Tuesday, August 23, 2011

Rezeki di Bulan Ramadhan

Ramadhan kali ini memang memberi seribu erti bagi cujie sekeluarga. Tahun ni secara full setiap malam kami berada di masjid. Kalau tahun-tahun sebelum ni belum ada kekuatan nak bawa Alesha bersama-sama. Takut juga mengganggu jemaah nanti. Alhamdulillah, Allah permudahkan niat baik kita.

Pada awalnya seperti tahun yang sudah hubby dapat susu raya kali ni amik 2 carton susu pekat manis dan selebihnya fresh milk, chocolate milk and mango juice, oren juice and apple + aloe vera juice. Tahun ni company encik somi naikkan voucher raya jadi empatratus ringgit selalunya tigaratuslimapuluh sahaja. Nampak barang dah naik harga kan.
Kemudian cujie plak dapat hamper raya... banyak coklat dalam tu. Suka la kiddos. Sampai sahaja muka pintu rumah kiddos dah serbu. Sekelip mata hamper setinggi Alesha diceraikan antara satu sama lain.
Kali ni rezeki Ustaz Ahmad Haikal. Nak sebut 10 ribu juta kali 'ustaz' semoga dia jadi ustaz. Pihak masjid bagi cenderahati pada kids yang selalu ikut ke masjid dan berkelakuan baik sepanjang berada di dalam masjid ketika Ramadhan. Alhamdulillah Ahmad Haikal & Alesha tersenarai cuma Ahmad Haikal je la pegi ambil. Alesha punya belum lagi sebab cujie solat kat dewan atas... malas nak bawa Alesha turun. Rezeki anak-anak...

No comments: