Thursday, July 7, 2011

no more bottles after this

Memang agak cruel menggunakan cara yang cujie jalankan ini... tapi hasilnya memang menakjubkan. Cujie dah lama dah nak ajar Alesha life without bottle. Balik kampung sibuk nak mengangkut bottle... pastu dah besar dok berbottle lagi memang tak berapa berkenan sangat di mata.
minum melalui cawan yang nenek bagi...
Tahun ni memang tahun yang tough bagi Alesha dengan toilet training dan hidup tanpa berbotol lagi. Kadang tu hingga hari ni pun dia masih lagi minta minum susu sebab dia nak berbaring. Tapi semenjak hidup jauh dari bottle, dia minum susu melalui cawan dengan sekaligus. Kalau tidak mesti minum 2oz pastu tinggal nanti sejam kemudian cari balik bottle susunya tu... macam dah tak berapa hygienic. Susu terbiar gitu... kadang Cujie masuk dalam fridge.
abang pun kena glamour sama...
Caranya cujie mudah je... bagi je dia bottle tu sampai puting bottle susunya tu abis koyak dan langsung dah tak boleh minum melaluinya. Sebab gigi Alesha yang gatal itu membawa padah kepada dirinya sendiri. Sekarang bottle tersebut sudah dijadikan bahan arkib di muzium Suzikhai&Co. Bolehlah nanti tunjuk kat anak cucu plak...
~the prince & princess of suzikhai~
Masa Ahmad Haikal dulu... kitorang slowly tukarkan bottle susu kepada bottle berstraw... kemudian dalam cawan. Jadi tahniah untuk Alesha kerana berjaya skip langkah tersebut. Ummi so proud of you, Alesha! You go girl!

No comments: