Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Semoga Ramadhan tahun ini ibadah yang dilakukan oleh kita lebih baik dari tahun lepas. Penuh kesyukuran kerana dapat menikmati lagi Ramadhan yang mulia ini. Saya memohon ampun maaf sekiranya ada keterlanjuran kata, salah dan silap sehingga menyinggung hati mana-mana pihak.

Thursday, July 28, 2011

Universal Studios Singapore ~ ceritera 1

Seperti mana ada yang tahu pada 9 July 2011 yang lalu Cujie sekapal pergi ke kota Singa yang BERSIH berbanding bandaraya KUALA LUMPUR.

sebelum bertolak... posing dulu
makan dulu..

Cujie diberi perlepasan untuk half day sahaja pada hari Jumaat – 8 July 2011. Tapi berkat Jumaat yang indah tengahari tu bumi Allah disimbah dengan air hujan yang sangat lebat. Kemudian reda ketika solat Jumaat… jadinya hubby memang pergi dan balik dengan kering. Dan pada masa kami nak bertolak tu hujan kembali lebat. Jadi disitu sudah memperlahankan perjalanan kami ke Johor.

Dipertengahan jalan bumi Melaka kering pula. Tak ada tanda hujan. Hebat kuasa Allah. Cujie sekeluarga berhenti rehat di hentian sebelah Yong Peng menunaikan solat Asar serta menikmati mamee cup. Entah kenapa hubby dah sesiap beli mamee cup cukup untuk 4 orang makan. Dah lama tak makan memang rasa sedapnya hingga ke titisan terakhir. Mana dapat hot water kat hentian sebelah??? Cujie memang bawa thermos dari KL. Hehehe…

at hentian sebelah Yong Peng

Alhamdullillah sampai di JB dalam 6.30pm… check-in Tune Hotel, Danga Bay.

To be continued…

Kenangan : Buku Penyiasatan

Masih ingat lagi tak waktu zaman sekolah dulu. Nanti ada van datang jual buku kat sekolah, pada hari pertama tu dia datang buat pengenalan dan edarkan order list dan pada hari keduanya bawa duit dan bayar dan dapatlah buku idaman.
Masa sekolah dulu takut juga nak minta duit nak beli itu ini. Masa tu memang faham keadaan kewangan mak abah, kecewa juga dalam hati tu bila tak dapat. Ini nak beli buku takut inikan pula benda lain. Tapi ada gak beli macam susu coklat just 30sen je... pastu color magic yang memang bebetul magic... air vitagen beli 6 percuma sharpener. Isk... memacamlah... lagi satu tak lupa pembaris yang nak buat huruf block. Ikut manual kalau nak huruf A misalnya gunakan kod yang ada kat pembaris tu. Nostalgic!
Jumpa buku ni kat mini library Masjid Bukit Indah sabtu lepas. Banyak juga koleksi buku penyiasatan. Bila baca buku memang thriller la... bila jumpa part ada gambar kira dah boleh terbayangkan keadaan sebenar dalam jalan cerita tu.

Cujie punya koleksi dulu ada gak 3-5 buah buku tapi entah ghaib ke mana... maklumlah adik beradik turun temurun lelama tu terus tak nampak...

Wednesday, July 27, 2011

#7. Wordless Wednesday

Tuesday, July 26, 2011

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Alhamdulillah dapat pergi kedua-dua kuliah Ustaz Azhar Idrus weekend lepas.

Sabtu ~ 23 July 2011
Masjid Bukit Indah, Ampang

Jemaah memang ramai seperti biasa dan memang confirm kaum lelaki yang lambat sikit datang kena solat dibawah khemah. Masjid Bukit Indah ni seindah namanya... sebab memang well prepared untuk menerima kunjungan jemaah dari luar kawasan. Bagi yang pertama kali yang mahu bersolat di masjid berkenaan memang tak tercari-cari sebab ada jawatankuasa masjid yang tunjukkan tempat solat... tempat wudhuk.
pic source : pakcik google
Lagi satu memang selesa walaupun sejadah tak cukup untuk jemaah perempuan itu tak menjadi hal. Masjid bersih... pula tu siap ada mini library kat belakang kawasan jemaah perempuan. Jadi siapa bawa bebudak tu tak risau sangat. Bebudak pun agak terkawal sebab ralit belek buku.
mini library :))

Ahad ~ 24 July 2011
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Memang dah dijangkakan akan sebegini ramai dan memang diakui oleh AJK masjid atau imam masjid itu sendiri yang ramainya jemaah hari ni mengimbau kembali ketika Prof. Dr. Yusuf al-qaradawi ketika datang di masjid negeri. Dan setelah membelek fan page Ustaz khabarnya dalam 20K yang datang malam itu.
Biasalah masjid besar memang agak penat berjalan nak ke dewan solat... berjalan ke tempat wudhuk tapi itu juga tak menjadi kisah. Itulah cabaran untuk mengejar ilmu Allah. Alesha pun agak kesian juga sebab masa solat maghrib memang tersepit kat belakang - FULLHOUSE. Tapi masa kuliah dia tidur sampai habis. Dia pun dah faham masa kuliah kena duduk dendiam tak boleh berlarian. Sediakan aja gegula dan bawa buku princess dia serta coloring book.
pic source : Facebook Encik Kiflee Zul

Insyallah panjang umur dan diberi kesihatan yang baik dapatlah jumpa Ustaz Azhar Idrus lagi di bulan Sweet September.

Wednesday, July 20, 2011

#6. Wordless Wednesday

my two little darlings~~~

Tuesday, July 19, 2011

Addicted to smell it~~~

Yup really like the smell of the paper of the new book. Rasa macam nak makan. Wangi sangat! Really weird I am... ^___^

Last Thursday place reservation through email to Bookxcess. Bookxcess's staff dengan segera je jawab email dan reserved the books for me. They will reserved up to 7 days only. Planning pun nak amik on Sunday.
klik pada gambar untuk tumbesaran yang jelas
Tapi selepas balik dari Hospital Sungai Buloh hari Sabtu tu terus saja ke Amcorp Mall. Hubby drop by je tepi jalan meanwhile, hubby & kiddos berlarian atas padang depan Amcorp Mall.
Ini semua milik saya... bakal menghiasi gerobok novel² saya... heheh... stock 2 bulan. Tapi kalau hati tidak tetap iman tetap akan pergi membeli lagi walaupun masih ada stock bahan bacaan.

hehe... tidaklah cujie punya cuma dua (2) sahaja. My Best friend's girl & Baby Gift. Dorothy Koomson will be my favorite author after this. Buku yang selebihnya tu adalah kepunyaan Cik Aisyah... kawan seperjuangan yang juga minat melabur membeli novel.
ini cujie punya
ini bukan cujie punya... cuma tukang beli

Friday, July 15, 2011

the good red dragon

Selama ni memang takut nak cuba makan buah naga ni. Tapi bulan lepas one of my colleague bawa sebiji buah naga ni ke office. Makan yang dah siap terpotong… makan yang warna merah. Sedap! tak manis sangat cuma manis yang kadang dapat rasa kadang rasa macam blank je gitu.

Teringin nak beli sendiri tapi tak tau macamana nak pilih. Isi dalam tu putih atau merah. Lepas makan sepotong dua semenjak kat office tu memang terasa nak lagi. Alhamdulillah jumpa kat pasar malam… penjual tu ptong dua buah naga tu jadi taula isinya merah. 4 biji sepuluh ringgit jer.

Balik rumah satu lagi masalah… nak kopek macamana… memula tu cujie hiris kulit macam buah manga… eh dah hiris 2 kali baru la tau kena kopek tu sampai part kulit dan isi. Baru semalam terror kopek kulit dia. Mudah amat. Sekali potong je dan guna tangan untuk siat kulit dia. Dapatlah sebiji buah naga without kulit yang sangat nice.

Buah naga ni kalau dah potong then masukkan dalam peti sejuk… memang sedap je tekak telan. Takyah risau dengan biji kekecik tu… tak memudaratkan pon. Hehe… sebenarnya cujie yang memula tu takut tengok bijinya yang bersepah tu. Tekstur buah naga macam buah kiwi. Kandungan air 90% tu membuatkan selepas makan rerajin pergi misstoi.

Antara kebaikan dan khasiat makan buah naga ni :

  1. Mengimbangi gula dalam darah
  2. Mengurangkan kolestrol
  3. Pencegah kanser usus
  4. Sangat baik untuk penghadaman dan kelancaran darah
  5. Mengurangkan tekanan emosi
  6. Meneutralkan toksik dalam badan
  7. Menurunkan kadar lemak dalam badan
  8. Melicinkan kulit

Buah naga ni kaya dengan zat besi, vitamin C, vitamin B1 & B2 serta B3. Kaya juga dengan kalsium yang menjadikan tulang dan gigi kuat. Jadi lepas ni stok buah naga pasti ada di rumah. Alesha pon suka. Ahmad Haikal tak berapa. Ayahnya still takut tengok warnanya yang macam sesaja bubuh pewarna merah tu. By the way buah naga yang berwarna merah lebih banyak khasiat berbanding putih.

Thursday, July 14, 2011

#5. Wordless Wednesday

Thursday, July 7, 2011

no more bottles after this

Memang agak cruel menggunakan cara yang cujie jalankan ini... tapi hasilnya memang menakjubkan. Cujie dah lama dah nak ajar Alesha life without bottle. Balik kampung sibuk nak mengangkut bottle... pastu dah besar dok berbottle lagi memang tak berapa berkenan sangat di mata.
minum melalui cawan yang nenek bagi...
Tahun ni memang tahun yang tough bagi Alesha dengan toilet training dan hidup tanpa berbotol lagi. Kadang tu hingga hari ni pun dia masih lagi minta minum susu sebab dia nak berbaring. Tapi semenjak hidup jauh dari bottle, dia minum susu melalui cawan dengan sekaligus. Kalau tidak mesti minum 2oz pastu tinggal nanti sejam kemudian cari balik bottle susunya tu... macam dah tak berapa hygienic. Susu terbiar gitu... kadang Cujie masuk dalam fridge.
abang pun kena glamour sama...
Caranya cujie mudah je... bagi je dia bottle tu sampai puting bottle susunya tu abis koyak dan langsung dah tak boleh minum melaluinya. Sebab gigi Alesha yang gatal itu membawa padah kepada dirinya sendiri. Sekarang bottle tersebut sudah dijadikan bahan arkib di muzium Suzikhai&Co. Bolehlah nanti tunjuk kat anak cucu plak...
~the prince & princess of suzikhai~
Masa Ahmad Haikal dulu... kitorang slowly tukarkan bottle susu kepada bottle berstraw... kemudian dalam cawan. Jadi tahniah untuk Alesha kerana berjaya skip langkah tersebut. Ummi so proud of you, Alesha! You go girl!

Wednesday, July 6, 2011

#4. Wordless Wednesday

Tuesday, July 5, 2011

idaman anak tekak

Ice-cream ni hanya singgit sahaja. Murah & sedap serta dapat menghilangkan dahaga di waktu tengahari. Satu hari after kuliah tekak sangat sangat dan sangat teringin nak makan ice-cream singgit nih.
tropicana lime
Tapi cujie makan keesokkan paginya sebab takmo kongsi dengan kiddos. Cet kedekut... sebab malam tu diorang makan dengan lajunya setitis pun tak jatuh. Ni mesti diorang akan 'pau' umminya punya kalau diorang punya dah tinggal kayu ice-cream.
Dua hari berturut dapat makan ice-cream nih... sangat heaven. Nasib tak keje kat makmal ice-cream mesti takdak untung... tu sebab diorang tak berani amik cujie keje tu...
p/s : Sila dapatkan di kedai-kedai berdekatan... pastikan kedai yang ada jual ice-cream. Kedai basikal jauh sekali...