Friday, August 26, 2011

Pendaftaran Murid Tahun 1 ~ Part 3

Alhamdulillah dah selesai bab pendaftaran tahun 1 sesi 2012 untuk Ahmad Haikal. Pada bulan Julai dah keluar keputusan tapi agak lewat dalam seminggu sebab masalah teknikal.
Sekolah yang dipilih untuk Ahmad Haikal diluluskan. Tiada masalah. Hanya nombor mykid sahaja diperlukan. Tak perlu la hafal nombor pin yang diberi ketika pendaftaran kali pertama tu.
Cetak dan perlu dibawa pengesahan di sekolah yang dipilih pada satu jangkamasa yang diberikan. Masa cujie tu bulan Julai keluar result then next month boleh pergi sekolah. Bawa bersama sijil lahir anak ye.. nanti sekolah cop la kat belakang sijil lahir tu. Macam kita punya sijil lahir la kan... ke korang takde.
Dah settle satu perkara... after Raya will proceed to register Ahmad Haikal untuk sekolah agama. Sebenarnya kalau boleh nak masukkan dia sekolah agama integrasi. Tapi dekat kawasan rumah memang takde. Senang satu sekolah tak perlu nak balik rumah... keluar pagi balik petang. Pendidikan dunia bagi... untuk akhirat lagi penting.

Insyallah pada bulan December nanti ada orientasi di sekolah.

2 comments:

Bitt (double IS) said...

owh tahun depan sekolah rendah dah abg haikal nehhh

Cujie said...

bitt,

a'a... ni macam risau sebab larat ke dia nak pegi 2 sekolah tahun depan ni...:p