Last weekend balik semula ke Batu Kurau.
Actually memang enjoy sangat on da way balik kampong.
Mana-mana kampong pun… kalah kiddos. Suka tengok betapa indah ciptaan Allah…
gunung ganang… langit biru… kadang sampai di tempat yang awan gelap hujan pula
turun. Subhanallah hebat ciptaan Allah.
Kali ni balik tidaklah hujan semedang… pada mulanya hubby
tak berniat nak bawa kami semua. Tapi disebabkan kiddos dah buat muka comel
macam Puss in Boot tu hubby tak sampai hati. Angkut semua sekali… lagipun bila
dapat tahu Akma dah pun selamat bersalin baby girl ingatkan nak kongsi tarikh
lahir dengan ‘makngah’ dia. Rupanya awal 2 hari… iaitu 14 November 2011 pukul
9.22pm. Tapi makngah dia boleh plak lupa nak snap pic Nurul Iman Nasuha… tapi
puas hati juga dapat kelek 2 hari ulangalik ke klinik sebab Jaundis.
Balik ke kampung pun sebab anak pak Teh Li, Huda kawen. Kali
ni memang merasa rewang betul-betul. Masa kat rumah mak kampung sendiri memang
tak menyempat nak ikut rewang. Biasanya akan sibuk pasal bunga telur… berkat
and so on iaitu benda-benda yang remeh temeh dalam rumah. Dapatlah kopek bawang…
hiris serai… potong kacang buncis dan paling best yang tak pernah seumur hidup
buat iaitu siang keladi. Mak tak bagi buat… tapi hati teringin nak belajar
walau mak kata nanti tangan gatal dan miang. Alhamdulilah berkat hati jujur dan
ikhlas sikit miang atau gatal tak terasa pon. *sila bertabah hati membaca niat
suci murni tuan empunya belog.
Ayah yang masak lauk pauk kenduri… bangga tahu punya ayah
mentua yang pandai masak. Ni kalau masuk masterchef tentu takleh challenge. Pengantin lelaki dari Jengka 8.. datang singgah kat rumah mak sebelum berarak. Pastu mak minta cujie and kakak ikut rombongan pengantin sekali. hehehe... berlakon jap jadi rombongan pengantin lelaki....
| i like katil tu... antique! |
nanti cujie sambung plak eh... lepas ni kita pi lata sempeneh plak... mandi manda...
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Nurul Huda & Sulaiman...














0 comment(s):
Post a Comment