Friday, November 18, 2011

SalesSupporto 12 & 13 Nov ~ Ancasa Resort

Kali  ni Business Strategic Meeting dibuat di luar Kuala Lumpur... ambil angin pantai pula. Tahun lepas kat Singgahsana Hotel... Hati pun rasa seronok juga sebabnya takde fikir nak balik dan esok paginya pepagi nak bersiap untuk sambung meeting. Lagipun takde sangat fikir hal kiddos... nak arrange siapa jaga semua. Just fikir one off... ni memang dah tetau selama 2 hari ummi takde kat rumah. 

Meeting ni yang heaven nya memang pasal makan... kita tak akan kelaparan pun. Setiap time break mesti terhidang makanan. Nak ditolak terasa sayang mahu ditelan naik berat badan... kan kan... kan! Sabtu tu pada awalnya memang didendangkan tahap pencapaian tahun ini... kalau mencapai target sedap juga telinga mendengar. Kalau yang below par tu mendarah juga... pastu dibentangkan bajet untuk 2012 pula... telan air liur
Sales Group


Kemudian diberikan kumpulan dengan tajuk masing-masing untuk difikirkan sehingga bengkak otak. Makanya dapat jumpa tilam dan bantal pun pada pukul 1 pagi. Tapi yang bestnya Ancasa upgrade dinner buffet menjadi BBQ dinner. 
Esoknya after breakfast ada management games. Part paling seronok sebenarnya. Antara games hari tu Angkat gelas berisi air menggunakan getah dan tali, spider web dan paku 12 batang untuk didirikan di atas sebatang paku sahaja. Dalam masa yang sama boleh mengeratkan silatulrahim antara staff... dapat tengok kreativiti staff. 

 After that lepas dah bersalin kepada pakaian yang bersih lagi wangi presentation slide pun dimulakan. Sehingga ke tengahari... sambung pula uparaca makan tengahari yang terakhir. 

No comments: