Thursday, March 29, 2012

Tutorial : Origami Ribbon

Okey kali ni tutorial macamana nak buat ribbon origami.

Yang ni memang handmade 100% from Cujie courtesy to Siti Aisyah sifu of origami. Work place dia penuh dengan origami yang ntah macam² jenis. Accountant memang kena tengok warna warni sikit matanya selepas seharian tengok nombor atas worksheet yang tak menyeronokkan itu. Yang wordless Wednesday tu sifu yang buatkan ye... 

Memang agak susah sikit sebab bagi Cujie yang memang tak reti melipat burung jenjang tu agak kepayahan. Tapi ok la kan... daripada tak reti buat origami burung jenjang at least pandai juga buat origami ribbon. 

                                   
1. Lipat kertas seperti yang ditunjukkan lipat dari segenap penjuru

2. Lipat sehingga menjadi seperti berikut

3. Kemudian lipat sedikit penjuru di bahagian atas tadi

4. Buka dan kemaskan lipatan tadi dan jadikan lipatan tersebut ke dalam


5. Kemudian lipat menjadikan bahagian yang ke dalam seperti di gambar no. 4 termasuk dengan kemas

6. Lipat sisi seperti gambar, lipat di kedua² belah

7. Tarik bahagian bawah ke atas sehingga habis

8. Selesai menarik bahagian bawah ke atas, anda dapat hasil yang begini

8. Terbalikkan dan potong bahagian tersebut menggunakan pisau

9. Tarik bahagian atas ke bawah

10. Hasilnya seperti berikut

11. Lipas telinga kiri dan kanan seperti di dalam gambar


12. Hasil sesudah di lipat

13. Lipat ke dalam di bahagian ekor kiri dan kanan

14. Terbalikkan... dan sisipkan telinga kiri dan kanan ke dalam dan gunting bahagian ekor untuk lebih menawan lagi

15. Tada... origami ribbon khas untuk anda.


ini memang buatan tangan cujie... diulangi hehehe
sebelum melipat dengan bersemangat pastikan kalau guna wrapper paper lipat secara terbalik ye nanti takut hasilnya terbalik yang cantik bahagian dalam yang putih bersih dok luar... 


Wednesday, March 28, 2012

#11. Wordless Wednesday

Ahmad Haikal & Suhana
KLCC
260212

Tuesday, March 27, 2012

I'm Falling in Love Again...

Sejak akhir² ni jarang tengok TV lain… memang selalunya tune to channel TVAlhijrah. Memang bertepatan dengan slogan ‘Hijrah Bersama’.

Hati ini ibarat telah dicuri sekali lagi. Memang banyak rancangan di TVAlhijrah menarik hati selain rancangan 30minit Ustaz Don dua lagi rancangan yang Cujie suka. Fatabiouni dan Law Kana Bai Nana membuatkan Cujie tertunggu setiap hari sebelum masuk waktu solat. On the weekdays dapat tengok sebelum Maghrib je… memang fall in love tengok pengacaranya. Sayang ulama seperti mereka lebih afdal. Berharap sangat mujahid Cujie pun dapat mengikuti peribadi mereka.

FATABIOUNI
Habib Muhammad as-Saqqaf
Di dalam rancangan ini Habib Muhammad as-Saqqaf menceritakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Cara penceritaannya membuatkan Cujie rasa lebih dekat dan terlalu ingin bertemu dengan kekasih Allah. Kadang sunnah Nabi Muhammad SAW yang mudah pun kita tak dapat nak ikut. Contohnya seperti mengucapkan Alhamduillah walaupun dapat minum segelas air masak atau mengucapkan terima kasih dengan ikhlas kepada maid kita bila menghantar segelas minuman. Diceritakan Nabi Muhammad SAW yang memang suka tersenyum walaupun ketika itu mendapat kencaman dari Arab Jahilliyah ketika itu.
Ketika memasang impian untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW tersedar juga diri ini belum selayaknya bertemu dengan habibullah Allah. Jadi seeloknya Cujie mempercantikkan diri untuk kalau ingin bertemu kekasih.

LAW KANA BAI NANA
Ahmad Al Shugairi
 Pengacaranya memang sangat suka kalau bertemu dengan orang yang bernama Ahmad atau Muhammad. Rancangannya yang menarik memang popular di Negara Arab. Banyak menyentuh keperibadian Nabi Muhammad SAW dan yang paling menarik bila krew membuat rakaman secara sembunyi dan meletakkan kotak² ditengah² jalan, kebanyakkan kereta yang lalu lalang hanya mengelak dari melanggar kotak tersebut tapi muncul sebuah kereta yang pemandunya berhenti dan mengalihkan kotak tersebut. Perbuatan seperti itu menarik minat Ahmad Al Shugairi untuk menerjah pemuda tersebut.

Soalan yang akan ditanya kebiasaannya ‘jika anda bertemu Rasulullah apa yang ingin anda katakan’ atau ‘sekiranya Rasulullah masih ada…’ Soalan itu kadang dijawab dengan penuh emosi membuatkan kita juga turut emosi tanpa sedar menitis air mata. Lagu Law Kana Bai Nana memang sangat menyentuh hati... setiap bait maksudnya sungguh indah di dengar. Harian Metro pernah mengeluarkan artikel tentang rancangan ni. 

Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua² hamba Allah ini dengan apa yang diusahakan untuk menarik minat dan membetulkan akidah umat Islam hari ini.

Cujie juga berharap semoga TVAlhijrah sentiasa menyiarkan rancangan seperti ini. TVAlhijrah juga layak mendapat pengiktirafan kerana rancangan yang disiarkan bermula pukul 6pagi hingga ke tengah malam memang bagus untuk ditonton seisi keluarga. Kiddos Cujie pun suka tengok Zon Aulad…
 

Friday, March 23, 2012

kota lampu ~ i-City


Walaupun dah lama dah mak dan ayah pulang ke kampung tapi tak habis cerita lagi ni. Kali ni kita jenjalan pegi i-City selepas pulang dari Genting Highlands. Sebenarnya kaki penat berjalan… tambah lagi kena naik turun tangga. 
Pwincess Alesha sentiasa mahu memeriahkan suasana
Sekarang masuk i-city kena bayar RM10 untuk satu kereta. Dah ada autopay dah… nak bayar sesiap pun boleh. Tak payah nak tunggu bila keluar baru nak bayar. Memang dah dipesan supaya bayar kalau tak mau beratur panjang.
ada je yang tak kena kalau gambar reramai
Kat sana juga nak ada bermacam-macam ride… tak tahu berapa RM sekali naik tapi Q very long. Takpelah lagipun dah muak naik ride kat Genting Highlands. Kiddos memang excited tengok orang jejual lampu yang bermacam jenis tu… tapi kitorang buat tak tahu je… tapi diorang dok berkenan tag Angry Birds RM10 dapat 3. Jadi memang sesuai diorang pun bertiga belikan aje. Ahmad Haikal sekarang pakai pegi sekolah gantikan dengan tag sekolah dia.
seronok dapat bergambar dengan robot nak tumbang
ini baru i-city...
Dah tengok lampu je tak banyak cerita yang nak diceritakan.

Nak tengok fenomena pelik, jom!


Siapa pergi esok... kalau nampak cujie sekeluarga jangan malu tegur...

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu." Dalam hadith lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok, di mana yang pertamanya sedang berzikir, sementara yang ke duanya sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok ke dua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu. 


Wednesday, March 14, 2012

#10. Wordless Wednesday

Origami in conjunction Akira Yoshizawa's 101 Birthday

bbsitter baru...

Quick update


Alhamdulillah... Tengahari tadi sudah berjaya mendapatkan bbsitter bagi menggantikan kak sari yang mahu berhenti secara tiba-tiba. Makcik yang tinggal block sebelah sudi menjaga kiddos. Walaupun makcik ni selalu kena pergi hospital untuk check up tapi itu semua bisa di atur samada encik suami yang bercuti atau cujie.


