Saturday, January 21, 2012

Alesha my BFF forever

Ok kali ni kita cerita pasal persekolahan Alesha pula. Still rasa dia masih kecil lagi 'still baby in my heart' tapi sudah kehendak dia nak sekolah. Kita faham dia pun boring dok sesorang di rumah tanpa abangnya. Dan dia pula memang tak boleh berjauhan tanpa abangnya jadi ketiadaan abangnya memang terasa. 
 Untuk mengelakkan kebosanan itu, kami setuju untuk masukkan dia sekolah. Sekolah dia tak jauh pun dari rumah. Taski Nurul Ain, RM30 sebulan. Kelas dari pukul 8am - 10.30pg cukup untuk dia mengenal ABC, 123 & Alif, Ba, Tha. 
bestfriend ummi ^__^
Setiap pagi memang dia paling senang dikejutkan. Sangat mudah untuk dibawa ke bathroom... tak banyak karenah. Kalau Ahmad Haikal pantang silap sikit... moody sampai kita pun macam tak happy hantar dia sekolah sebab dah rosakkan mood dia. Tapi Alesha.. every minute happy always. 
Dah 3 minggu sekolah ni... dia dah ada lagu kegemaran yang pada suatu malam dia menyanyi dalam gelap. Buat cujie tersenyum geli hati. Insyallah for the next year we will find a good kindergarten for her. Still tercari lagi kalau boleh nak yang ada English medium with Islamic Education. 

Insyallah USTAZAH Alesha suatu hari nanti. Semoga anak ummi  berjaya dunia dan akhirat. Berjaya di akhirat bermakna berjaya di dunia, sayang! My bestfriend forever :)

Friday, January 20, 2012

Asset Management

Ini asset saya. Saya tak punya harta yang banyak. TAK APA. Asset ini sudah cukup bagi saya. 

Inilah asset saya. Yang esoknya DISANA mereka inilah penentu nasib saya. 
Ahmad Haikal & Alesha
 Jom kita tengok Ustaz Don... mengalir airmata saya. Mengalirkan airmata untuk agama takpe... jangan tengok drama je mengalir airmata. Takde guna. Khas untuk diri sendiri yang juga seorang anak dan ummi kepada dua orang anak. 

Thursday, January 19, 2012

Ladywhite


Ok kita cerita pasal macamana nak dapatkan ladywhite.

Hari Isnin, 26 December 2011 tetiba Encik Suami mengajak membeli ladywhite nih setelah mendengar keterujaan isterinya jika memiliki tab. After maghrib la kitorang pun keluar menuju ke Sunway Pyramid masa tu memang dah agak mesti susah dapat parking kat sana nanti. Jadinya kitorang tak la parking dalam Sunway Pyramid just cari parking di tepi-tepi kawasan berdekatan. Itupun memang ramai juga manusia yang memang takde tempat lain dah nak pergi. Tengok takde pun berbondong-bondong dengan barang. Mungkin seperti kami juga saja window shopping atau pergi makan² since memang situ banyak restaurant.

Satu hal mencari Cube dalam SP yang memang bertingkat-tingkat. Mujur agak fasih juga kawasan dalam SP ni… cuba suruh cari kedai dalam One Utama sahih akan sesat. Hati dah riang gembira macam dapat lollipop bila nampak Cube. Dengan tersenyum simpul bertanya pada staff yang ada. Alangkah rasa kecewa bila staff tu kata TAKDE STOCK KAK dengan muka toya. Langsung takde senyum. Sekurangnya kot bagi la solution. Nak tak nak tanya juga la bila sampai stock baru dan Cube yang berdekatan yang mungkin ada stock. Dia cakap pendek je… TAK TAU BILA, CUBE TERDEKAT SUBANG PARADE. Kot la staff tu boleh call CUBE sana tanya ada stock ke tak. Langsung takde la… dok la tercongok buat² tak tahu.

Encik suami terus ajak pergi Subang Parade sebab tengok muka wife dia dah tak berseri. Macam susuk dah jatuh dari muka. Ok dalam perjalanan dok surf gak Cube kat Subang Parade kat mana. Sampai je Subang Parade, Cujie and kiddos je yang masuk. Puas cari sampai jumpa Pak Guard dan dia beritahu Cube kat mana. Memang macam tersorok sikit… sampai je terus tanya pasal ladywhite ada ke tak. Sama juga TAKDE STOCK. Staff CUBE kat situ pun macam mulut ada emas, UNFRIENDLY. Dia jawab macam robot, CELCOM MASIH BELUM BAGI FEEDBACK.

Malam tu pulang dengan rasa hampa.

Esoknya pepagi lagi Cujie dah call Celcom Centre. Seorang perempuan yang attended the phone call tersebut. Dia check area KL & Selangor memang stock untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 memang takde, lagi pula masa tu pagi lagi untuk diorang update stock dengan branch & Cube. Puas la melayan jiwa lara takut mengidam telur tembakul. After lunch konon tak dapat 10.1 kalau dapat 8.9 pun jadi. Sekali call Celcom Centre kali ni chinese guy yang angkat. Sangat friendly sanggup tengok satu-satu branch and Cube. Dia bagitahu di jalan Telawi 2 ada stock. Dia nak tolong bagitau nombor telefon Cube Telawi tapi takde. Jadi cujie pun cari inisiatif sendiri untuk dapatkan contact no. Alhamdulillah… ada di sana. Diorang kata banyak stock lagi… diorang siap tanya nak hitam atau putih.

Petang tu juga Cujie pergi dengan officemate. Akhirnya Ladywhite menjadi milik Cujie. Alhamdulillah. Kenapa amik Samsung? Sebab bila ditimbang balik kelebihan dan kekurangan Cujie pilih ladywhite walaupun badan saja putih muka dia hitam. 

p/s : staff Cube unfriendly la...tsk

Wednesday, January 18, 2012

From PSP to GALAXY

Thanks to Encik suami kerana menghadiahkan saya seketul. Tapi jarang benar pun dapat nak enjoy dengan gadjet baru. Pada 27 December 2011 iaitu pada hari lahir mujahid Ustaz Ahmad Haikal dapat membelinya.
 Tapi tersangat banyak cerita pasal tab ni... hereinafter refer to as the 'Ladywhite'. Nanti kita cerita dengan lebih details ok.

Jom share yang mana apps yang best untuk kids learning!

Tuesday, January 17, 2012

Ahmad Haikal's School

Kiddos pun dah selamat masuk sekolah awal Januari hari tu. Memasing excited dengan bag sekolah, kasut sekolah, botol air. Ummi and ayah pun excited keluar duit untuk memenuhi keterujaan mereka berdua. Excited? Eh mestilah… ini perkara penting dalam diari hidup both of them.

Ok... perkara pertama yang nak diblogkan adalah tentang persekolahan Ahmad Haikal. Pada mulanya seperti ada yang sedia maklum yang kami telah pun mendaftarkan Ahmad Haikal di SRK La Salle, Jalan Gasing akan tetapi sedikit tidak tenang hati bila sekolah itu mempunyai tanda salib besar di hadapan sekolah tu. Sebagai umat Islam yang sangat sensitive tidaklah kami bersenang hati untuk menghantarkan Ahmad Haikal ke sekolah tersebut walhal nak kan anak untuk jadi yang terbaik, soleh!
Masa raya hari tu jumpa cousin… dia ceritakan pasal satu sekolah agama yang memang agak dekat juga dengan rumah. Kemudian bila balik KL cujie cuba surf dan baca review tentang sekolah tu. Akhirnya jumpa satu blog yang agak detail menceritakan suasana sekolah tersebut. Memang biasa lalu bangunan 3K sebelah Sunway Pyramid tu… dapat tambah seorang friend kat facebook dan bertanya tentang sekolah tu.
Memula pegi dalam bulan September 2011 jumpa Ustaz Jazlan. Dia cerita serba sedikit… dan perlu cepat untuk pastikan Ahmad Haikal dapat tempat di sekolah tersebut sebab hanya 25 orang sahaja diperuntukkan. Kemudian pada awal bulan November kitorang pun bayar penuh pendaftaran untuk tahun 1. Alhamdulillah masa tu Ahmad Haikal orang yang ke 23 mendaftar. Nasib baik dan memang rezeki dia nak sekolah situ.
Apa yang menarik tentang sekolah tu… Nama sekolah ~ Sekolah Rendah Islam Printar Al-Amin. Sekolah agama swasta yang mengikut kokurikulum sekolah kerajaan. Misalnya tahun ni semua kokurikulum KBSR yang bertukar kepada KSSR pun sekolah tersebut ikut juga. Jadi sekiranya kitorang TERPAKSA berpindah ke tempat lain, Ahmad Haikal tiada masalah untuk sambung sekolah seperti biasa.
on his first day
Selain itu, menitikberatkan ajaran Islam itu perlu. Sekolah start 8am dan  berakhir 4.15pm. Lunch provided kemudian solat Jemaah. Jadi situ point yang agak kuat jadi Ahmad Haikal tak perlu naik turun van untuk ke sekolah rendah kemudian sekolah agama. Kesian juga kat dia siapa nak tengokkan sangat waktu dia nak pergi sekolah dengan makan pakainya lagi. Usung bag sana sini…
Jannatul Firdaus
Hari Jumaat kena pakai jubah dan Ahmad Haikal selamat mendaftar jadi ahli dalam Kelab IT. Memula ingat nak masukkan Taekwondo tapi tak berapa ramai kawan dia yang nak turut serta. Lagipun ustazah advise diorang ni kecil lagi takut penat dengan nak tukar baju taekwondo seme tu.
handsome anak ummi & ayah
wif Alesha :))
    Alhamdulillah… semoga Ahmad Haikal berjaya dunia dan akhirat.

Monday, January 16, 2012

25th Dec ~ Wedding

Lama menghilangkan…

Dalam tempoh kehilangan itu memang banyak tak terkata perkara-perkara yang terjadi. Tapi itulah nak diceritakan di sini memang tak tercerita. Jari jemari yang dahulunya rajin menaip tetiba malas, tangan pun makin kasar dan kesat je. Lagi pula hujung tahun memang macam-macam nak dibuat.

Tapi kita cerita pasal wedding la. Pada 25 Dec tahun lalu which is tahun 2011… kot ada yang masih ingat berada dalam tahun 2011 kan… anak kepada CEO of my company selamat ke jinjang pelamin. Majlis bertempat di dewan perdana jalan Semarak… dan menjadi sejarah bukan sahaja kepada pengantin yang dirai tetapi juga kepada Kak Jane juga.
Awal² lagi dia & her husband dah salah masuk dewan… perginya Dewan Merak Kayangan yang kebetulannya juga ada wedding. Siap tanya mana meja ‘AST’. Kemudian jeng jeng… tu time last paragraph kita cerita.
Dewan Perdana ni first time pegi… cantik! Officemate pun cantik! Pengantin pun cantik!
Buat pengantin semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh.
bakal pengantin... tak lama lagi jer :)
Ok back to 3rd paragraph tadi… nah tengok. Tumit kasut Cinderella tertinggal kat dewan Perdana. Comelkan… siapa punya biarlah rahsia… tapi bukan cujie ye. \(^_^)/