Ok kita cerita pasal macamana nak dapatkan ladywhite.
Hari Isnin, 26 December 2011 tetiba Encik Suami mengajak
membeli ladywhite nih setelah mendengar keterujaan isterinya jika memiliki tab.
After maghrib la kitorang pun keluar menuju ke Sunway Pyramid masa tu memang
dah agak mesti susah dapat parking kat sana nanti. Jadinya kitorang tak la
parking dalam Sunway Pyramid just cari parking di tepi-tepi kawasan berdekatan.
Itupun memang ramai juga manusia yang memang takde tempat lain dah nak pergi.
Tengok takde pun berbondong-bondong dengan barang. Mungkin seperti kami juga
saja window shopping atau pergi makan² since memang situ banyak restaurant.
Satu hal mencari Cube dalam SP yang memang
bertingkat-tingkat. Mujur agak fasih juga kawasan dalam SP ni… cuba suruh cari
kedai dalam One Utama sahih akan sesat. Hati dah riang gembira macam dapat lollipop
bila nampak Cube. Dengan tersenyum simpul bertanya pada staff yang ada. Alangkah
rasa kecewa bila staff tu kata TAKDE STOCK KAK dengan muka toya. Langsung takde
senyum. Sekurangnya kot bagi la solution. Nak tak nak tanya juga la bila sampai
stock baru dan Cube yang berdekatan yang mungkin ada stock. Dia cakap pendek je…
TAK TAU BILA, CUBE TERDEKAT SUBANG PARADE. Kot la staff tu boleh call CUBE sana
tanya ada stock ke tak. Langsung takde la… dok la tercongok buat² tak tahu.
Encik suami terus ajak pergi Subang Parade sebab tengok muka
wife dia dah tak berseri. Macam susuk dah jatuh dari muka. Ok dalam perjalanan
dok surf gak Cube kat Subang Parade kat mana. Sampai je Subang Parade, Cujie
and kiddos je yang masuk. Puas cari sampai jumpa Pak Guard dan dia beritahu
Cube kat mana. Memang macam tersorok sikit… sampai je terus tanya pasal
ladywhite ada ke tak. Sama juga TAKDE STOCK. Staff CUBE kat situ pun macam
mulut ada emas, UNFRIENDLY. Dia jawab macam robot, CELCOM MASIH BELUM BAGI
FEEDBACK.
Malam tu pulang dengan rasa hampa.
Esoknya pepagi lagi Cujie dah call Celcom Centre. Seorang
perempuan yang attended the phone call tersebut. Dia check area KL & Selangor
memang stock untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 memang takde, lagi pula masa tu pagi
lagi untuk diorang update stock dengan branch & Cube. Puas la melayan jiwa
lara takut mengidam telur tembakul. After lunch konon tak dapat 10.1 kalau
dapat 8.9 pun jadi. Sekali call Celcom Centre kali ni chinese guy yang angkat.
Sangat friendly sanggup tengok satu-satu branch and Cube. Dia bagitahu di jalan
Telawi 2 ada stock. Dia nak tolong bagitau nombor telefon Cube Telawi tapi
takde. Jadi cujie pun cari inisiatif sendiri untuk dapatkan contact no.
Alhamdulillah… ada di sana. Diorang kata banyak stock lagi… diorang siap tanya
nak hitam atau putih.
Petang tu juga Cujie pergi dengan officemate. Akhirnya
Ladywhite menjadi milik Cujie. Alhamdulillah. Kenapa amik Samsung? Sebab bila
ditimbang balik kelebihan dan kekurangan Cujie pilih ladywhite walaupun badan
saja putih muka dia hitam.
p/s : staff Cube unfriendly la...tsk















3 comment(s):
sama dengan d mines... sangat x friendly. huhuhu...
Kan? kenapa ek? perlu ke nak kerek2..padahal kita nak beli pakej dorang...
erin pun alami gak situasi jenuh nak carik stok 10.1 ni...
agaknya dah mmg rezeki..tak sangka pulak la lepas dah bersusah payah gi the mines (staff situ tak friendly, siap tak bagi booking sbb tak jamin bila bleh dpt stok), pastu cube kat kajang (pun sama gak, tak nak amik order w/pun kita sanggup tunggu 2-3 minggu), pastu adik erin ckp gi kat The Mall.. staff situ sgt baik..siap suruh tulis nama dulu dlm buku, takyah booking RM pun... ada stok nanti dia call..tp mmg betul2 tak sangka lah tghari call, ptg hari yg sama stok sampai..esoknya apa lagi kan..bergegas la pegi...
mujurlah dpt 'Ms White bermuka hitam' jugak hehehe :D kalau tak, sure sambar 8.9 mcm yg suzie ckp tu hehe :D
farra,
kita bukan nak layanan macam raja tapi sekurangnya dia bagi la harapan sikit. heheh...
Erin,
rezeki kita kan... dapat juga 10.1
Post a Comment