Wednesday, December 14, 2011

Presenting... Alysa Adelia

Alhamdulillah...
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam. 
Cujie telah selamat mempunyai anak saudara the only one buat masa ini.
Dilahirkan secara normal di Hospital Ampang jam 8.35am pada 11 Disember 2011.

Diberikan nama Alysa Adelia binti Mohd Azam. 
Eh sama nama dengan Alesha cuma ejaan je tak sama. 
Tapi taknak niece panggil maklong... panggil je ummi... hehehe...
Tahniah to Azlinawati & Azam

Thursday, December 8, 2011

Anywhere Anytime

Dah lama dah hubby aimed nak beli satu... memula masa Hajj season ada jual kat Tabung Haji. Masa tu la pun terpikat nak ada satu kat rumah. Tapi harganya mak aihhh terkejut juga RM500 tapi boleh baca Iqra' sekali. Kemudian jumpa plak masa pegi kuliah Ustaz Azhar Idrus kat Bandar Kinrara harganya RM350. Yang itu pun boleh baca Iqra'. 
Kemudian pegi Forum Maal Hijrah kat masjid kat rumah kitorang, Ustaz Abdullah Iraqi jual RM200 sahaja. Tapi takde buku Iqra'. Tapi dalam set tu ada buku doa, huruf jawi (arab)... pen tu boleh baca la... alif ba ta tu seme... Pen tu ada 3 Qari yang famous kemudian translation dalam English dan Bahasa Melayu. Occay la tu walau takde Iqra' sebab cujie pun boleh ajarkan Ahmad Haikal & Alesha secara sendirian berhad lebih afdal kan...
Kemudian encik hubby beli sekali Al-Quran Syamil ni. Terpikat sebab terjemahan ikut ayat... setiap ayat tu di bawahnya ada terjemahan. Lepas tu tepi tu ada tafsir, doa dan zikir. Yang ini just RM120. Quran ni pun ada e-pen sendiri tapi tak tahu la berapa satu set. 
 Alhamdulillah... semoga lepas ni dipergunakan 100%... jangan jadi penghias rak buku je kat rumah. 

Wednesday, December 7, 2011

Puss in Boot

Ahad, 4 Disember 2011 yang lalu... di Sunway Pyramid
Itulah tarikh kejadian yang membawa pengalaman pertama untuk Alesha masuk dalam bilik gelap berscreen besar. Tapi sebenarnya bukan pengalaman pertama sangat sebab sebelum ini Alesha pernah masuk kat Shrek 4D movie kat USS yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja. 
Tapi kali ini dia duduk dalam 1 jam setengah sendirian di kerusinya sendiri. Seronok dia mengunyah popcorn dan segelas fanta strawberry. Tapi mulut dia plak tak diam... setiap beberapa minit sekali dia akan cakap cutenya nyanyau... nasiblah memang bukan dia sahaja yang berbunyi dalam tu. Kalau tidak dah lama kena 'shhhhh'
Habis je tengok Puss in Boot yang memang cute... sexy plak tu. Kitorang pun shopping baju sekolah Ahmad Haikal... cuma belum beli kasut dan beg sekolah je. Sebab kat Jusco pilihan terhad. Tak banyak choice pun even kasut yang terbekenan di hati pun dah takdop size. 
brother & sister
 Sebelum tu kat concourse ada choir untuk Christmas. Ada main violin, cello... Alesha takmo bergerak jadi kena layankan. Beli barang abang dia je kan... so kena la  belikan something. Dapat la handbag barbie... lama dah dok ngidam nak belikan... hehehe

Tuesday, December 6, 2011

the day I've met you

This is supposed to blog last week tapi memandangkan last week adalah week yang crucial kerana terperangkap dengan closing week maka tertunda la entry ini sehingga hari ini. (alasan seorang blogger yang sekejap ada sekejap takde)

Weekend tersebut sabtu & ahad setiap petang bergegas ke tempat kejadian di mana ustaz azhar ada di situ kami tuju. Hari sabtu Ustaz ada kat Masjid al-Ehsan, Bandar Kinrara even though hari hujan tapi jemaah memang sangat ramai. Sampai ada yang solat kat kaki lima masjid. Full house... kali ni dapat tengok ustaz sampai dan  masa tu dapat tengok wife ustaz dari jauh. 
Setelah selesai kuliah and solat Isyak dapatlah bertemu semula dengan encik suami and sempat tunjuk kereta ustaz azhar sambil cerita dapat tengok wife dia sekali tapi dari jauh. Encik suami pun cakap kita tunggu sampai ustaz keluar dari masjid... sekali gus dapatlah jumpa dengan wife dia. Actually cujie adalah sesekali bertegur sapa di facebook. Dan ingat lagi pesanan dia... kalau nak cam dia yang mana satu cam aja anak dia, Ash. Alhamdulillah dapat juga bersua muka walau dalam 15 saat macam. Dah cukup membahagiakan hati. 
Esoknya plak berkampung kat Masjid Al-Falah, USJ... kali ni jumpa dengan cousin cujie. Kitorang pegi TT dengan Abang Lie & Kak Samsiyah... sayangnya kamera dok tidur dalam kereta. Pastu singgah kat rumah diorang amik kad jemputan perkahwinan anak sedara sepupu cujie yang bakal berkahwin pada 19 Feb 2012 nanti. Pastu sambung bersembang depan rumah... niat tak mau berlama-lamaan penyudahnya pukul 1 pagi dok berembun bersembang. 


nak tengok ikan kicap cujie nah cuci mata.

Monday, December 5, 2011

Hati tertinggal di kampung...


Ini la kalau sesekali balik ke kampung…

Tak kira balik kampung johor atau batu kurau… begini la gayanya. Kalau tak abang yang menangis berduka lara, adik dia pulak.

Kadang half way back to KL masih melayan hiba di hati… ayah diaorang je memahami. Beli air kotak milo… potato chips untuk menggembirakan hati kiddos.




Ummi bertindak kejam je masa dia sesedih ambil gambar. Ummi saja nak amik… buat kenangan