Thursday, July 28, 2011

Kenangan : Buku Penyiasatan

Masih ingat lagi tak waktu zaman sekolah dulu. Nanti ada van datang jual buku kat sekolah, pada hari pertama tu dia datang buat pengenalan dan edarkan order list dan pada hari keduanya bawa duit dan bayar dan dapatlah buku idaman.
Masa sekolah dulu takut juga nak minta duit nak beli itu ini. Masa tu memang faham keadaan kewangan mak abah, kecewa juga dalam hati tu bila tak dapat. Ini nak beli buku takut inikan pula benda lain. Tapi ada gak beli macam susu coklat just 30sen je... pastu color magic yang memang bebetul magic... air vitagen beli 6 percuma sharpener. Isk... memacamlah... lagi satu tak lupa pembaris yang nak buat huruf block. Ikut manual kalau nak huruf A misalnya gunakan kod yang ada kat pembaris tu. Nostalgic!
Jumpa buku ni kat mini library Masjid Bukit Indah sabtu lepas. Banyak juga koleksi buku penyiasatan. Bila baca buku memang thriller la... bila jumpa part ada gambar kira dah boleh terbayangkan keadaan sebenar dalam jalan cerita tu.

Cujie punya koleksi dulu ada gak 3-5 buah buku tapi entah ghaib ke mana... maklumlah adik beradik turun temurun lelama tu terus tak nampak...

2 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

oh cujieeeee... enid blyton's memang nostalgic ! ju dulu ingat enid blyton ni lelaki, rupanya perempuan =)

& sejak kenal buku buku penyiasatan ni lah ju jadi minat membaca masa kecik2 dulu.. mama ju beli complete set buku ni.. english & malay. aaaa sukanyaaaaaaaaa. =)

susu 30sen... masa dapat kat sekolah dulu, memang heaven lah kan cujie ?

Cujie said...

juju...

bila teringat susu 30sen tu terasa² kat tekak sedapnya tu. Takda susu sesedap itu la sekarang ni... mungkin tekak masa tu tekak muda... semua sedap... hehehe