Monday, February 27, 2012

Mulut ATAU jari yang terlebih bisa?


Wah hari ni terlebih ruang masa terlajak berjalan ke belog seseorang yang wartawan merangkap blogger tegar yang lancang juga di belognya. Ada banyak perkara juga yang bernas yang di utarakan di belognya. Kagum juga… tapi tetiba terpandang satu entry lantas membacanya yang mengatakan ‘ulama muda ulama gila’.

Si tukang quote aka tuan belog jangan la just dengar youtube yang ntah berapa minit itu lantas mengecam Ustaz kesayangan ramai itu. Bukan sebab bias tapi jika anda tak pernah pergi ke kuliah Ustaz jangan berani mengatakan yang bukan². Kalau kita panjang akal dan terdiri dari golongan cerdik pandai tahu yang mana betul yang mana salahnya sila dengar isinya dari A to Z. Dengar kuliahnya yang sebelum² ini mungkin dari situ mata hati lebih cerah. Pencerahan yang begini lebih bijak dan barulah dikatakan berani kerana benar. Tapi kalau berani sahaja tanpa selidik kebenaran tidak ada gunanya.

Ini tidak… amboi kalau ustaz di pihak sebelah sana dok cakap ‘gila’ menjadi isu besar. Kita perlukan Ustaz  begini yang berani mengetengahkan isu yang memang ada di sekitar kita. Bahasa lembut dah tak menjadi kudis pun dalam hati hitam masyarakat hari ini. Tapi kalau dikeji dan dihina bukan setakat telinga aje bernanah mata pun mahu terjojol keluar. Tapi cecepat istighfar dan memang itu reality hari ini. Sepanjang mengikuti kuliah ustaz, ustaz sangat humble. Bukan setakat memberi kesedaran pada Jemaah tapi untuk dirinya sendiri.

Masih ingat lagi dalam kuliahnya ketika di masjid Kota Damansara. Lebih kurang begini:
‘Tahniah pada anda semua yang dapat hadir sessi kuliah hari ini… ada masa pergi kuliah walaupun warga kota Kuala Lumpur memang sibuk cari duit masih sempat datang kuliah. Ni ni semua muka cari makan cari duit (sambil tunjuk Jemaah semua) termasuk muka aku (lalu ditunjuk mukanya sendiri)’
Saya senang dengar kuliahnya… BERANI dan segalanya berpandukan manual dari ALLAH. 

Allahu Akhbar!

p/s : Ustaz muda tu pun apa kurangnya... kalau tengok di Youtube... pandai cut video ustaz untuk diperbesarkan isu tersebut... 

2 comments:

Anonymous said...

sapekah gerangan ustaz muda yg dimaksudkan..adakah ustaz don? sungguh kejam blogger itu..huhuhu

Cujie said...

Bukan ustaz don... :-)