Thursday, August 25, 2011

Majlis berbuka Puasa

Ini tahun ke-2 company buat majlis berbuka bersama Anak Yatim... kali ni rumah Nur Ikhlas terpilih. Sebelum ini company just post cheque ke rumah anak yatim. Semenjak 2 tahun kebelakangan ini our CEO memilih untuk buat majlis yang seperti ini.
Kali ni rumah Nur Ikhlas, Rawang membawa seramai 20 orang anak yatim. Hati agak tercuit dan tersentuh betapa diorang lebih berdikari berbanding cujie sewaktu seumur mereka. Rumah tersebut hanya menempatkan budak lelaki sahaja. Paling kecil untuk hari tersebut berumur 8 tahun.
Ada juga dikalangan anak-anak ini bukanlah anak yatim tetapi hasil penceraian ibu dan bapa - memasing takmo menjaga anak lalu ditempatkan anak mereka disitu. Itu lagi sedih tapi semangat diorang semua kuat. Jadi why not kita happy bersama.
Berbuka kat Kelab Golf Negara Subang... food? so-so je... tapi bagi yang menjaga kesihatan sangat good la... sebab tidak terlalu manis dan tidak masin. Rasanya lebih natural sahaja tidak kaya dengan pak aji atau sesedap rasa.
Selesai sahaja majlis tersebut terus ke masjid di mana encik suami dan anak lelaki sedang berterawih. Oh cujie bawa Alesha bersama... suka dia...

No comments: