Thursday, December 8, 2011

Anywhere Anytime

Dah lama dah hubby aimed nak beli satu... memula masa Hajj season ada jual kat Tabung Haji. Masa tu la pun terpikat nak ada satu kat rumah. Tapi harganya mak aihhh terkejut juga RM500 tapi boleh baca Iqra' sekali. Kemudian jumpa plak masa pegi kuliah Ustaz Azhar Idrus kat Bandar Kinrara harganya RM350. Yang itu pun boleh baca Iqra'. 
Kemudian pegi Forum Maal Hijrah kat masjid kat rumah kitorang, Ustaz Abdullah Iraqi jual RM200 sahaja. Tapi takde buku Iqra'. Tapi dalam set tu ada buku doa, huruf jawi (arab)... pen tu boleh baca la... alif ba ta tu seme... Pen tu ada 3 Qari yang famous kemudian translation dalam English dan Bahasa Melayu. Occay la tu walau takde Iqra' sebab cujie pun boleh ajarkan Ahmad Haikal & Alesha secara sendirian berhad lebih afdal kan...
Kemudian encik hubby beli sekali Al-Quran Syamil ni. Terpikat sebab terjemahan ikut ayat... setiap ayat tu di bawahnya ada terjemahan. Lepas tu tepi tu ada tafsir, doa dan zikir. Yang ini just RM120. Quran ni pun ada e-pen sendiri tapi tak tahu la berapa satu set. 
 Alhamdulillah... semoga lepas ni dipergunakan 100%... jangan jadi penghias rak buku je kat rumah. 

No comments: