Wednesday, February 29, 2012

#8. Wordless Wednesday

bukan senang nak amik gambar encik suami :))

Monday, February 27, 2012

Mulut ATAU jari yang terlebih bisa?


Wah hari ni terlebih ruang masa terlajak berjalan ke belog seseorang yang wartawan merangkap blogger tegar yang lancang juga di belognya. Ada banyak perkara juga yang bernas yang di utarakan di belognya. Kagum juga… tapi tetiba terpandang satu entry lantas membacanya yang mengatakan ‘ulama muda ulama gila’.

Si tukang quote aka tuan belog jangan la just dengar youtube yang ntah berapa minit itu lantas mengecam Ustaz kesayangan ramai itu. Bukan sebab bias tapi jika anda tak pernah pergi ke kuliah Ustaz jangan berani mengatakan yang bukan². Kalau kita panjang akal dan terdiri dari golongan cerdik pandai tahu yang mana betul yang mana salahnya sila dengar isinya dari A to Z. Dengar kuliahnya yang sebelum² ini mungkin dari situ mata hati lebih cerah. Pencerahan yang begini lebih bijak dan barulah dikatakan berani kerana benar. Tapi kalau berani sahaja tanpa selidik kebenaran tidak ada gunanya.

Ini tidak… amboi kalau ustaz di pihak sebelah sana dok cakap ‘gila’ menjadi isu besar. Kita perlukan Ustaz  begini yang berani mengetengahkan isu yang memang ada di sekitar kita. Bahasa lembut dah tak menjadi kudis pun dalam hati hitam masyarakat hari ini. Tapi kalau dikeji dan dihina bukan setakat telinga aje bernanah mata pun mahu terjojol keluar. Tapi cecepat istighfar dan memang itu reality hari ini. Sepanjang mengikuti kuliah ustaz, ustaz sangat humble. Bukan setakat memberi kesedaran pada Jemaah tapi untuk dirinya sendiri.

Masih ingat lagi dalam kuliahnya ketika di masjid Kota Damansara. Lebih kurang begini:
‘Tahniah pada anda semua yang dapat hadir sessi kuliah hari ini… ada masa pergi kuliah walaupun warga kota Kuala Lumpur memang sibuk cari duit masih sempat datang kuliah. Ni ni semua muka cari makan cari duit (sambil tunjuk Jemaah semua) termasuk muka aku (lalu ditunjuk mukanya sendiri)’
Saya senang dengar kuliahnya… BERANI dan segalanya berpandukan manual dari ALLAH. 

Allahu Akhbar!

p/s : Ustaz muda tu pun apa kurangnya... kalau tengok di Youtube... pandai cut video ustaz untuk diperbesarkan isu tersebut... 

Thursday, February 23, 2012

Syukran Jazilan Ya Ukhti

Syukran Jazilan Kak Maria & Family... for giving us the CAKE. Very delicious and yummy... Bukan satu tapi dua biji cake... Alhamdulillah. 
Chocolate + Peanut Butter cake
red velvet cake ~ kek famous buat masa ini
 Kak Maria beri kek itu ekoran peristiwa di malam 170212 ~ Golden Night. Sekeping gambar golden ladies yang sangat manis malam itu. 
5 di sebelah kiri available 4 di sebelah kanan unavailable :))

Wednesday, February 22, 2012

Insyallah...

Alhamdulillah... suka tengok gambar ni taken by encik suami yang tersayam...

Macam dua beranak ni ala² pi umrah gitu... Insyallah suatu hari nanti jika ada rezeki. Amin. 

Approve

Alhamdulillah... my leave already approved. Thanks to Puan Jasmin. 
Cuti sempena PIL nak datang ni... hehehe... Kalau ada rezeki nak bawa diorang jenjalan menuju puncak this saturday. Hari Isnin boss minta amik half day je... sebab takut takde orang kat office. Occay... Jadinya this Friday start cuti dah...

jazakallahu khairan kathira :)

Tuesday, February 21, 2012

Subhanallah ~ Maha Suci Allah

Hari Sabtu lepas dalam jam 5 petang suasana yang cerah tetiba mengundang angin kencang berserta hujan yang turun secara tetiba lebat. Cujie pun meluru menutup sliding door dan pada yang sama mata melilau melihat betapa kuatnya angin dan mata terus tertumpu pada bumbung bahagian block C terangkat dan terus melayang dibawa angin yang kencang itu. Mulut memang tak berhenti berdoa agar kami sekeluarga yang pada masa itu encik somi tiada di rumah. Untuk pengetahuan umum rumah kitorang ni paling atas. Dan pernah Allah duga bumbung kami pecah dek hentaman hujan air batu.

Rumah yang bumbung melayang tu, bumbung dia dalam 2 keping yang melayang. Sure bahagian biliknya yang terjejas. Plak tu memang hujan sanygat lebat... bumbung garaj kereta pun ada yang terangkat sedikit.
Dekat Maghrib baru hujan beransur reda. Dan ketika Ahmad Haikal sibuk melukis tetiba "Ummi... look at outside... see that like a water at the beach" dan ketika itu... SUBHANALLAH sangat menakjubkan! Selalu tengok kat dalam internet gambar yang serupa itu cumanya cujie tengok tu tak berapa jelas.
Esoknya kerja pembaikan bumbung rumah berjalan... seriau tengok orang dok berdiri dan duduk atas bumbung tu...

Friday, February 10, 2012

testing

Seperti biasa tak jumpa keyboard untuk update belog...


Bulan Februari sudah hampir setengah bulan, tapi belog kusam ini masih belum berupdate. Ini kerana (alasan lagi) bulan Februari adalah bulan paling sekejap dan paling banyak menggunakan lelemak yang telah tersimpan sejak dahulu kala lagi. Ok... Berbalik kepada kejadian asal.


Keluarga kami masih keahliannya 4 orang. Mungkin sebentar lagi akan jadi 5 orang kerana adik cujie cik raracandyfloss bakal menghuni kediaman cujie dalam sehari dua... Alhamdulillah... Mujahid cujie juga sudah mula solat secara istiqomah 5 waktu sehari semalam. Bukan mudah... Lebih mencabar dari toilet training dia dulu. Tapi sekali dah dapat tu... Dia tak tinggal. Cuma Subuh tu kadang tak dapat sebab kadang mood dia yang terbabas bila dikejutkan dari tidur.


Ok la nanti cuba update lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4