Tuesday, March 6, 2012

PJ to another PJ


Penghulu segala hari iaitu Jumaat bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 1433H mak & ayah serta niece telah selamat sampai di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur pada petang tersebut setelah 4 jam menaiki bas dari Taiping, Perak.

Hanya Encik suami sahaja yang menjemput mereka kerana cujie menunggu kepulangan mujahid tersayang pulang dari sekolah. Jadi kami tunggu mereka di rumah sahaja la. Sambil menunggu mujahid pulang tu sempat juga Cujie menyediakan lunch ~ dinner untuk mereka. Sambal udang, telur dadar dan kacang panjang goreng je. Ini pun first time menjemput anak tersayang balik sekolah… jadi first time dapat tengok real jubah bertukar color dari putih ke warna hitam kelabu. Fuh…

Sesampai sahaja mereka di rumah terus jamu makan dulu… pepaham sahajalah naik bas pukul 1.30pm mana nak jumpa nasi sehinggalah sampai di KL. Lepak dulu… sembang. Masa tu siapkan kiddos mandi dan tunggu maghrib… selepas Isyak baru kami keluar menuju ke Putrajaya.

Dah agak lama juga cujie tak ke Putrajaya. Pemandangan waktu malam sangat cantik juga. Ada konsert juga… sebab siang hari tersebut  ada Le Tour De Langkawi. Singgah sekejap kat masjid Besi kemudian ke Dataran Putrajaya. Ramai juga pak arab yang datang bawa family sambil picnic. Yang seronoknya pak arab ni memang tak tinggal jubah even waktu malam. Jubah putih pulak tu… nampak handsome. Jubah kan pakaian Rasulullah SAW memang siapa saja yang pakai tu memang nampak smart dan handsome.

Meh layan gambar je la… malam tu hanya ke Putrajaya sahaja. 

green...
siblings
cucus wif opah
tasik di tepi masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
the cute girls
sempat la dapat bermanja...
paling susah untuk ambil gambar mereka berduaan :))

No comments: