Thursday, November 24, 2011

Lata Sempeneh

Keseronokan tempat kedua apabila balik Batu Kurau adalah bila ada kesempatan mandi manda di Lata Sempeneh... seronok bawak bebudak mandi... tapi sebenarnya agak bahaya juga kalau tengok cuaca tidak berapa elok di atas bukit tak perlulah mandi. Kalau orang yang dah biasa dengan keadaan seperti itu dia akan tahu bila waktunya dia perlu naik ke darat.
naik van beramai-ramai...
Kebiasaan yang cujie dengar... kalau masa mandi tu tetiba air yang jernih bertukar menjadi keruh... banyak daun kering dan ranting² bersama aliran sungai tersebut eloklah naik segera. Tapi masa kitorang pegi tu memang berkabus menyelubungi atas kawasan bukit walaupun waktu tu dah pukul 11 pagi. Takut di kawasan atas dah hujan. Mak pesan jangan mandi lelama sangat.
Kiddos paling happy dapat main pasir... nak mandi lelama sejuk plak kan... gasak pula main pasir... Alesha seksi sikit dalam ini entry... hehehe... tapi tetap tak tinggal rantai pearl tu. Macam mak datin gitu... hehe.
encik somi jadi lifeguard...

No comments: