Friday, July 15, 2011

the good red dragon

Selama ni memang takut nak cuba makan buah naga ni. Tapi bulan lepas one of my colleague bawa sebiji buah naga ni ke office. Makan yang dah siap terpotong… makan yang warna merah. Sedap! tak manis sangat cuma manis yang kadang dapat rasa kadang rasa macam blank je gitu.

Teringin nak beli sendiri tapi tak tau macamana nak pilih. Isi dalam tu putih atau merah. Lepas makan sepotong dua semenjak kat office tu memang terasa nak lagi. Alhamdulillah jumpa kat pasar malam… penjual tu ptong dua buah naga tu jadi taula isinya merah. 4 biji sepuluh ringgit jer.

Balik rumah satu lagi masalah… nak kopek macamana… memula tu cujie hiris kulit macam buah manga… eh dah hiris 2 kali baru la tau kena kopek tu sampai part kulit dan isi. Baru semalam terror kopek kulit dia. Mudah amat. Sekali potong je dan guna tangan untuk siat kulit dia. Dapatlah sebiji buah naga without kulit yang sangat nice.

Buah naga ni kalau dah potong then masukkan dalam peti sejuk… memang sedap je tekak telan. Takyah risau dengan biji kekecik tu… tak memudaratkan pon. Hehe… sebenarnya cujie yang memula tu takut tengok bijinya yang bersepah tu. Tekstur buah naga macam buah kiwi. Kandungan air 90% tu membuatkan selepas makan rerajin pergi misstoi.

Antara kebaikan dan khasiat makan buah naga ni :

  1. Mengimbangi gula dalam darah
  2. Mengurangkan kolestrol
  3. Pencegah kanser usus
  4. Sangat baik untuk penghadaman dan kelancaran darah
  5. Mengurangkan tekanan emosi
  6. Meneutralkan toksik dalam badan
  7. Menurunkan kadar lemak dalam badan
  8. Melicinkan kulit

Buah naga ni kaya dengan zat besi, vitamin C, vitamin B1 & B2 serta B3. Kaya juga dengan kalsium yang menjadikan tulang dan gigi kuat. Jadi lepas ni stok buah naga pasti ada di rumah. Alesha pon suka. Ahmad Haikal tak berapa. Ayahnya still takut tengok warnanya yang macam sesaja bubuh pewarna merah tu. By the way buah naga yang berwarna merah lebih banyak khasiat berbanding putih.

No comments: