Monday, August 22, 2011

Universal Studios Singapore ~ ceritera 3

Haih lama nak tunggu sambungan dari cerita ke Universal Studios Singapore 2 eh... hehehe... bulan Ramadhan macam ni memang kesuntukan masa sedikit nak jengah belog, ada pun jengah belog masakan je sehari dua ni. Tahun ni first time ever hari-hari dapur berasap ~ siap bil elektrik sampai nanti.
Immigration Malaysia lagi...
ehem ehem!
Tuas Checkpoint
Hari yang di nanti sudah tiba... sangat happy dan teruja tak sabar lagi. Bukan hari-hari kan dapat ke USS. Bila dapat tahu sahaja nak ke USS, cujie memang banyak surf belog yang berikan tips dan review. Entry lepas ni yang ntah bila pula tu, cujie akan bagi tips dan beritahu selok belok masa kat sana nanti. Ilmu ni... senang esok kalau dah sampai sana.
dipintu gerbang...
Kitorang rented bus... sebelum tu ticket kitorang beli kat Vacation Hub. Cubalah beli kat situ memang murah dari biasa. Cuma SGD61 sahaja berbanding kalau beli di kaunter atau mana-mana travel agents. Harga biasa SGD72. Kalau convert memang nampak perbezaan ketara dan duit lebih tu boleh la beli souvenir. Masa pergi tu ikut second link memang tak jammed pun. Senang pun senang... bila sampai immigration malaysia korang leh turun melenggang then bila sampai immigration Singapore kena bawa turun semua benda yang korang bawak even stroller. Balik tu plak kitorang ikut tambak Johor... nostalgia lagi sebab pernah berjalan sepanjang tambak sebab jammed yang teramat sangat. Melepuh kaki...
Happy Hour!
Sampai USS gate pun belum buka... tapi dah ramai dok posing depan globe. Letih juga la posing depan globe tu... Masuk je sampai Hollywood hah senang tak perlu naik flight. hehe... Kemudian sampai New York... sekejapan! First sekali kitorang masuk Lights! Camera! Action! Itu memang dah best sangat... memang kalau bawa anak jangan termimpi untuk naik semua benda yang ada. Tapi Battlestar Galactica tu memang harus naik. Nanti menyesal... cujie naik cylon memang dipusingnya 360 darjah ntah berapa kali sampai pasrah. Officemate yang mana naik Human memang surrender lepas tu... memang nampak tak seram dan ngeri kalau Human tu... naiklah dulu kalau tak percaya dan bandingkan keduanya. Fuhhh!
Pastu kitorang lepak kat Egypt memang panas dah masa tu... macam real la kat Egypt. Kat situ la juga kena pawww air. Tapi sedap gak tak rugi juga beli pon. Teringat² kesejukkan dan kesedapan fruit punch tersebut. Kemudian sampai kat Lost World. Ok ride yang wajib naik ada di sini. Wajib ok wajib! Jurassic Park Rapids Adventure tu memang best. Bagi sesiapa bawa anak macam besar Ahmad Haikal yang umur 6 tahun tu nak bawa naik harus peluk kekuat. Beratur kat situ makan masa dekat 2 jam. Sampai encik suami tertido² tunggu kat luar.
Egypt
The lost world
Seterusnya yang ni menjadi kesukaan Alesha. Rumah pwincesss katanya. Dia sibuk nak masuk... tapi orang dok beratur sampai 2 khemah tak lalu nak beratur lagi. Pastu bawa diorang main kereta Fiona... tetiba datang Puss in Boot dapat bergambar dengan dia. Gatal bukan main... pantang nampak perempuan cantik dia buat gaya ke main lagi. Amboi!
The far far away
Pastu kat Madagascar memang seronok la bebudak. Karektor memang cute tu bukan diorang suka... dengan lagu I want to move it.

Nanti kita sambung la pasal tips plak kan...

No comments: