Wednesday, November 16, 2011

Salam u all, 

Raya haji tahun ni balik Batu Kurau. Itupun ayah dah cakap kat jenjiran kitorang dah lama tak balik kampung lebih kurang setahun lamanya. Hah amik... padahal last balik masa cuti Hari Pekerja 1 May hari tu... balik kali ni encik somi dapat berkumpul dengan keseluruhan ahli keluarganya. 


tengok anak dara cujie tu... perasaan keterlebihan

Semua pakat balik kali ni... jadi rumah pun hingar bingar dek suara² cucu Pak Hak & Che Jah. Insyallah bakal menyambut kedatangan cucu yang ke-10 dalam masa terdekat ini. Seperti biasa suasana raya dah mula terasa pada hari sebelum. Pepagi lagi dah sibuk nak membakar lemang... memasak lauk pauk untuk dimakan bersama lemang yang telah siap dibakar. 
mak tersayam... dengan lemang pulut n lemang tepung
Tapi peliknya lemang dan lauk akan dimakan pada petang raya. Hari Raya lepas solat Aidil Adha masak mee rebus plak. On da day of Hari Raya Aidil Adha after solat in da morning, kaum lelaki memang semuanya keluar ke 'markas' untuk laksanakan korban. 

Jadi bila dapat daging korban tu... dapatlah buat sup tulang dan daging bakar. Yummy... kiddos pun happy hilang demam bila dapat bertemu their cousins. Dapat pula berendam beramai-ramai... cuma kali ni memang tak sempat nak mandi lata... masa memang mencemburui kita semua... 

No comments: