Wednesday, December 7, 2011

Puss in Boot

Ahad, 4 Disember 2011 yang lalu... di Sunway Pyramid
Itulah tarikh kejadian yang membawa pengalaman pertama untuk Alesha masuk dalam bilik gelap berscreen besar. Tapi sebenarnya bukan pengalaman pertama sangat sebab sebelum ini Alesha pernah masuk kat Shrek 4D movie kat USS yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja. 
Tapi kali ini dia duduk dalam 1 jam setengah sendirian di kerusinya sendiri. Seronok dia mengunyah popcorn dan segelas fanta strawberry. Tapi mulut dia plak tak diam... setiap beberapa minit sekali dia akan cakap cutenya nyanyau... nasiblah memang bukan dia sahaja yang berbunyi dalam tu. Kalau tidak dah lama kena 'shhhhh'
Habis je tengok Puss in Boot yang memang cute... sexy plak tu. Kitorang pun shopping baju sekolah Ahmad Haikal... cuma belum beli kasut dan beg sekolah je. Sebab kat Jusco pilihan terhad. Tak banyak choice pun even kasut yang terbekenan di hati pun dah takdop size. 
brother & sister
 Sebelum tu kat concourse ada choir untuk Christmas. Ada main violin, cello... Alesha takmo bergerak jadi kena layankan. Beli barang abang dia je kan... so kena la  belikan something. Dapat la handbag barbie... lama dah dok ngidam nak belikan... hehehe

No comments: