Tuesday, February 21, 2012

Subhanallah ~ Maha Suci Allah

Hari Sabtu lepas dalam jam 5 petang suasana yang cerah tetiba mengundang angin kencang berserta hujan yang turun secara tetiba lebat. Cujie pun meluru menutup sliding door dan pada yang sama mata melilau melihat betapa kuatnya angin dan mata terus tertumpu pada bumbung bahagian block C terangkat dan terus melayang dibawa angin yang kencang itu. Mulut memang tak berhenti berdoa agar kami sekeluarga yang pada masa itu encik somi tiada di rumah. Untuk pengetahuan umum rumah kitorang ni paling atas. Dan pernah Allah duga bumbung kami pecah dek hentaman hujan air batu.

Rumah yang bumbung melayang tu, bumbung dia dalam 2 keping yang melayang. Sure bahagian biliknya yang terjejas. Plak tu memang hujan sanygat lebat... bumbung garaj kereta pun ada yang terangkat sedikit.
Dekat Maghrib baru hujan beransur reda. Dan ketika Ahmad Haikal sibuk melukis tetiba "Ummi... look at outside... see that like a water at the beach" dan ketika itu... SUBHANALLAH sangat menakjubkan! Selalu tengok kat dalam internet gambar yang serupa itu cumanya cujie tengok tu tak berapa jelas.
Esoknya kerja pembaikan bumbung rumah berjalan... seriau tengok orang dok berdiri dan duduk atas bumbung tu...

1 comment:

Bitt (double IS) said...

takut jugak terpelanting masuk umah kite kann