Saturday, January 21, 2012

Alesha my BFF forever

Ok kali ni kita cerita pasal persekolahan Alesha pula. Still rasa dia masih kecil lagi 'still baby in my heart' tapi sudah kehendak dia nak sekolah. Kita faham dia pun boring dok sesorang di rumah tanpa abangnya. Dan dia pula memang tak boleh berjauhan tanpa abangnya jadi ketiadaan abangnya memang terasa. 
 Untuk mengelakkan kebosanan itu, kami setuju untuk masukkan dia sekolah. Sekolah dia tak jauh pun dari rumah. Taski Nurul Ain, RM30 sebulan. Kelas dari pukul 8am - 10.30pg cukup untuk dia mengenal ABC, 123 & Alif, Ba, Tha. 
bestfriend ummi ^__^
Setiap pagi memang dia paling senang dikejutkan. Sangat mudah untuk dibawa ke bathroom... tak banyak karenah. Kalau Ahmad Haikal pantang silap sikit... moody sampai kita pun macam tak happy hantar dia sekolah sebab dah rosakkan mood dia. Tapi Alesha.. every minute happy always. 
Dah 3 minggu sekolah ni... dia dah ada lagu kegemaran yang pada suatu malam dia menyanyi dalam gelap. Buat cujie tersenyum geli hati. Insyallah for the next year we will find a good kindergarten for her. Still tercari lagi kalau boleh nak yang ada English medium with Islamic Education. 

Insyallah USTAZAH Alesha suatu hari nanti. Semoga anak ummi  berjaya dunia dan akhirat. Berjaya di akhirat bermakna berjaya di dunia, sayang! My bestfriend forever :)

No comments: