Thursday, November 24, 2011

Lata Sempeneh

Keseronokan tempat kedua apabila balik Batu Kurau adalah bila ada kesempatan mandi manda di Lata Sempeneh... seronok bawak bebudak mandi... tapi sebenarnya agak bahaya juga kalau tengok cuaca tidak berapa elok di atas bukit tak perlulah mandi. Kalau orang yang dah biasa dengan keadaan seperti itu dia akan tahu bila waktunya dia perlu naik ke darat.
naik van beramai-ramai...
Kebiasaan yang cujie dengar... kalau masa mandi tu tetiba air yang jernih bertukar menjadi keruh... banyak daun kering dan ranting² bersama aliran sungai tersebut eloklah naik segera. Tapi masa kitorang pegi tu memang berkabus menyelubungi atas kawasan bukit walaupun waktu tu dah pukul 11 pagi. Takut di kawasan atas dah hujan. Mak pesan jangan mandi lelama sangat.
Kiddos paling happy dapat main pasir... nak mandi lelama sejuk plak kan... gasak pula main pasir... Alesha seksi sikit dalam ini entry... hehehe... tapi tetap tak tinggal rantai pearl tu. Macam mak datin gitu... hehe.
encik somi jadi lifeguard...

Wednesday, November 23, 2011

End Year ~ Wedding, Batu Kurau


Last weekend balik semula ke Batu Kurau.

Actually memang enjoy sangat on da way balik kampong. Mana-mana kampong pun… kalah kiddos. Suka tengok betapa indah ciptaan Allah… gunung ganang… langit biru… kadang sampai di tempat yang awan gelap hujan pula turun. Subhanallah hebat ciptaan Allah.
Kali ni balik tidaklah hujan semedang… pada mulanya hubby tak berniat nak bawa kami semua. Tapi disebabkan kiddos dah buat muka comel macam Puss in Boot tu hubby tak sampai hati. Angkut semua sekali… lagipun bila dapat tahu Akma dah pun selamat bersalin baby girl ingatkan nak kongsi tarikh lahir dengan ‘makngah’ dia. Rupanya awal 2 hari… iaitu 14 November 2011 pukul 9.22pm. Tapi makngah dia boleh plak lupa nak snap pic Nurul Iman Nasuha… tapi puas hati juga dapat kelek 2 hari ulangalik ke klinik sebab Jaundis.
Balik ke kampung pun sebab anak pak Teh Li, Huda kawen. Kali ni memang merasa rewang betul-betul. Masa kat rumah mak kampung sendiri memang tak menyempat nak ikut rewang. Biasanya akan sibuk pasal bunga telur… berkat and so on iaitu benda-benda yang remeh temeh dalam rumah. Dapatlah kopek bawang… hiris serai… potong kacang buncis dan paling best yang tak pernah seumur hidup buat iaitu siang keladi. Mak tak bagi buat… tapi hati teringin nak belajar walau mak kata nanti tangan gatal dan miang. Alhamdulilah berkat hati jujur dan ikhlas sikit miang atau gatal tak terasa pon. *sila bertabah hati membaca niat suci murni tuan empunya belog.

Ayah yang masak lauk pauk kenduri… bangga tahu punya ayah mentua yang pandai masak. Ni kalau masuk masterchef tentu takleh challenge. Pengantin lelaki dari Jengka 8.. datang singgah kat rumah mak sebelum berarak. Pastu mak minta cujie and kakak ikut rombongan pengantin sekali. hehehe... berlakon jap jadi rombongan pengantin lelaki....

  
i like katil tu... antique!
nanti cujie sambung plak eh... lepas ni kita pi lata sempeneh plak... mandi manda...
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Nurul Huda & Sulaiman... 

Friday, November 18, 2011

SalesSupporto 12 & 13 Nov ~ Ancasa Resort

Kali  ni Business Strategic Meeting dibuat di luar Kuala Lumpur... ambil angin pantai pula. Tahun lepas kat Singgahsana Hotel... Hati pun rasa seronok juga sebabnya takde fikir nak balik dan esok paginya pepagi nak bersiap untuk sambung meeting. Lagipun takde sangat fikir hal kiddos... nak arrange siapa jaga semua. Just fikir one off... ni memang dah tetau selama 2 hari ummi takde kat rumah. 

Meeting ni yang heaven nya memang pasal makan... kita tak akan kelaparan pun. Setiap time break mesti terhidang makanan. Nak ditolak terasa sayang mahu ditelan naik berat badan... kan kan... kan! Sabtu tu pada awalnya memang didendangkan tahap pencapaian tahun ini... kalau mencapai target sedap juga telinga mendengar. Kalau yang below par tu mendarah juga... pastu dibentangkan bajet untuk 2012 pula... telan air liur
Sales Group


Kemudian diberikan kumpulan dengan tajuk masing-masing untuk difikirkan sehingga bengkak otak. Makanya dapat jumpa tilam dan bantal pun pada pukul 1 pagi. Tapi yang bestnya Ancasa upgrade dinner buffet menjadi BBQ dinner. 
Esoknya after breakfast ada management games. Part paling seronok sebenarnya. Antara games hari tu Angkat gelas berisi air menggunakan getah dan tali, spider web dan paku 12 batang untuk didirikan di atas sebatang paku sahaja. Dalam masa yang sama boleh mengeratkan silatulrahim antara staff... dapat tengok kreativiti staff. 

 After that lepas dah bersalin kepada pakaian yang bersih lagi wangi presentation slide pun dimulakan. Sehingga ke tengahari... sambung pula uparaca makan tengahari yang terakhir. 

Wednesday, November 16, 2011

Salam u all, 

Raya haji tahun ni balik Batu Kurau. Itupun ayah dah cakap kat jenjiran kitorang dah lama tak balik kampung lebih kurang setahun lamanya. Hah amik... padahal last balik masa cuti Hari Pekerja 1 May hari tu... balik kali ni encik somi dapat berkumpul dengan keseluruhan ahli keluarganya. 


tengok anak dara cujie tu... perasaan keterlebihan

Semua pakat balik kali ni... jadi rumah pun hingar bingar dek suara² cucu Pak Hak & Che Jah. Insyallah bakal menyambut kedatangan cucu yang ke-10 dalam masa terdekat ini. Seperti biasa suasana raya dah mula terasa pada hari sebelum. Pepagi lagi dah sibuk nak membakar lemang... memasak lauk pauk untuk dimakan bersama lemang yang telah siap dibakar. 
mak tersayam... dengan lemang pulut n lemang tepung
Tapi peliknya lemang dan lauk akan dimakan pada petang raya. Hari Raya lepas solat Aidil Adha masak mee rebus plak. On da day of Hari Raya Aidil Adha after solat in da morning, kaum lelaki memang semuanya keluar ke 'markas' untuk laksanakan korban. 

Jadi bila dapat daging korban tu... dapatlah buat sup tulang dan daging bakar. Yummy... kiddos pun happy hilang demam bila dapat bertemu their cousins. Dapat pula berendam beramai-ramai... cuma kali ni memang tak sempat nak mandi lata... masa memang mencemburui kita semua... 

Thursday, November 3, 2011

Glory Jane / Man of Honor

Malam tadi nak pergi kuliah dah siap dah anak beranak... tetiba hujan turun dengan lebatnya dan sangat lebat. Memula nak je harung... memikirkan pula kiddos baru sahaja baik demam. Encik suami pula cakap kalau tak cekal hati mau tak pergi ni. Memang dah dekat depan pintu dah nak keluar, Alesha pun dah siap pakai selipar. Sekali tengok payung takde... macamana nak bawa kiddos dalam hujan ni. End up encik suami pergi seorang diri... cujie pula tukar plan untuk ajar kiddos mengaji.

Setelah selesai mengaji masuk Isya' terus solat. Ingat nak sambung baca Jemima J tapi mata macam tak larat nak tengok tulisan kecik²... astro program langsung takde yang menarik pun. Tetiba rindu hati nak tengok cerita Korea... tune to channel 391 (KBS World).

Ada cerita baru... Glory Jane episode 1. Apa lagi tengok la... cerita pasal bebudak yang akan membesar sambil membawa cerita dan cita memasing. Cerita cinta segi antara mereka bertiga... suka duka hidup heroin, Jane yang sebenarnya anak orang kaya tapi setelah ketiadaaan ayah dan ketidakupayaan ibunya yang Jane pun tak tahu ibunya still alive. Dia dibesarkan di rumah anak yatim... company ayah dia pula kawan baik ayah dia yang jahat take over.

ini masa 2 hero kecik



Siapa suka tengok cerita korea boleh la ikut tengok...