Buat masa sekarang ni belum ada plan untuk ambil maid... Kita cuba dulu dengan cara ni... Hari khamis ni kena halfday sebab makcik bbsitter ada appointment doc.


Harap kiddos dapat menyesuaikan diri sebab kena duduk rumah orang... Harap pandai la bawa diri... :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 10, 2012

Genting Highlands lagi... fuhhhh


Dah bertahun dah family day Encik suami tersayang di buat di Genting at least ada kan daripada takde. Kali ni pergi lambat sedikit tak seperti biasa tahun² sudah sebab kali ni bawa mak dan ayah. Jadi tak perlu la tergesa² kena faham bawa orang tua.
mat kool
Alesha wif kak Suhana
Selalunya kitorang mesti main indoor sebelah pagi nya tapi berbeza kali ini kami terus terjah outdoor takut hujan sebelah petang. Bawa kiddos memang seronok… sebab tu tak pernah menolak pelawaan bila mengisi borang setuju untuk join family day.
nasib baik pwincess ummi tak merengek nak seketul
wif opah
makcik sebelah rumah 
Dedekat waktu lunch baru kitorang masuk dan menuju hotel café di tingkat 3. Sewaktu menuju ke café, Encik suami keep reminded cujie untuk keluarkan sesiap meal voucher jadi tak perlu berlengah masuk. Bila sampai depan café cujie kira orang untuk disamakan dengan meal voucher yang ada. Ketika itu sorang takde… dalam masa yang sama Ahmad Haikal tanya adik dia mana. Berderau darah sebab Alesha takde dah masa tu… cujie dah terkaku. Encik suami terus turun eskelator yang kitorang naik tadi… mak plak tertinjau² dalam café takut Alesha sebenarnya dah masuk. Cujie memang nak terduduk dah macam gelap dah mata sebab terpandang² Alesha sambil nyanyi lagu ‘saya ayam… kok kok’ (lagu feveret). Dalam 2 minit kemudian Encik suami naik eskelator sambil dukung Alesha.
my hensem boy
inside the ulat gonggok
Terus amik Alesha dari dukungan peluk dia kekuat. Allah cuma hilangkan sekejap saja Alesha, cujie dah terkaku. Ya Allah… hebatnya perasaan diuji ketika itu. Kami lunch pun memang makan sambil mengenang kejadian macamana boleh terlepas pandang. Alesha sebenarnya berhenti kat kiosk tepi eskelator sebab tengok barang yang dijual. Yang kitorang plak terus naik eskelator yang masa tu cujie dok sibuk dengan backpack cari meal voucher.
thru cujie's hand
budak yang hilang 2 minit
Lepas lunch terus pegi solat… dan main indoor. Cuaca masa tu tidaklah terlalu sejuk sesekali je angin sejuk terasa. Dalam pukul 4.30ptg tu dah bertolak balik to KL. Sekejap je… takut mak dan ayah penat berjalan…
mungkinkah next year akan ke sini jua...
Tapi malam tu kami ke Icity pula… tu tunggu next entry.

Friday, March 9, 2012

Happy Jumma Mubarak

Hidup mencari redha Allah 
Hidup berlandaskan Sunnah Nabi SAW

Insyallah, berbahagia dunia & akhirat

Thursday, March 8, 2012

Berita Terkini


SARI berita penting…

Memang penting dan sangat menjadikan kecerahan di dada menjadi kabur dan semakin berat. Bila hal melibatkan SARI dan kiddos. Sepetang bersama suami duduk termangu memikirkannya… semalaman keseorangan merisaukan SARI.

Masalah kami tidaklah sehebat mana tapi ujian yang diberikan sungguh membuatkan kami terjaga dari mimpi yang indah dan hidup yang selama ini selesa tetiba menjadi kucar kacir setelah menerima message dari Encik Suami tersayang petang semalam.

Sudah 3 tahun kak Sari bekerja dengan kami dan selama itu kami sangat berasa senang hati meninggalkan kiddos sewaktu keluar bekerja. Kadang ada juga perkara yang membangkitkan  kemarahan tapi tidaklah menjadi kudis di hati sebab kita pun makan gaji sama macam dia… dia manusia sama seperti kita ada hati dan perasaan dan punya masalahnya sendiri. Jadi give and take itu memang jadi amalan kami selagi kiddos di jaga dengan baik. Alhamdulillah memang selama itu kiddos pun happy dan terurus tambahan lagi tahun ni memang sangat memerlukan jasa baik kak sari untuk menunggu ahmad haikal dan alesha setiap kali balik dari sekolah.

Kami memang selama ini umpama bersedia bila kejadian ini berlaku tapi masih belum nampak jalannya lagi bila kak sari takde untuk bantu kami untuk uruskan anak². Mana nak dapat lagi orang yang bekerja sebaik kak sari. Kami tak pernah anggap dia pembantu rumah tapi kami layan dia seperti saudara mara kami… susah dia kami pun turut susah dan bantu seadanya. Beratnya hati nak lepaskan dia pergi.

Kami sekeluarga cuma ada masa hingga hari Jumaat sahaja untuk mencari pengganti kak Sari. Bertambah peningnya… Alesha bila kita bagi hint bibiknya ‘nak balik kampung’ dia terjerit² marah tak bagi bibiknya pergi.

Semoga Allah berikan kami petunjukNya. Petang ni mau bincang semula… kalau perlu up kami up… tapi semalam bagi hint untuk up pun Kak Sari seperti memang tak nak dah… huhu…

Anyway happy women’s day…

Wednesday, March 7, 2012

#9. Wordless Wednesday

three of us (^_^)/

matahari

Tuesday, March 6, 2012

PJ to another PJ


Penghulu segala hari iaitu Jumaat bersamaan dengan 2 Rabiul Awal 1433H mak & ayah serta niece telah selamat sampai di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur pada petang tersebut setelah 4 jam menaiki bas dari Taiping, Perak.

Hanya Encik suami sahaja yang menjemput mereka kerana cujie menunggu kepulangan mujahid tersayang pulang dari sekolah. Jadi kami tunggu mereka di rumah sahaja la. Sambil menunggu mujahid pulang tu sempat juga Cujie menyediakan lunch ~ dinner untuk mereka. Sambal udang, telur dadar dan kacang panjang goreng je. Ini pun first time menjemput anak tersayang balik sekolah… jadi first time dapat tengok real jubah bertukar color dari putih ke warna hitam kelabu. Fuh…

Sesampai sahaja mereka di rumah terus jamu makan dulu… pepaham sahajalah naik bas pukul 1.30pm mana nak jumpa nasi sehinggalah sampai di KL. Lepak dulu… sembang. Masa tu siapkan kiddos mandi dan tunggu maghrib… selepas Isyak baru kami keluar menuju ke Putrajaya.

Dah agak lama juga cujie tak ke Putrajaya. Pemandangan waktu malam sangat cantik juga. Ada konsert juga… sebab siang hari tersebut  ada Le Tour De Langkawi. Singgah sekejap kat masjid Besi kemudian ke Dataran Putrajaya. Ramai juga pak arab yang datang bawa family sambil picnic. Yang seronoknya pak arab ni memang tak tinggal jubah even waktu malam. Jubah putih pulak tu… nampak handsome. Jubah kan pakaian Rasulullah SAW memang siapa saja yang pakai tu memang nampak smart dan handsome.

Meh layan gambar je la… malam tu hanya ke Putrajaya sahaja. 

green...
siblings
cucus wif opah
tasik di tepi masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
the cute girls
sempat la dapat bermanja...
paling susah untuk ambil gambar mereka berduaan :))