Tuesday, March 27, 2012

I'm Falling in Love Again...

Sejak akhir² ni jarang tengok TV lain… memang selalunya tune to channel TVAlhijrah. Memang bertepatan dengan slogan ‘Hijrah Bersama’.

Hati ini ibarat telah dicuri sekali lagi. Memang banyak rancangan di TVAlhijrah menarik hati selain rancangan 30minit Ustaz Don dua lagi rancangan yang Cujie suka. Fatabiouni dan Law Kana Bai Nana membuatkan Cujie tertunggu setiap hari sebelum masuk waktu solat. On the weekdays dapat tengok sebelum Maghrib je… memang fall in love tengok pengacaranya. Sayang ulama seperti mereka lebih afdal. Berharap sangat mujahid Cujie pun dapat mengikuti peribadi mereka.

FATABIOUNI
Habib Muhammad as-Saqqaf
Di dalam rancangan ini Habib Muhammad as-Saqqaf menceritakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Cara penceritaannya membuatkan Cujie rasa lebih dekat dan terlalu ingin bertemu dengan kekasih Allah. Kadang sunnah Nabi Muhammad SAW yang mudah pun kita tak dapat nak ikut. Contohnya seperti mengucapkan Alhamduillah walaupun dapat minum segelas air masak atau mengucapkan terima kasih dengan ikhlas kepada maid kita bila menghantar segelas minuman. Diceritakan Nabi Muhammad SAW yang memang suka tersenyum walaupun ketika itu mendapat kencaman dari Arab Jahilliyah ketika itu.
Ketika memasang impian untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW tersedar juga diri ini belum selayaknya bertemu dengan habibullah Allah. Jadi seeloknya Cujie mempercantikkan diri untuk kalau ingin bertemu kekasih.

LAW KANA BAI NANA
Ahmad Al Shugairi
 Pengacaranya memang sangat suka kalau bertemu dengan orang yang bernama Ahmad atau Muhammad. Rancangannya yang menarik memang popular di Negara Arab. Banyak menyentuh keperibadian Nabi Muhammad SAW dan yang paling menarik bila krew membuat rakaman secara sembunyi dan meletakkan kotak² ditengah² jalan, kebanyakkan kereta yang lalu lalang hanya mengelak dari melanggar kotak tersebut tapi muncul sebuah kereta yang pemandunya berhenti dan mengalihkan kotak tersebut. Perbuatan seperti itu menarik minat Ahmad Al Shugairi untuk menerjah pemuda tersebut.

Soalan yang akan ditanya kebiasaannya ‘jika anda bertemu Rasulullah apa yang ingin anda katakan’ atau ‘sekiranya Rasulullah masih ada…’ Soalan itu kadang dijawab dengan penuh emosi membuatkan kita juga turut emosi tanpa sedar menitis air mata. Lagu Law Kana Bai Nana memang sangat menyentuh hati... setiap bait maksudnya sungguh indah di dengar. Harian Metro pernah mengeluarkan artikel tentang rancangan ni. 

Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua² hamba Allah ini dengan apa yang diusahakan untuk menarik minat dan membetulkan akidah umat Islam hari ini.

Cujie juga berharap semoga TVAlhijrah sentiasa menyiarkan rancangan seperti ini. TVAlhijrah juga layak mendapat pengiktirafan kerana rancangan yang disiarkan bermula pukul 6pagi hingga ke tengah malam memang bagus untuk ditonton seisi keluarga. Kiddos Cujie pun suka tengok Zon Aulad…
 

No comments: