tak pernah lupa

Sentiasa subur dalam hati
Kasih kita tetap utuh seperti dulu juga

20 April 2007 - 20 April 2012
Hari yang sama... Penghulu segala hari, JUMAAT
Perginya tak kembali

Semoga rohnya dicucuri rahmat
Dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin. 

Sayang Abah, dunia akhirat.

Wednesday, April 18, 2012

#12. Wordless Wednesday

Angkor Wat, Siem Reap
090412

Tuesday, April 17, 2012

Siem Reap Day 1 : Angkor Riviera Hotel

Selepas sahaja selesai lunch di Bopha Angkor Restaurant, kami di bawa ke Angkor Riviera Hotel untuk check in. 
lotus
reception
Sampai sahaja di lobby kak ujie & cujie terus kebahagian reception untuk serahkan passport. Kemudian sambil menunggu luggage kami dipunggah dan disusun oleh bellboy kami dihidangkan dengan oren juice dan sehelai tuala basah. Tuala basah kali ni lebih putih bersih dan wangi baunya. Bellboy seperti biasa akan hantar luggage room to room. 
Kami pun diberikan keycard untuk mengakses bilik masing². Alhamdulillah... bilik pun sangat bersih dan cantik juga selesa. Ada complimentary nescafe & drinking water. Juga dalam bathroom disediakan toothbrush beserta toothpaste yang kecil comel. Dan kalau dah guna tu diorang akan bagi yang baru untuk esok harinya bila kita minta diorang make up room.  


bathroom
fridge... huhu
view form our room

tuk tuk, madam?
  Channel TV pon lebih daripada 90 channels yang ada. Termasuk TV1 dan TV3 (our room cannot akses). Sempat juga layan KBS world lelepas Subuh tu. Sebab sini Subuh awal... 4.42am. Jadi nak tidur semula tu takut terlajak pula. Channel TV memang round the world ada... Korea, Indonesia, Australia, France...
tuanrumah
Cumanya heater kat bathroom kalau nak air panas... memang panas. Kena adjust sikit ~ sikit sangat. Untuk makluman hotel ini bertaraf 4 bintang.

Monday, April 16, 2012

Siem Reap Day 1 : Bopha Angkor


OK masih lagi di hari pertama…

Selepas visit Angkor Silk Farm perut pun masing-masing kelaparan. Hidangan terakhir kami adalah Nasi Lemak Pak Nasser dalam flight. Jadi kami terus ke Bopha Angkor Restaurant. Menurut Yusuof (Tourist guide) ramai yang masih belum tahu Bopha Angkor menghidangkan makanan halal.
 
Suasana restoran sangat cantik… dan perkara pertama yang dihidangkan untuk kami adalah tuala sejuk basah. Agak pelik first time dapat tuala sejuk basah dan juga ada bau minyak angin sikit. Dapatlah lap tangan… rasa macam nak lap muka je. Sebab masa tengahari tu dah rasa dah kepanasan Siem Reap yang sebenar.
wet towel
 Menu untuk lunch :
Deep fried and fresh spring rolls – fried sedap tapi yang fresh tu ada bau hanyir, memang semua segar maybe tak suka dengan daun bawang tu pun ya juga… rasa pelik tapi habiskan juga barulah adventurous – bak kata mak >>> mak merujuk kepada makcik Rahmah yang lebih mesra panggilan MAK oleh group kami. Mak ialah mak kepada Kak Norli AlRajhi.




  • Chicken Amok with lemon grass – manis
  • Steamed fish sugar palm and pineapple – manis
  • Traditional Khmer beef curry with coconut milk – manis
  • Fried mix vegetables with oyster sauce – bolehlah…
  • Steamed rice with banana leaves – buat alas perut
  • Banana fritters – sangat sedap


lauk pauk
banana fritters
Semua masakan di sini semuanya manis belaka. Rasa pun sama je walaupun menu lain-lain. Setakat buat alas perut bolehlah.

sempat posing
lotus
herbs
 Sambil makan tu ada sorang budak yang main peralatan music. Bila kita nak shoot picture dia pun posing dengan senyuman. Deko restoran pun memang cantik tapi sayang makanannya setakat untuk alas perut sahaja. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan.


Friday, April 13, 2012

Siem Reap Day 1 : Angkor Silk Farm

Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 setelah selamat pulang ke Malaysia walaupun cuma sekejap sahaja berada di negara orang.
Ini passport, arrival card & custom card 
 Flight kami from LCCT – Siem Reap pada 8 April 2012 pukul 0650hrs sangat mencabar. Mujur travel agent dah buatkan web check-in untuk kami. Keadaan LCCT pagi hari itu memang kalah dengan keadaan puduraya dulu. Ramainya orang berbondong-bondong dengan luggage memasing.
Tasik Tonle Sap from above...
Flight AK1480
 Pada mulanya memang nak booking ticket MAS tapi sayangnya tak cukup ticket untuk kami yang pergi seramai 13 orang. Dan bila check Air Asia memang ada… the tickets more expensive than MAS tickets. So kita naik Air Asia… Jadi Cujie angkut juga kiddos pagi itu ke LCCT… dari rumah pukul 4am.
ramai tourist guide tengah menunggu ketibaan
suasana pagi di Siem Reap International Airport

We all arrived at Siem Reap at 8am (Cambodia Time GMT +7) cuaca sejuk berangin menyambut kedatangan kami semua. Siem Reap International Airport sangat cantik macam resort. Sempat juga ambil gambar kat kawasan aeroplane parking. Puas berposing di depan kapal terbang… kami masuk untuk ambil luggage. Immigration kat airport nampak je kitorang… dipanggilnya kami ‘MALAY... MALAY’ pastu dengan tegas ‘FOUR RIGHT… THUMB’ ‘FOUR LEFT… THUMB’ diorang macam garang sebab diorang ni nak speaking tak berapa reti jadi masalah komunikasi menyebabkan diorang stress…

1st photo group
Kak Ujie & Cujie keluar dulu sebab nak cari our tourist guide. Yusuof memang dah menunggu dah dengan senyuman terus menyapa kami. Lama juga nak menunggu kak Maria keluar rupanya luggage dia hilang dan terus  buat report luggage hilang. Group kitorang pun macam hilang seri ialah sesame rasa susah  hati. Mana plak luggage kak Maria pergi…

Sungguhpun begitu kami tetap meneruskan acara pertama kami seperti yang ada dalam itinerary. Kami terus ke Angkor Silk Farm – 16km dari Siem Reap. Tak jauh pun tetiba dah sampai. Satu diorang kat sana suka main hon… heheh selisih je dengan kereta atau tuk tuk mesti hon.
budak ni speaking loghat France
mulberry leaves
silk worm eat leaves

Silk Cocoons in Bamboo Tray
 
Di Siem Reap memang terkenal dengan sutera dan batu permata. Jadi di Angkor Silk Farm kami didedahkan dengan bagaimana membiakkan ulat dengan memberikan mulberry leaf untuk ulat sutera makan. Sehinggalah proses silk cocoons dalam bamboo tray. Kemudian extract silk from silk cocoons… seterusnya proses mewarna hinggalah menenun.
 
Tengok bebetul nampak tak benang sutera... sgt halus
ulat sutera yang tinggal bila dah habis extract benang sutera
Memang tak terbeli tengok harga silk dalam Artisan D’Angkor store… pashmina silk memang sangat cantik geram tengok… lembut je. Kitorang ambil udara dingin je dalam kedai tu… aircond kan. Tapi bila dah ramai dalam kedai tu terasa panas… kitorang duduk kat luar plak pastu jengah toilet. Toilet jangan risau memang bersih dan yang penting dalam toilet ada paip.
spinning
proses mewarnakan sutera secara natural
antara barang yang digunakan untuk mewarna
proses penjemuran
ikat

there is our tourist guide
menunjukkan warna yang dipakai untuk seminggu
Ok sampai sini dulu… to be continue… nanti pengsan plak nak story mory dengan picture panjang berjela. Kita buat part by part eh…