Kiddos pun dah
selamat masuk sekolah awal Januari hari tu. Memasing excited dengan bag
sekolah, kasut sekolah, botol air. Ummi and ayah pun excited keluar duit untuk
memenuhi keterujaan mereka berdua. Excited? Eh mestilah… ini perkara penting
dalam diari hidup both of them.
Ok... perkara pertama
yang nak diblogkan adalah tentang persekolahan Ahmad Haikal. Pada mulanya
seperti ada yang sedia maklum yang kami telah pun mendaftarkan Ahmad Haikal di
SRK La Salle, Jalan Gasing akan tetapi sedikit tidak tenang hati bila sekolah
itu mempunyai tanda salib besar di hadapan sekolah tu. Sebagai umat Islam yang
sangat sensitive tidaklah kami bersenang hati untuk menghantarkan Ahmad Haikal
ke sekolah tersebut walhal nak kan anak untuk jadi yang terbaik, soleh!
Masa raya hari tu
jumpa cousin… dia ceritakan pasal satu sekolah agama yang memang agak dekat
juga dengan rumah. Kemudian bila balik KL cujie cuba surf dan baca review
tentang sekolah tu. Akhirnya jumpa satu blog yang agak detail menceritakan
suasana sekolah tersebut. Memang biasa lalu bangunan 3K sebelah Sunway Pyramid
tu… dapat tambah seorang friend kat facebook dan bertanya tentang sekolah tu.
Memula pegi dalam
bulan September 2011 jumpa Ustaz Jazlan. Dia cerita serba sedikit… dan perlu
cepat untuk pastikan Ahmad Haikal dapat tempat di sekolah tersebut sebab hanya
25 orang sahaja diperuntukkan. Kemudian pada awal bulan November kitorang pun
bayar penuh pendaftaran untuk tahun 1. Alhamdulillah masa tu Ahmad Haikal orang
yang ke 23 mendaftar. Nasib baik dan memang rezeki dia nak sekolah situ.
Apa yang menarik
tentang sekolah tu… Nama sekolah ~ Sekolah Rendah Islam Printar Al-Amin.
Sekolah agama swasta yang mengikut kokurikulum sekolah kerajaan. Misalnya tahun
ni semua kokurikulum KBSR yang bertukar kepada KSSR pun sekolah tersebut ikut
juga. Jadi sekiranya kitorang TERPAKSA berpindah ke tempat lain, Ahmad Haikal
tiada masalah untuk sambung sekolah seperti biasa.
| on his first day |
Selain itu,
menitikberatkan ajaran Islam itu perlu. Sekolah start 8am dan berakhir 4.15pm. Lunch provided kemudian
solat Jemaah. Jadi situ point yang agak kuat jadi Ahmad Haikal tak perlu naik
turun van untuk ke sekolah rendah kemudian sekolah agama. Kesian juga kat dia
siapa nak tengokkan sangat waktu dia nak pergi sekolah dengan makan pakainya
lagi. Usung bag sana sini…
| Jannatul Firdaus |
Hari Jumaat kena
pakai jubah dan Ahmad Haikal selamat mendaftar jadi ahli dalam Kelab IT. Memula
ingat nak masukkan Taekwondo tapi tak berapa ramai kawan dia yang nak turut
serta. Lagipun ustazah advise diorang ni kecil lagi takut penat dengan nak
tukar baju taekwondo seme tu.
| handsome anak ummi & ayah |
| wif Alesha :)) |

Alhamdulillah… semoga
Ahmad Haikal berjaya dunia dan akhirat.














3 comment(s):
alhamdulillah...bagus sgt dpt sekolah ni ye....
insyaAllah...Ahmad Haikal akan menjadi anak yg soleh...
amin...
hensem la dia sejak dah besar ni..
tingat lagi masa jumpa dia waktu baby dulu kat wet world...6 thn lebih yg lepas :D
erin,
thanks erin atas doa tu. Memang besar harapan kitorang nak dia jadi USTAZ ahmad haikal... :))
Amin..insyaAllah mudah-mudahan...
doa ayah ibu selalunya Allah cepat makbulkan..
Post a Comment