Tuesday, July 26, 2011

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Alhamdulillah dapat pergi kedua-dua kuliah Ustaz Azhar Idrus weekend lepas.

Sabtu ~ 23 July 2011
Masjid Bukit Indah, Ampang

Jemaah memang ramai seperti biasa dan memang confirm kaum lelaki yang lambat sikit datang kena solat dibawah khemah. Masjid Bukit Indah ni seindah namanya... sebab memang well prepared untuk menerima kunjungan jemaah dari luar kawasan. Bagi yang pertama kali yang mahu bersolat di masjid berkenaan memang tak tercari-cari sebab ada jawatankuasa masjid yang tunjukkan tempat solat... tempat wudhuk.
pic source : pakcik google
Lagi satu memang selesa walaupun sejadah tak cukup untuk jemaah perempuan itu tak menjadi hal. Masjid bersih... pula tu siap ada mini library kat belakang kawasan jemaah perempuan. Jadi siapa bawa bebudak tu tak risau sangat. Bebudak pun agak terkawal sebab ralit belek buku.
mini library :))

Ahad ~ 24 July 2011
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Memang dah dijangkakan akan sebegini ramai dan memang diakui oleh AJK masjid atau imam masjid itu sendiri yang ramainya jemaah hari ni mengimbau kembali ketika Prof. Dr. Yusuf al-qaradawi ketika datang di masjid negeri. Dan setelah membelek fan page Ustaz khabarnya dalam 20K yang datang malam itu.
Biasalah masjid besar memang agak penat berjalan nak ke dewan solat... berjalan ke tempat wudhuk tapi itu juga tak menjadi kisah. Itulah cabaran untuk mengejar ilmu Allah. Alesha pun agak kesian juga sebab masa solat maghrib memang tersepit kat belakang - FULLHOUSE. Tapi masa kuliah dia tidur sampai habis. Dia pun dah faham masa kuliah kena duduk dendiam tak boleh berlarian. Sediakan aja gegula dan bawa buku princess dia serta coloring book.
pic source : Facebook Encik Kiflee Zul

Insyallah panjang umur dan diberi kesihatan yang baik dapatlah jumpa Ustaz Azhar Idrus lagi di bulan Sweet September.

No comments: