Thursday, July 28, 2011

Universal Studios Singapore ~ ceritera 1

Seperti mana ada yang tahu pada 9 July 2011 yang lalu Cujie sekapal pergi ke kota Singa yang BERSIH berbanding bandaraya KUALA LUMPUR.

sebelum bertolak... posing dulu
makan dulu..

Cujie diberi perlepasan untuk half day sahaja pada hari Jumaat – 8 July 2011. Tapi berkat Jumaat yang indah tengahari tu bumi Allah disimbah dengan air hujan yang sangat lebat. Kemudian reda ketika solat Jumaat… jadinya hubby memang pergi dan balik dengan kering. Dan pada masa kami nak bertolak tu hujan kembali lebat. Jadi disitu sudah memperlahankan perjalanan kami ke Johor.

Dipertengahan jalan bumi Melaka kering pula. Tak ada tanda hujan. Hebat kuasa Allah. Cujie sekeluarga berhenti rehat di hentian sebelah Yong Peng menunaikan solat Asar serta menikmati mamee cup. Entah kenapa hubby dah sesiap beli mamee cup cukup untuk 4 orang makan. Dah lama tak makan memang rasa sedapnya hingga ke titisan terakhir. Mana dapat hot water kat hentian sebelah??? Cujie memang bawa thermos dari KL. Hehehe…

at hentian sebelah Yong Peng

Alhamdullillah sampai di JB dalam 6.30pm… check-in Tune Hotel, Danga Bay.

To be continued…

No comments: