Thursday, August 4, 2011

Universal Studios Singapore ~ ceritera 2


Actually this is the office trip. Tapi hanya staff ditanggung untuk ticket masuk ke USS, family hanya ditanggung berdinner sahaja. Mujur juga... jadi jimat ticket masuk untuk diri sendiri...
Jadi after arrived at JB sebelah malamnya we olls ada dinner at Singgah Selalu. Kitorang pun memang tak tahu nak makan mana... bila search tu tetau ada Singgah Selalu berdekatan dengan Tune Hotel, tempat penginapan kami. Dekat memang dekat... tapi bila kena buat u-turn tu memang jauh jugalah. Kalau nak berjalan kaki pula perlu melintas jalanraya yang lebar. Takut juga sebab kereta memang lelaju.
siblings...
identical twin in da house

Memang booking bilik air-cond sesiap dengan menu from KL lagi. Tapi biasalah ada yang tak berapa best di sana sini. Misalnya kita dah booking untuk dewasa dan kanak-kanak siap minta baby chair tapi diorang macam tak faham bebetul meja yang disediakan untuk dewasa sahaja. Takkan nak letak bebudak kat meja yang berlainan. Dah nak kena tunggu meja satu lagi disiapkan.
buah-buahan yang disirami dengan ais...
Bab food plak... served and preparing food tu ok. Cantik and marvelous. Cumanya setiap kali nak kena minta diorang refill air katanya free flow. Tapi macam dok berkira-kira nak tuang dalam gelas. Suppose letak je satu jug atas meja, kan ke senang dan mudah. Rasa pun quite ok tidaklah K.O terus.
Cumanya best di sini bebudak la yang suka. Ada disediakan kids room yang mana penuh dengan colorful balls. Jadi after dinner diorang bergasak dalam room tu. Senang la kitorang nak bersembang lelama pon. Tujuan pun memang nak bagi diorang penat supaya balik bilik nanti terus tidur. Tapi tak jugak... balik bilik sambung plak tengok Jennifer's Body.

to be continued...

No comments: