Saturday, March 10, 2012

Genting Highlands lagi... fuhhhh


Dah bertahun dah family day Encik suami tersayang di buat di Genting at least ada kan daripada takde. Kali ni pergi lambat sedikit tak seperti biasa tahun² sudah sebab kali ni bawa mak dan ayah. Jadi tak perlu la tergesa² kena faham bawa orang tua.
mat kool
Alesha wif kak Suhana
Selalunya kitorang mesti main indoor sebelah pagi nya tapi berbeza kali ini kami terus terjah outdoor takut hujan sebelah petang. Bawa kiddos memang seronok… sebab tu tak pernah menolak pelawaan bila mengisi borang setuju untuk join family day.
nasib baik pwincess ummi tak merengek nak seketul
wif opah
makcik sebelah rumah 
Dedekat waktu lunch baru kitorang masuk dan menuju hotel café di tingkat 3. Sewaktu menuju ke café, Encik suami keep reminded cujie untuk keluarkan sesiap meal voucher jadi tak perlu berlengah masuk. Bila sampai depan café cujie kira orang untuk disamakan dengan meal voucher yang ada. Ketika itu sorang takde… dalam masa yang sama Ahmad Haikal tanya adik dia mana. Berderau darah sebab Alesha takde dah masa tu… cujie dah terkaku. Encik suami terus turun eskelator yang kitorang naik tadi… mak plak tertinjau² dalam café takut Alesha sebenarnya dah masuk. Cujie memang nak terduduk dah macam gelap dah mata sebab terpandang² Alesha sambil nyanyi lagu ‘saya ayam… kok kok’ (lagu feveret). Dalam 2 minit kemudian Encik suami naik eskelator sambil dukung Alesha.
my hensem boy
inside the ulat gonggok
Terus amik Alesha dari dukungan peluk dia kekuat. Allah cuma hilangkan sekejap saja Alesha, cujie dah terkaku. Ya Allah… hebatnya perasaan diuji ketika itu. Kami lunch pun memang makan sambil mengenang kejadian macamana boleh terlepas pandang. Alesha sebenarnya berhenti kat kiosk tepi eskelator sebab tengok barang yang dijual. Yang kitorang plak terus naik eskelator yang masa tu cujie dok sibuk dengan backpack cari meal voucher.
thru cujie's hand
budak yang hilang 2 minit
Lepas lunch terus pegi solat… dan main indoor. Cuaca masa tu tidaklah terlalu sejuk sesekali je angin sejuk terasa. Dalam pukul 4.30ptg tu dah bertolak balik to KL. Sekejap je… takut mak dan ayah penat berjalan…
mungkinkah next year akan ke sini jua...
Tapi malam tu kami ke Icity pula… tu tunggu next entry.

2 comments:

Sherry said...

so nice lama tak pergi.. last pergi year 1999

Sherry said...

woot.. icity x prgi pun :(

http://mymomsbest.us