Thursday, November 3, 2011

Glory Jane / Man of Honor

Malam tadi nak pergi kuliah dah siap dah anak beranak... tetiba hujan turun dengan lebatnya dan sangat lebat. Memula nak je harung... memikirkan pula kiddos baru sahaja baik demam. Encik suami pula cakap kalau tak cekal hati mau tak pergi ni. Memang dah dekat depan pintu dah nak keluar, Alesha pun dah siap pakai selipar. Sekali tengok payung takde... macamana nak bawa kiddos dalam hujan ni. End up encik suami pergi seorang diri... cujie pula tukar plan untuk ajar kiddos mengaji.

Setelah selesai mengaji masuk Isya' terus solat. Ingat nak sambung baca Jemima J tapi mata macam tak larat nak tengok tulisan kecik²... astro program langsung takde yang menarik pun. Tetiba rindu hati nak tengok cerita Korea... tune to channel 391 (KBS World).

Ada cerita baru... Glory Jane episode 1. Apa lagi tengok la... cerita pasal bebudak yang akan membesar sambil membawa cerita dan cita memasing. Cerita cinta segi antara mereka bertiga... suka duka hidup heroin, Jane yang sebenarnya anak orang kaya tapi setelah ketiadaaan ayah dan ketidakupayaan ibunya yang Jane pun tak tahu ibunya still alive. Dia dibesarkan di rumah anak yatim... company ayah dia pula kawan baik ayah dia yang jahat take over.

ini masa 2 hero kecik



Siapa suka tengok cerita korea boleh la ikut tengok...